Biasanya bulan Ramadan antara menu yang popular di Bazar Ramadan adalah masakan Nasi Arab. Ada juga akan menjamu hidangan di restoran Arab.
Namun, harganya agak mahal berbanding masakan lain. Bagi penggemar masakan ini, cuba buat sendiri di rumah.
Apa kata ikut resipi oleh Lina Thomas.
___________________________
IKLAN
Alhamdulillah selasai berbuka puasa hari pertama kita hari ni, menu kami simple je Nasi Arab Ikan, Greek Salad, Air Kosong dan Chai Tea je… jom solat Nasi Arab Ikan Sayadiyeh
IKLAN
Bahannya: 1 1/2 cawan basmathi, cuci dan rendam selama 1 jam dan toskan 1 labu besar bawang, potong dadu 2 cawan air panas 4 sudu besar minyak masak 1/4 sudu teh serbuk jintan manis* Secubit serbuk kunyit* 1/4 sudu teh arabic style seasoning* 1 kulit kayu manis* 2-3 kuntum bunga cengkih* 2-3 biji buah pelaga* Garam secukup rasa 1 biji kecil lime kering* (dried lime) 20g toasted almond slices 20gm toasted pine nuts 2 sudu besar chopped daun parsley
Caranya: Panaskan minyak dalam periuk dan goreng bawang hingga garing, macam bawang goreng dan apabila bawang dah garing masukkan bahan bertanda*, goreng sehingga naik baunya dan masukkan beras. Teruskan menggoreng selama 2-3 minit hingga beras menjadi transparent dan sebati rempah ratusnya. Kemudian masukkan air panas mengelegak. Masak hingga mendidih dengan api yang besar dan tutupkan periuk dengan penutupnya. Bila air hampir kering, kacau sedikit nasi dengan garfu perlahan-lahan, dan perlahankan api serta tutup kembali periuk dengan kemas dan tanaklah nasi seperti biasa sehingga nasi masak. Apabila nasi masak mati kan api dan biarkan 5 minit, jangan dikacau kerana takut nasi patah tak cantik. Selepas 5 minit gemburkan sedikat nasi menggunakan garfu dan letakkan di atas pinggan hidangan, susunkan ikan di atasnya dan taburkan chopped daun parsley berserta almond dan pine nuts. Sedia untuk dihidangkan bersama salsa tomato dan arabic salad.
IKLAN
NOTE: Sementara menunggu nasi boleh lah anda goreng ikan Kak Lina guna “SHAN ARABIC SPICY FRIED FISH” ikut je instructions kat kotak dia untuk Ikan goreng nya… sedap sangat! Kak lina guna Ikan SNAPPER.
Jika sebelum ini, kalau nak makan Nasi Arabn kena ke restoran atau kedai yang menjual. Apa tidaknya, menu yang satu ini sedikit ‘rumit’ nak buat. Malah, kena ada rempah khusus untuk membuatnya.
Tetapi kini tidak lagi, kalau ibu-ibu nak masak sendiri di rumah, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Norashikin Ismail . Cara yangh mudah tapi sedap. Tak perlu guna rempah yang jual di kedai pun. Siap suami puji sedap macam makan kat kedai. Jom kita cuba! Alhamdulillah betul² sedap resepi Nasi Arab nie .. tanpa guna rempah yang dijual pun ….resepi dari group nie jgk…Asben n ank² puji sedap & sama macam mkn kat kedai….terbaik resepi nie ….
