Puding kastard dengan kuah susu dan koktail buah-buahan campuran ini seringkali menjadi pilihan hidangan pencuci mulut untuk hidang seisi keluarga mahupun ketika menjamu tetamu yang berkunjung ke rumah.
Rasa pudingnya yang enak, kuah susunya yang manis berlemak di samping buah-buahan yang berwarna warni mampu membuka selera sesiapa sahaja, terutamanya anak-anak. Apa kata sesekali cuba buat puding istimewa ini.
Cara-cara membuatnya tidaklah sesukar mana, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.
Bahan-Bahan (Puding):
1 tin susu cair jenama IDEAL
1 tin tepung kastard Bird Custard (ikut sukatan tin susu)
4 tin air
Setengah tin gula pasir
Cara Membuat:
Ads
1.Larutkan semua bahan didalam kuali.
2.Setelah larut, barulah letakkan kuali tersebut diatas dapur dan buka api.
3.Guna api yang paling perlahan dan kacau selalu adunan tersebut sehingga ia nampak pekat dan berkilat.
4.Kemudian,masukkan ke dalam bekas-bekas kecil atau boleh juga masukkan ke dalam loyang.
5.Biarkan puding sejuk seketika dan simpan didalam peti sejuk.
Bahan-Bahan (Kuah Susu):
Ads
2 tin susu cair jenama (IDEAL)
1 tin susu pekat
1tin @ 3/4 tin gula pasir (ikut kemanisan)
1/2 tin air
1 tin buah-buahan koktail
Ads
Cara Membuat:
1.Campurkan semua bahan-bahan tersebut ke dalam periuk kecuali buah-buahan koktail didalam tin.
2.Kacau sebati atas dapur dengan menggunakan api yang paling kecil, cukup sekadar memanaskan kuah susu dan tidak perlu sehingga kuah susu mendidih.
3.Setelah suam,masukkan air dan buah-buahan koktail dan simpan didalam peti sejuk.
Tip ekstra:
Simpan semalam didalam peti sejuk semalaman dan jangan letak ais pada kuah susu kerana ia akan membuatkan kuah susu cair.
Boleh juga campurkan dengan buah-buahan segar seperti strawberi, kiwi, peach dan sebagainya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hidup ini penuh dengan pelbagai ujian. Ada kalanya diuji dengan masalah kesempitan kewangan, tekanan hidup, diuji dengan kesukaran mendapatkan zuriat dan ada juga diuji dengan masalah kesihatan dan pelbagai jenis ujian hidup.
Bagi penyanyi Ezad Lazim, selepas berdepan dengan masalah sinus hujung Jun lalu kini sekali lagi diuji apabila penyakit GERD yang dihidapi tujuh tahun lalu kembali menyerang. Susulan itu, penyanyi kesayangan ramai ini terpaksa menjalani pembedahan di sebuah pusat perubatan di Shah Alam pada pagi Khamis (22/7)
Memetik berita di Harian Metro, Isterinya, Zeana Ramli ketika dihubungi berkata, Ezad dimasukkan ke hospital itu selepas mengalami kesakitan berterusan.
“Dia terlebih dulu dimasukkan ke bilik pembedahan untuk proses scope dan doktor mendapati banyak asid di bahagian lidah.
Durian Jadi Punca
“Ezad mengalami muntah tanpa henti seperti yang berlaku pada 2016 dan 2017 serta kali terakhir pada Disember 2018. Puncanya kali ini dia makan durian kunyit dalam keadaan perutnya kosong,” katanya. Menurutnya, menerusi pembedahan itu doktor membuang sebiji batu hempedu, hempedu dan mengecilkan saluran pemakanan menerusi cara jahitan.
“Bacaan diabetisnya 12 berbanding ketika dimasukkan ke Hospital Putrajaya, Ahad lalu iaitu 20. Namun keesokannya turun kepada 6.5.
Perlu Berpantang
“Ezad tak mahu ditahan di wad dan dibawa pulang ke rumah Selasa lalu. Semalam, saya bawa dia ke sini kerana ada kenalan doktor pakar GERD.
