Resipi Paling Mudah Dan Confirm Jadi, Resipi Kek Kukus Ini Hanya Guna Blender Je. Sesuai Untuk Newbies!

Share

Anak-anak memang suka makan kek coklat. Asyik beli bimbang lari bajet pulak. Apa kata ikuti resipi mudah ini. Hanya guna blender je nak buat, dapur pun kekal kemas.

Didapati resipi dan cara penyediaan ini tidak menggunakan bahan yang sukar dicari, malah harga bahan-bahan pun murah.

Jadi, boleh dijadikan hidangan buat anak-anak sebagai hidangan santai bersama keluarga.

Ikuti lanjut resipi ini.

Bahan-bahan:

3 biji telur

1 cawan minyak

1 cawan gula

1 cawan susu cair

1 cawan susu pekat

1 cawan serbuk kokok

*Masukkan semua bahan dalam blender dan kisar selama 5 minit

Bahan-bahan ayak:

1 1/4 cawan tepung gandum

1 sudu kecil soda bikarbonat

1 sudu kecil baking powder

*Masukkan sekali dengan adunan yg di kisar tadi

Kacau hingga sebati.

kukus selama 45 minit

Boleh hias ikut cita rasa masing masing.

Hasil resipi yang sama dikongsi oleh warganet. Ini terbukti resipi ini mudah dan confirm jadi. Selamat mencuba!

Sumber: Elisya Maisarah

Trending: Kanak-Kanak Darjah Tiga Viral Tulisan Cantik, Warganet Teruja, Ibu Ini Kongsi Tip. – KELUARGA

Tanam kobis di rumah: Kobis Tanam Depan Rumah Aje, Lelaki Ini Ajar Cara Semai Hingga Tuai, Sesuai Untuk Newbies! – KELUARGA

Mesti baca: Patutlah Buat Kuih Kekadang Jadi, Kekadang Tak Jadi. Ini Jenis Tepung Beras Kena Tahu – KELUARGA

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN