Puding kastard dengan kuah susu dan koktail buah-buahan campuran ini seringkali menjadi pilihan hidangan pencuci mulut untuk hidang seisi keluarga mahupun ketika menjamu tetamu yang berkunjung ke rumah.
Rasa pudingnya yang enak, kuah susunya yang manis berlemak di samping buah-buahan yang berwarna warni mampu membuka selera sesiapa sahaja, terutamanya anak-anak. Apa kata sesekali cuba buat puding istimewa ini.
Cara-cara membuatnya tidaklah sesukar mana, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.
Bahan-Bahan (Puding):
1 tin susu cair jenama IDEAL
1 tin tepung kastard Bird Custard (ikut sukatan tin susu)
4 tin air
Setengah tin gula pasir
Cara Membuat:
Ads
1.Larutkan semua bahan didalam kuali.
2.Setelah larut, barulah letakkan kuali tersebut diatas dapur dan buka api.
3.Guna api yang paling perlahan dan kacau selalu adunan tersebut sehingga ia nampak pekat dan berkilat.
4.Kemudian,masukkan ke dalam bekas-bekas kecil atau boleh juga masukkan ke dalam loyang.
5.Biarkan puding sejuk seketika dan simpan didalam peti sejuk.
Bahan-Bahan (Kuah Susu):
Ads
2 tin susu cair jenama (IDEAL)
1 tin susu pekat
1tin @ 3/4 tin gula pasir (ikut kemanisan)
1/2 tin air
1 tin buah-buahan koktail
Ads
Cara Membuat:
1.Campurkan semua bahan-bahan tersebut ke dalam periuk kecuali buah-buahan koktail didalam tin.
2.Kacau sebati atas dapur dengan menggunakan api yang paling kecil, cukup sekadar memanaskan kuah susu dan tidak perlu sehingga kuah susu mendidih.
3.Setelah suam,masukkan air dan buah-buahan koktail dan simpan didalam peti sejuk.
Tip ekstra:
Simpan semalam didalam peti sejuk semalaman dan jangan letak ais pada kuah susu kerana ia akan membuatkan kuah susu cair.
Boleh juga campurkan dengan buah-buahan segar seperti strawberi, kiwi, peach dan sebagainya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lumrah dalam berumahtangga, jika mahu aman dan bahagia kena ada sifat memberi dan menerima antara suami dan isteri. Takkan sepanjang masa isteri sahaja yang nak jaga hati suami. Suami pun perlulah jaga hati isteri dengan cara menggembirakan isteri. Betul tak?
Pasangan yang adalah dua orang individu dengan karakter berbeza yang komited untuk menyayangi satu sama lain. Mereka cakna akan perbezaan antara satu sama lain, namun tidak menjadikan itu satu benteng untuk melayari alam rumah tangga yang bahagia.
Kerjasama, komunikasi antara satu sama lain, saling menghargai dan berterima kasih pada pasangan atas apa yang mereka lakukan. Itu antara resipi untuk rumah tangga kekal aman.
Isteri adalah amanah yang paling bernilai di dalam sesebuah rumah tangga. Justeru, pendamping yang setia itu tidak akan culas dalam menjalankan tanggungjawabnya dalam apa juga keadaan sekalipun.
Lebih-lebih lagi apabila mendapat pasangan yang cukup berdikari, jadi jangan pula mengambil kesempatan di atas kebaikan pasangan anda. Sebaliknya hargai pengorbanan dan penat lelah mereka untuk keluarga. Perkongsian dari saudara Akhtar Syamir cukup menarik untuk dikongsikan.
Isteri saya seorang superwomen ! Setiap inci rumah dia dah kemaskan dan sediakan untuk hari raya tahun ini. Saya tak dapat nak bantu sikit pun. Masa di rumah terlalu singkat kerana kerja. Dia yang handle semua.
Ini antara sebab kenapa bila dia nyatakan hasrat nak apa-apa di lazada atau melalui PS, saya jarang tolak. Sebab saya tau minat dan semangat dia tu memang tinggi.
Bayangkanlah yang kelabu tu semua wallpaper. Rumah kami ada masalah kulat di cat dinding. Yang putih-putih tu. Memang tak selesai dari masa kami mula duduk sini. Akhirnya terpaksa pasang wallpaper semua. Isteri saya lah seorang diri pasang berperingkat semasa saya bekerja. Bila saya pulang, masa dia akan dihabiskan dengan saya. Mood kerja dia datang bila saya takde je.