“Selepas pembedahan suara Ezad akan serak dan dia hanya boleh makan makanan seperti diberikan kepada bayi. Doktor juga minta dia kawal bacaan diabetis,” katanya.
Menurutnya, suaminya kini berehat dan kemungkinan esok dibenarkan pulang ke rumah.
Terdahulu penyanyi lagu Demi Cinta ini ke Gua Musang, Kelantan untuk kerja-kerja pertanian. Dia mencari benih untuk beberapa tanaman kerana merancang untuk mengerjakan dusun.
Difahamkan Ezad juga makan durian dan juga membawa balik buah durian dari sana.
Dia seterusnya mengalami muntah-muntah dan tidak lama kemudian, diserang panik. Ini memaksa Zeana membawanya ke Hospital Putrajaya untuk rawatan.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Kecaman demi kecaman diterima pasangan ini setelah mereka bergelar suami isteri. Lebih memburukkan keadaan bila mana si suami bercerai dengan isteri pertama. Pelbagai cercacan dan kata nista diterima sehinggakan kedua-duanya mengambil keputusan menutup ruangan komen di laman instagram masing-masing.
Bahkan, dek kerana hal tersebut, Izreen Azminda yang dulu sering kali terlihat kelibat di kaca tv , namun kini jarang kelihatan terutama dalam drama mahupun telemovie.
Berpeluang menemu bual anak kelahiran Perlis ini, menurut Izreen apa yang berlaku ada hikmah dan sehingga kini mereka berdua sudah lali dengan kecaman yang diterima.
“Kalau diikutkan kami sudah tak ada perasaan sebab dah lali dengan kata-kata orang. Cuma bila berbincang dengan suami, saya selalu cakap, peliknya orang sekarang sebab kami sudah kahwin dan apa yang kami tunjukkan di dalam gambar adalah berkaitan dengan apa yang membuatkan kami gembira.
“Kami bukan minta pendapat dari orang lain. Sebaliknya dalam perhubungan adalah antara suami isteri dan bukan orang lain untuk handle tentang keluarga kami. Inilah prinsip yang kami pegang.
“Lantaklah apa yang orang nak cakap sebab yang kami nak happy dan abaikan apa yang orang cakap,” ulas Izreen ditanya tentang kecaman yang diterima selepas memuat naik gambar kahwinnya baru-baru ini.
Dia dalam pada itu mengakui ada menerima tawaran berlakon tapi sebab kecaman terlalu banyak menyebabkan dia dinasihat berehat dulu.
“Memang saya ada dapat tawaran berlakon, tetapi buat masa sekarang saya rehat dulu dan bila dah sampai waktu sesuai baru saya ambil. Itu pun bergantung juga pada kesesuaian watak dan status.
“Lagipun sebelum ini saya sudah bekerja selama 12 tahun tanpa rehat,kerja berat , susah dan sebagainya jadi inilah masanya untuk saya berehat dan beri tumpuan pada keluarga pula. Tambahan pula sekarang dah kahwin, jadi nak habiskan masa dengan suami dan anak-anak.
“Dulu sibuk dengan kerja, tapi sekarang Tuhan dan tunaikan hasrat untuk saya luangkan masa dengan keluarga. Ada Hikmah dengan apa yang berlaku, dulu bukan tak bertanggung jawab tapi sebab banyak kerja, jadi kekangan masa dengan keluarga.
“Tapi sekarang gembira dengan skituasi sekarang dan betul-betul rehat. Walaupun di rehatkan tapi Alhamdulillah ada sahaja rezeki yang masuk,”jelas isteri kepada Ude Wahid ini lagi.
Menyentuh mengenai kifarah atas apa yang berlaku, akui Izreen, itu tidak menakutkannya kerana dia percaya setiap yang berlaku ada Hikmah di sebaliknya.
“Buat apa kita ambik kerja Tuhan sedangkan masa depan pun kita tak nampak rupa bentuk. Jadi buat apa cakap benda yang tak elok pada orang yang tak kenal, bukan duduk di rumah sekali dan tak tahu jalan cerita dan hal sebenar.
