*Bahan: *6biji telur ayam rebus *6biji kentang buang kulit &potong2 *6bar fish cake *6ketul tauhu keras 2biji timun di potong2… Bahan2 yg btanda * goreng sehingga garing dan potong2 Bahan2 utk kuih….. 300g tepung gandum 200g taugeh 50g udang kering 1sudu mauripan 1gelas air Cara:
Ads
Blendkn udang kering n campurkan kesemua bahan td…tunggu shingga kembang dan goreng…ala mcm buat cekodok tu….tau kan… Bahan2 untuk kuah kacang…. 100g cili kering rendam dgn air panas & blend… 300g kacang tanah goreng sampai kuning +3gelas air dan blend 2sudu tepung jagung+1gelas air &kacau 2senduk gula 1sudu garam 1ulas bwg putih
Ads
Cara:
Tumiskan lada kering dg 1bj bwg putih yg dh di blend td,sehingga pecah minyak Masukkn gula dan garam kemudian kacau sehingga gula dan garam larut kemudian masukkn kacang tanah yg dh di blend dgn 3gelas air td….tunggu sehingga mendaidih kemudian masukkan tepung jagung… *tepung jgung tu bg pekat kuah.
Selamat mencuba! credit : Nora Lola Mokthar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mungkin ada yang fikir menu ini agak leceh dan ambil masa. Tetapi percaya atau tidak, nak buat brownies yang hanya mengambil masa yang tidak lama. Apabila dah siap pasti anda sekeluarga menyukainya.
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Zett Rossy ini.
Assalaamualaikum sayang-sayangg (tiru dsv)
Meh saya nak share resepi brownies yg paling senang diabad ini hehe..
Senang sebab cuma TIGA BAHAN ajeee.. dah la senang, sedap pulak tu. Anak2 konpem suka
Bahan2: Nutella, telur, tepung.
Cecaranya saya tunjukkan step by step bergambar ye. Jom masuk dapur!!
Dipersilakan share ye!
Bahan2:
1/2 cwn nutella
1 bj telor B
5 sd besar tepung gandum
(Adunan ni dpt 18-20 cups kecik, kalau nak banyak gandakan ye)
Cara membuat:
1. Whisk nutella dan telur hingga sebati. Pakai garfu pun bolehhh.. bukan nak kena gebu pun adunan tu.
2. Dah sebati, masukkan tepung. Sebatikan. Takyah baking powder k.
3. Sudukan dlm cups atau nak terus tuang ke loyang pun ok je. Saya terlajak rajin pakai cups. Lg pun nampak comei hihi hiaslah sesuka hati.
4. Bakar 160℃ selama 15-20 min ikut oven memasing ye.. Tengok tu dah naik membukit kan? Takyah letak baking powder punnn.
5. Dah siap!! Tunggu sejuk sebelum dihias topping atau dingap!!
6. Ready untuk di ngap.. Sy hias topping nutella kasi nampak lagi ensem hihi! Anak2 mesti excited nak makan kan..? Selamat mencuba!!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sering juga terjadi, bila tetamu datang ke rumah masa itu jugalah kita akan mengeluarkan teko yang tersimpan lama di dalam kebainet untuk digunakan semasa menghidang minuman.
Namun apa yang mengecewakan, teko tersebut mempunyai bau yang tidak menyenangkan dan ini sekali gus merosakkan mood untuk kita menggunakan teko yang kita rasakan terbaik untuk digunakan oleh tetamu yang bertandang.
Tahukah anda, sebenarnya ada cara atau petua untuk elakkan daripada semua ni berlaku. Untuk itu, jom cuba 3 cara ini.
Cara 1
Ambil daun pandan dan dipotong 2 inci kemudian masukkan ke dalam teko sebelum disimpan kemas di dalam almari. Cara ini akan menjadikan teko bukan sahaja berbau harum malah mengelakkan lipas daripada bersarang di dalam kabinet dapur.