Kadang-kala ramai yang kata dia beruntung kerana ada suami seperti saya melalui apa yang saya tuliskan dalam artikel-artikel saya. Tetapi inilah sebab utamanya kenapa saya layan isteri saya setinggi yang boleh, kerana dia melayan saya sehebat ini.
Dalam perhubungan, ada yang memberi, ada yang menerima. Berilah dan berilah dahulu. Jangan putus asa. Sampai satu masa nanti, anda akan menerimanya semula.
Sekarang dia dalam kepenatan ditambah dengan selsema pulak. Saya suruh dia tidur dan silent telefon. Balik kerja nanti saya nak kena urut bagi dia lega sikit.
Walaupun dia penat, tapi inilah contoh bila isteri itu bahagia. Pasti keluarga pun bahagia. Jadi, jangan sekali-kali berfikir panjang untuk menggembirakan isteri. Kerana kita sekeluarga yang akan dapat manfaatnya.
Korang dah siap kemas rumah? Mood raya dah sampai ke belum?
Jemput follow saya ?Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.
Rahsia keintiman rumah tangga bukan sekadar memiliki wajah yang cantik dan bentuk badan yang langsing, tetapi bagaimana cara menjaga dalaman diri supaya pasangan sentiasa mahu dekat dengan kita.
Nak cantik dan sihat tidak perlu keluar belanja yang banyak. Jom cuba petua yang dikongsikan oleh Puan Mira Baharin ini.
Selain dapat membuang angin dalam badan, minuman berkhasiat ini juga membantu dalam mengatasi masalah bau badan serta memecahkan lemak di perut.
Bagi wanita yang sudah berkahwin atau yang masih bujang pun boleh cuba air jamu ini kerana ia sangat bagus untuk cuci rahim selepas habis haid bagi mencegah lebihan darah haid yang kotor dan tersumbat.
Cukup mudah, bahan-bahannya juga murah dan menjimatkan. Anda boleh peroleh dari dapur saja yang mana khasiatnya tidak perlu kerana sangat berkesan.
Jom sama-sama kita amalkan AIR JAMU “CUCI RAHIM” ni.
RESEPI AIR JAMU “CUCI RAHIM”:
Bahan-Bahan:
2 inci kunyit hidup dihiris atau ditumbuk.
2 inci halia dihiris atau ditumbuk.
2 batang serai dihiris atau ditumbuk.
2 helai daun pandan
Gula batu atau madu.
3 cawan air putih.
Tips 1: Jika yang dah berkahwin boleh tambahkan 2 biji manjakani untuk merapatkan faraj (Tidak sesuai untuk yang belom berkahwin)
Tips 2: Bagi yang ada masalah keputihan boleh ditambah 2 helai daun sireh.
Cara-caranya:
1. Basuh semua bahan-bahan dan terpulang sama ada nak hiris atau tumbuk. Jika nak rasa lagi power sila tumbuk ye.
2. Seterusnya masukkan 3 cawan air ke dalam periuk dan masukkan semua bahan-bahan.
3. Rebus sehingga menjadi 1 cawan air. apabila siap, tutup api dan tunggu sehingga suam boleh terus minum!
NOTA: Cukup hanya sebulan sekali sahaja minum air jamu ini. Janganlah risau tak pahit tau wangi adalah bau dia.
Cuma jika ditambah dengan manjakani akan rasa sedikit pahit tapi tidak lah terlalu pahit sangat.. ngam-ngam jer rasa dia.
Selamat mencuba!
sumber: Mira Baharin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu ayah mana yang tidak suka melihat anak pandai dan boleh menghafaz Al-Quran. Malah menjadi impian dan harapan yang besar ibu bapa apabila anaknya digelar sebagai Al-Hafiz atau Al-Hafizah.
Apa yang pasti ia bukan satu tugas yang mudah untuk mendidik anak dalam era globalisasi sekarang. Namun bak kata perpatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Jadi sudah tentu kita akan berusaha untuk memastikan ia berjaya.
1. MEMAINKAN CAKERA PADAT VIDEO (CD) SURAH YANG SENANG DIHAFAL. Ibubapa boleh memainkan cakera padat video Al-Quran di rumah atau di dalam kereta ketika hendak ke mana-mana saja. Memainkan VCD surah-surah Al-Quran pada setiap masa mampu menimbulkan minat anak-anak terhadap surah yang diperdengarkan. Anda juga boleh perkenalkan surah-surah pendek kepada anak-anak.