“Manusia sekarang mudah jatuh hukum sedangkan diri sendiri tak terlihat akan kekuarangan. Setiap manusia ada ujian dan bahagian masing-masing. Kita sebagai manusia kena hadapi dengan tenang dan hadapi dengan reda,”ujarnya lagi.
Ditanya bagimana dia melalui situasi tersebut, tegas Izreen yang penting hati kena keras, kering dan reda dengan apa yang berlaku.
Kita kena reda dengan apa yang berlaku. Kalau tidak kita akan jadi pendendam dan tak puas hati, marah, sedih dan benci. Bila reda kita akan tenang. Allah akan tolong. Suami ada dan keluarga yang selalu support. Suami tak lari tinggalkan pun, dia hadap benda ni bersama.
“Sebab hanya kami sahaja yang tahu apa yang terjadi. Dan sokongan dari suami lebih penting dan hadapi benda yang mendatang. Bila kita hadap benda ni bersama maka Allah permudahkan dan saya okey sahaja.
“Bila kita tenang semua hal akan jadi ‘smooth’ dan takkan jadi masalah sebenarnya. Jadi saya percaya apa yang saya lalui ini adalah ujian yang Tuhan berikan kerana Dia nak beri yang lebih baik lagi lepas ini.
Menyentuh soal anak, biarpunmereka tidka merancang, namun buat masa sekarang dia dan suami mahu habiskan masa bersama terlebih dahulu.
“Soal anak, saya dan suami berserah pada Allah soal zuriat. Kalau boleh nak enjoy momen berdua dulu memandangkan masing-masing sudah ada anak sendiri sebelum ini. Sekarang lebih kepada masa bersama dan kalau Allah nak berikan awal kami terima.
Cantik dengan solekan hanya bersifat sementara sahaja. Bila solekan di tanggalkan barulah rupa sebenar yang terlihat. Masa tu barulah boleh lihat kecantikan sebenar seorang wanita.
Selain mengamalkan penjagaan kulit wajah dan secara keseluruhannya dengan menjaga pemakanan dan pengambilan makanan tambahan, tak salah juga kalau kita nak cuba pelbagai petua. Biarlah seiring petua dan pemakanan. Baru hasil nampak lagi mantap!
Dua kaedah guna bahan semulajadi ini boleh kekalkan kecantikan sebenar kulit kita. Malah paling penting membantu mengatasi pelbagai masalah lain. Jom amalkan sama-sama.
Betik Rawat Kulit Mati
Macam tak percaya dengan kuasa betik ni. Tapi itulah hakikatnya. Kalau nak tahu, betik adalah antara bahan alami yang digunakan untuk mencantikan kulit. Ia boleh menanggalkan sel kulit mati dan mengurangkan masalah jerawat. Tapi macam mana nak cantikkan kulit dengan betik ni? Ikut petua ini.
Bahan-Bahan:
Betik
Air mawar
1. Pilih betik yang masak ranum.
2. Lenyek betik sehingga halus.
3. Tuangkan sedikit air mawar dan gaulkan lagi hingga sebati.
4. Kemudian lumurkan dan gosok perlahan pada wajah. Lakukan amalan ini setiap hari.
Rawat Mata Sembab
Tak hanya betik, kentang yang selalu kita gunakan dalam masakan pun ada banyak kelebihannya. Kentang paling berkesan merawat masa sembap. Nak rawat macam mana?
Bahan-Bahan:
Kentang
1. Gunakan ubi kentang yang segar.
2. Hiris nipis ubi kentang dan letakkan potongan tersebut di atas mata selama beberapa minit.
3. Basuh dan bilas muka dengan bersih.
4. Lakukan proses ini berkali-kali hingga mata kembali pulih.
Tak susah bukan? Kalau kita perasan memang banyak produk kecantikan menggunakan dua bahan ini sebagai bahan utama. Itu membuktikan kedua bahan ini memang terbaik dan mujarab. Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di