Cara 2
1. Basuh bersih teko dan keringkan.
2. Masukkan uncang teh dan letakkan di dalam teko. Simpan kemas di dalam kabinet.
3. Hasilnya teko akan tidak berbau hapak dan kekal harum.
Cara 3
Sebelum teko ingin disimpan lama, cuci terlebih dahulu dengan soda bikarbonat untuk pastikan mampu menyerap dan menghapuskan bau-bauan yang tidak menyenangkan. Caranya mudah, campurkan soda ini dengan air suam, kemudian gosokkan pada bahagian dalam teko dan biarkan seketika sebelum di bilas. Kemudian keringkan dan bolehlah disimpan teko tersebut untuk digunakan di masa akan datang tanpa ada kesan bau yang tidak diingini.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Cendawan Ni Sentiasa Jadi Stok Di Rumah..”- Rupanya Dr Ni Gunakan Untuk Jadikan Masakan Lebih Sedap!
Sebagai ibu kita bukan sahaja menyediakan hidangan yang enak untuk anak makan berselera malah apa yang menjadi keutamaan adalah kita ingin memberikan makanan yang terbaik dan berkhasiat untuk seisi keluarga.
Bercerita tentang rahsia penyediaan makanan yang enak dan berkhasiat, Dr Mazliana Mazlan menyarankan untuk menggunakan cendawan. Ia bukan sahaja dijadikan menu sayuran malah menurutnya cendawan boleh dijadikan pengganti bahan perasa.
Nak tahu detail, ini perkongsiannya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Cendawan boleh jadi pengganti aji kalau masak sayur untuk anak. MSG penyedap makanan, beri rasa umami pada lidah.
Buat makanan yang anak makan, lebih sedap dari biasa. Ada yang ambil makanan tinggi dengan MSG tiruan, dapat kesan sampingan pening, loya, muntah, berdebar-debar.
Kajian pun ada tunjukkan yang MSG ada kaitan dengan obesiti, penyakit metabolik, kesan neurotoksik, dan kesan pada organ peranakan.
Tak sesuai untuk anak-anak kita ya. Sebaiknya elakkan dari anak-anak seboleh mungkin.
Kiub/serbuk ayam.
Kiub/perencah tomyam.
Secukup rasa, penyedap rasa.
Perencah nasi goreng.
Perencah sup tulang.
Perencah mee segera.
Sos tiram.
Kicap.
Elakkan masak makanan anak-anak kita dengan bahan ini. Semua jenis penambah rasa ni kebanyakkan ada MSG tiruan.
“Cendawan, antara sayuran sebenar yang beri rasa umami yang kuat pada lidah kita. Sumber semulajadi pilihan yang lebih baik buat anak-anak.”
Dalam gambar, saya ada kongsi 10 jenis cendawan yang ada di pasaran. Boleh shopping k.
1.Brown button mushroom
2.White button mushroom
3.Shiitake mushroom
4.Portabello mushroom
5.King otyster mushroom
6.Inoki mushroom
7.Grey oyster mushroom
8.Bunashimeji mushroom
9.Bunapi mushroom
10.Dried shiitake mushroom
Dried shiitake mushroom, sentiasa ada stok di rumah saya. Sebab cendawan ni kering, tahan lama, tinggi dengan glutamate dan beri rasa umami yang kuat. Guna sikit je dah sedap hasil masakan kita.
Buat mee goreng pun saya kisar dulu cendawan shiitake dan tumis sekali dengan bebawang. Seriusss, sedap lain dari biasa. Korang kena try tau.
Cendawan apa paling bagus?
Setiap cendawan ada khasiat terlebih terkurang sikit, tapi umumnya semua ada kebaikan.
Umur berapa boleh start makan?
Boleh cuba untuk baby 10 bulan ke atas.
Anak eczema boleh makan?
Yang ni tengok post semalam, 9 sayur yang anak eczema kena elakkan.
Mana nak beli?
Semua pasaraya ada. Nak banyak pilihan, di Aeon dan Jaya Grocer.
Serbuk cendawan boleh guna?
Boleh je kalau bahan-bahan dia ok.
Boleh lah shopping cendawan lepas ni selalu tau. Kita cuba cari perasa dari bahan semulajadi untuk anak-anak ya.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.