Bahan untuk rebusan ayam & sup & Nasi
1 ekor ayam potong 4
1 biji tomato belah 4*
1 bji bawang besar belah 4@6*
1 sk jintan manis (biji)*
1 sk ketumbar (biji)*
2 sk lada hitam*
3 biji buah pelaga*
2 kiub ayam
1/2 sk serbuk kunyit
1 sk rempah kurma ( saya guna 2sb )
Akar ketumbar
Garam
( Bahan² bertanda untuk rebusan ayam tak payah blend ye..masuk je macam tu .. nak kuah lebih tambah ckit bahan² ) Untuk nasi
Tumis bwg besar setgh bji mayang*
halia seinci & 3 sekwn*
2sb mentega *
Air rebusan ayam
1 cwn beras 1 1/2 cwn air ( Basmathi )
Garam
– tumis semua bahan* diatas masukkan dalam beras yg siap dicuci tambah air rebusan ayam & daun ketumbar … Ambil ayam yg direbus masukkan sekali dalam nasi . Sambal arab
Cili api & cili merah
Tomato
Bwg putih
Daun ketumbar
Garam & Gula
(Blend + jus lemon) Salatoh
Timun dadu
Tomato dadu
Bawang besar dadu
Garam & Gula
( Satukan semua perah lemon ) Ayam yg nk versi bakar ( Sya lebih suka versi msuk dlm nasi..lembut sgt isi
Serbuk kari
Serbuk cili
Sos tiram
Garam
Brown sugar / madu (saya guna madu)
Minyak masak (2 sdb)
( Perap ayam seketika & bakar dlm oven dgn suhu 150°c selama 20-30 mnit )
Bila demam, badan pun akan jadi panas lain macam. Selain dari makan ubat untuk kurangkan panas badan, kita juga boleh cuba menggunakan petua orang lama seperti minum air barli halia.
Petua ini dikatakan berkesan untuk sejukkan badan dan kurangkan demam. Seisi keluarga pun boleh amal minum air ini. Jom lihat cara membuatnya di bawah!
AIR BARLI HALIA
Bahan-bahan:
Barli
Halia
Air
Gula batu
Cara penyediaan:
1. Cuci bersih barli dan halia sebelum dimasukkan ke dalam periuk.
2. Masukkan air dalam periuk. Sukatan agak-agak, asalkan tak kering semasa rebus barli tadi. Biasa saya guna 4 sudu barli dan 4 cawan air.
3. Rebus sampai biji barli kembang. Kemudian baru letak gula batu dan biarkan sampai gula larut. Guna api kecil saja. Kacau selalu untuk cepatkan gula larut.
4. Bila barli dah kembang, boleh tutup api. Masukkan air sikit dalam cawan. Sejukkan. Agak dah suam, bolehlah minum.
Tips:
Kalau masa rebus tak guna gula batu, boleh campur madu sikit masa nak minum. Kalau tak campur apa pun tak apa. Macam air suam saja rasa dia.
Ni anak kecil pun boleh minum. Bila badan anak panas, elok bagi minum. Insya-Allah sejuk badan anak nanti.
Selalunya kalau sebut pasal sayur peria, mesti ada yang tak menyukai sayuran hijau tu dek kerana rasanya yang pahit tu! Tapi yang peliknya, kalau jadikan crispy macam kat kedai mamak tu, boleh pula makan.
Nak tahu rahsia buat peria crispy sebijik rasa macam kat kedai mamak, tapi makan kat rumah je? Meh tengok perkongsian dari Sheena Supramaniam sudi berkongsi resipi untuk kita. Jangan lupa cuba ya!
RESIPI PERIA GORENG CRISPY
Bahan-bahannya:
Peria katak
Garam
1 ½ sudu kecil kunyit
1 ½ sudu besar serbuk cili jenama
2 sudu kecil serbuk lada putih
1 ½ sudu besar jintan manis (ditumbuk kasar)
2 sudu besar tepung
2 sudu besar tepung beras cap
Cara-caranya :-
Hiris peria nipis-nipis. Cuci dan rendam dengan air garam selama 20 minit. Bilas.
Masukkan garam dan gaul.
Masukkan kunyit, serbuk cili, lada putih dan jintan. Gaul sebati. Biarkan 30 minit.
Masukkan tepung jagung dan tepung beras. Gaul sebati.
Sediakan minyak yang banyak.
Guna api kecil dan pastikan minyak betul-betul panas.
Bila minyak dah betul-betul panas, naikkan api sederhana besar dan mula goreng.
Ikut tips ni baru dapat peria garing, rangup dan crispy, serta tahan lama.
Tunggu sejuk baru masukkan ke dalam bekas kedap udara. Kalau masukkan semasa suam pun tak boleh, nanti lemau.