2. MENDAHULUKAN MENGAJAR AL-QURAN BERBANDING MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS. JANGAN FIKIR ATAU RISAU ANAK ANDA BERKEMUNGKINAN TIDAK DAPAT MEMBACA. Hal ini juga penting bagi ibubapa yang perlukan anaknya boleh menghafaz Al-Quran dengan baik. Mengajar banyak perkara dalam satu masa kemungkinan anak-anak akan menjadi keliru dengan apa yang dipelajari secara serentak. Fokus anak-anak juga pastinya teralih kepada sesuatu selain hafazan mereka.
3. MEMULAKAN DENGAN MENGHAFAL SEBELUM MENGENAL HURUF AL-QURAN. Mengikut kajian sains, kanak-kanak yang belajar menghafal dapat meningkatkan kuasa otak kirinya. Otak kiri bertanggungjawab untuk menganalisa secara analitikal seperti sains, matematik dan bahasa manakala otak kanan pula bertindak untuk berfikir secara holistik seperti perkara berkaitan seni dan muzik. Ramai juga penghafal Al Quran daripada kalangan orang buta. Ini bermakna seseorang yang tidak mengenal huruf juga boleh menghafal Al Quran dengan baik.
4. BIASAKAN DIRI UNTUK MEMPERDENGARKAN SURAH DARIPADA AL-QURAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR. Menurut pengetahuan saya, pada usia dua tahun lapan bulan anak-anak sudah boleh menghafaz lapan surah pendek dan sekurang-kurangnya 17 surah apabila usia mencecah umur tiga tahun. Mereka telah diperdengarkan dengan surah-surah Al-Quran sejak masih bayi lagi. Menurut satu kajian luar negara, memperdengarkan lagu dengan irama yang perlahan ketika bayi tidur mampu meningkatkan kemampuan memori si bayi tersebut. Oleh itu, pilihlah audio bacaan Al-Quran yang dibacakan secara jelas dan perlahan-lahan.
5. GUNAKAN DAYA KREATIVITI IBU BAPA UNTUK MENARIK MINAT ANAK-ANAK TERHADAP AL-QURAN. Kad imbasan juga boleh digunakan untuk membantu menarik minat anak-anak. Sebagai contoh, bayi berusia setahun akan membuatkan ibu bapa terpaksa menarik perhatian bayi mereka untuk menyebut setiap kad imbasan kerana pada waktu ini, mereka dalam peringkat suka meneroka dan mula melakukan pelbagai kerja sendiri dan kurang fokus terhadap apa yang ibubapa inginkan. Ini lebih ketara untuk kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.
6. MENGGALAKKAN ANAK-ANAK MENGHAFAL SURAH SEBANYAK YANG MUNGKIN MENGIKUT KEMAMPUAN MEREKA. Semakin panjang dan semakin banyak surah yang dihafal, semakin tinggi kekuatan memori mereka. Jika mereka telah selesai menghafal sesuatu surah, minta mereka teruskan dengan surah yang lain pula.
7 . MEMBERIKAN GANJARAN APABILA ANAK-ANAK BERJAYA MELAKUKANNYA Setiap kali anak berjaya membaca setiap surah, berikanlah ganjaran kepadanya walaupun sekadar satu surah. Ganjaran bukanlah berbentuk material semata-semata. Apa kata hadiahkan anak anda dengan satu ciuman dan pujian dan doakanlah kejayaan mereka bersama-sama mereka agar mereka juga tahu segala usaha mereka sangat dihargai anda.
8. SENTIASA MEMINTA ANAK-ANAK MENGULANG SEMULA MEMBACAKAN APA YANG TELAH MEREKA HAFAL. Kaedah untuk mempraktikkan bacaan ialah kaedah mengulang. Ini bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, bahkan orang dewasa juga. Mengulangi dengan kerap apa yang telah dihafaz mampu mengubah memori jangka pendek menjadi memori jangka panjang juga. Ini juga boleh dilakukan dengan menvisualkan setiap ayat Al-Quran yang ingin dihafaz.
*Semoga tips-tips ini bermanfaat untuk anda mendidik anak-anak membaca Al Quran.