Jika anda peminat tegar pretzel dan selalu membeli pretzel Auntie Anne, pasti sekarang ni teringin nak makan kan. Tetapi malas nak beratur panjang. Tka patyah pening kepala, anda cuba pula buat di rumah. Barulah puas makan. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Echot Aisyah Meor Zahid.
lama dah xmkn pretzel auntie anne’ kan?
Jom try..
sis ambik resepi dlm group nie jgk.
Resepi Pretzel ala Auntie Anne
Servings Prep Time 12 biji 80 minit
Cook Time 10 minit
#pretzel #resepidotcom #jomcuba #shareforgood #makanan #roti
Bahan
2 cawan susu segar
1 1/2 sudu besar yis
6 sudu besar gula perang
4 sudu besar mentega (lembut pada suhu bilik)
4 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil garam halus
1/3 cawan baking soda
3 cawan air suam
1/4 cawan garam kasar
8 sudu besar mentega (dicairkan)
Cara Penyediaan:
Suamkan susu dengan microwave atau dapur gas lebih kurang 1 minit. (Jangan terlalu panas, biar boleh sentuh dengan jari)
Masukkan yis dan kacau, biarkan lebih kurang 3 minit.
Masukkan mentega dan gula.
Masukkan tepung secawan demi secawan, dan tambahkan garam halus.
Uli dengan mixer dan dough hook, atau dengan tangan lebih kurang 10 minit.
Masukkan doh ke dalam mangkuk yang bergris dengan minyak. Tutup dan biarkan mengembang selama 1 jam.
Apabila doh mengembang kepada dua kali ganda, tumbuk-tumbuk sedikit supaya udara yang terperangkap keluar.
Preheat oven ke 230ºC.
Bahagi doh kepada 12 bahagian.
Uli supaya doh memanjang.
Satukan baking soda dan air suam ke dalam bekas.
Pintalkan doh kepada bentuk pretzel dan celup ke dalam bekas air baking soda. Letakkan ke dalam dulang beralas parchment paper.
Renjis dengan garam kasar.
Bakar lebih kurang 7 ke 10 minit atau sehingga keperangan.
Celup ke dalam mentega cair semasa masih panas.
sedap dihidangkan dengan dipping sos: Sos Karamel, sos Coklat, serbuk kayu manis bergula, sos butterscotch, garlic cream cheese dan sebagainya.
Just follow #resepidotcom next buat sos pula ok..