Sebut sahaja Nasi Kak Wok pasti ramai yang membayangkan kuah gulainya yang cair tapi sedap serta sambal belacan yang power tu kan.

Di tambah lagi dengan ayam gorengnya yang dimakan panas-panas memang terangkat. Patutlah kalau nak makan di kedai sentiasa penuh dengan orang ramai.

Jika keluarga anda memang menggemari nasi ala kak wok, apa kata ibu-ibu buat sendiri. Admin kongsikan resipi yang simple je tapi mudah bagi yang baru belajar nak masak menu ini. Jom tengok perkongsian dari Rose Farra. Resipi Nasi Kak Wok Yang Simple Tapi Sedap. Ayam Goreng Bersama Kuah Gulai & Sambal Belacan. Merecik!Nasi Ala Kak Wook
Taim panas panas merecikk. Ratah ayam part paling syiokkk.

IKLAN

Model utama:
Nasi putih tanak letak daun pandan simpul. Khasiat banyak tauuu.
Gulai Ayam:
~bawang bombay – 4 labu
~bawang putih – 5 ulas
~halia – 1 inci setengah
~rempah kari daging – 3 sudu
~rempah kerutub – 1 sudu
~Kacang panjang – potong
~Terung potong kecik2
~Leher ayam, kaki ayam, sayap dan paha dipotong2 kecil.
~Santan (jgn pekat sgt)
~ Garam dan kiub ayam
~ 1 kerek nisan

IKLAN

Cara-Caranya
1. Blend bawang merah putih halia & lengkuas hingga lumat dan tumis sampai wangi.
2. Rempah kari & rempah kerutub bancuh dgn air dan gaul pada ayam. Perap sekejap.
3. Kemudian masukkan kedalam bahan2 yg ditumis tadi. Masukkan ayam dan masak ayam empuk. Masukkan santan. Masak sehingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat. Masukkan terung dan kacang panjang.
4. Masuk garam, gula nisan dan serbuk kiub ayam. Masak sekejap.
Resipi Nasi Kak Wok Yang Simple Tapi Sedap. Ayam Goreng Bersama Kuah Gulai & Sambal Belacan. Merecik!Ayam Goreng Harum:
~1 ekor Ayam – potong kecik2
~Garam- 2 sudu kecik
~kunyit hidup – 2 inci tumbuk lumat
~serbuk kunyit – 1 sudu kecik
~serbuk cili – 1 sudu kecik
~*Daun kari 3 tangkai
#Tips daun kari untuk rasa, bau dan lalat tak suka bau ni. Wallllahhhh!

IKLAN

Cara2nya
1) Ayam basuh bersih dan toskan.
2) Potong kecik. Lumurkan ayam dgn bahan2 diatas dan perapkan sekejap.
3) Goreng ayam dlm minyak terendam sampai sederhana garing.
Resipi Nasi Kak Wok Yang Simple Tapi Sedap. Ayam Goreng Bersama Kuah Gulai & Sambal Belacan. Merecik!Sambal Belacan Ala Kak Wok:-
4 biji cili kering – direbus
Cili padi ikut pedas
2 inci belacan
1 labu bawang besar dibakar
1 labu bawang putih dibakar
Gula, garam, perasa
Air asam jawa
Resipi Nasi Kak Wok Yang Simple Tapi Sedap. Ayam Goreng Bersama Kuah Gulai & Sambal Belacan. Merecik!Cara-caranya:-
Blend semua bahan diatas kemudian masukkan perahan asam limau kasturi berserta dgn kulitnya.
Nati #Share tau boleh tukar nama sendiri dari kak wook jadi nasi name sendiri.

Resepi asal by Rosmaliza Omar.
Mida olah cara masak je sikit.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI