Resipi Mexican Bun Ala Rotiboy, Buat Sendiri Confirm Jadi. Mudah & Sedap. Tak Payah Beli Dah Lepas Ni!

Share

Roti ini sering menjadi kegemaran ramai. Kalau lalu kawasan roti, baunya yang harum cukup membuka selera.

Waktu PKP begini, rugi kalau asyik beli sahaja. Lebih baik buat sendiri, jimat dan boleh dapat banyak. Puas lah anak-anak dapat makan nanti. Nak lagi seronok, ajak mereka buat bersama. Boleh belajar cara buat roti kan.

Cukup mudah dengan resipi yang dikongsikan oleh Puteri Rupawan

. Sekali buat terus menjadi.


Try la buat mexican bun ni. InshaAllah menjadi, favorite semua orang kan. Saya sertakan resepi sekali.
Semoga berjaya

MEXICAN BUN

Bahan-bahan (roti) :
1biji kuning telur
30g gula kastor
Secubit garam
250 tepung roti/tepung gandum
1sb susu tepung
1sk yis
150 ml air (agak agak)
30g marjerin

Bahan-bahan (topping) :
50g butter (lembut)
40g gula perang
1biji telur A
1sk esen vanilla
1sb nescafe + 1sb air panas (campur dan kacau)
60g tepung gandum
10g tepung jagung

Inti roti :
Butter + gula + garam (kacau sebati, bekukan potong kiub)

Cara-cara :
1. 1. Masukkan semua bahan dalam mixer/bm uli sampai elastik. Lebih kurang 1jam.


2. Siap uli rehatkan selama 15minit.
3. Bahan topping campur semua, kacau sebati masukkan dalam piping bag.


4. Ambil doh 40g, letak inti dan bulatkan semula.
5. Tray sapu marjerin dahulu, biarkan doh selama 30minit. Letak topping atas.


6. Bakar pada suhu 170 selama 20 minit. Ikut oven masing-masing. (Panaskan oven dahulu)


SELAMAT MENCUBA


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!

 

IKLAN