Resipi Paprik Ayam Thai Ini Memang Power, Rasa Memang Macam Di Kedai Siam. Comfirm Tak Beli Di Kedai Dah!

Share

Sejak PKPB ni, ramai dah mula mengeluh tidak tahu nak masak apa untuk hidangan keluarga. Maklumlah hari-hari masak, mood memasak kadang kala ke laut. Tetapi pastinya nak masak, kita memilih hidangan yang simple tapi sedap.

Salah satu hidangan yang enak adalah lauk paprik. Menerusi perkongsian resipi oleh Khas Fena telah tular sejak semalam sehingga lebih 4K share dalam tempoh 24 jam. Beliau berkongsi cara rahsia menjadikan paprik ayam menjadi lebih sedap. Jom ikuti perkongsian ni.

Siapa suka horder lauk paprik kalau makan kat kedai. Lepas try resepi ni you will say no more to kedai punya paprik. Ahakks. So konpiden kan.

Tak caya nanti try buat ikut sebijik macam ni, di jamin laki hampa makan nasik bertambah. Ke laki ku sorang ja makan bertambah.

Bahan-bahan


Ni je bahan bahannya, simpe je kan. Tapi rasa lagi sedap 44x dari kedai meriah. Kedai meriah tu tempat kami selalu makan malam-malam.

**Sukatan bahan-bahan ini rujuk kepada cara penyediaan di bawah.

CARA PENYEDIAAN

First panaskan minyak banyak sikit. Sebab apa kena banyak? Kita nak tumis cabai kering blend lepasni.

Bahan tumis:
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Serai sebatang diketuk

Bila bahan tadi garing boleh masuk 3sdm cili blend okeh

Masak sampai garing camni sampai pecah minyak.

Lepastu masuk ayam. Boleh pakai dada ayam atau bahagian lain jugak tapi make sure potong kecik kecik

Masak sampai ayam kecut, atau sampai nampak masak lah

SOS PENYEDAP RASA, INILAH RAHSIANYA!

Masuk pulak sos

Bahan sos:
2 sdm sos cili
2 sdm sos cili thai
1 sdm sos tiram
1 sdm sos ikan
1/2 sdm kicap manis

Ni yang saya pakai..kalau kedai2 siam pun dorang pakai brand ni..tapi kalau nak Malaysia punya brand, cari knife, brand minyak masak tu, brand yang sama ada sos ikan.

Masuk air panas setengah mangkuk. Alaa tu kan pakai mangkuk sos tadi sebab tu lah air kaler tu

Biarkan mendidih kejap.

Masuk pulak segala jenis sayur. Kalau ada kacang boleh masuk ya. Kacang panjang boleh kacang buncis pun boleh. Jangan lupa 6 biji cili padi diketuk, masukkan sekali.

Last jangan dilupa daun limau purut. Tak letak ni tak jadi paprik. Buang tulang tengah daun tu yaa.

Agak sayur dah lembut boleh la tutup api. Tak perlu tambah garam atau perasa lain lagi dah. Sos tadi dah cukup bagi rasa yang mabelesss. Tak caya kena cuba. 

Memang power resipi ni macam di kedai siam! Mesti cuba masak!

Sumber: Khas Fena

IKLAN