Resipi Roti Gulung Sardin Simple Tapi Sedap. Ini ‘Rahsia’ Gorengan Sempurna & Tak Serap Minyak!

Share

Bukan hanya untuk keluarga, resipi ini juga boleh dijual untuk menambahkan pendapatan ni. Yang penting ia sedap dan ada tip bagaimana nak dapatkan hasil gorengan yang sempurna dan tak serap minyak.

Nak tahu caranya, boleh baca perkongsian dari Puan Siti Noor Hidayah Samah  ini. Selamat mencuba!

ROTI GULUNG SARDIN

INTI SARDIN
-1 tin sardin (Sy ambik isi ikan je x ambik sos die pastu hancur2kan ikan)
-1 biji bawang besar (Cincang halus)
-3 sudu besar sos tomato
-2 sudu besar sos cili
-3 sudu besar mayonis
-Garam
-Gula

1) Tumis bawang hingga wangi.
2) Masukkan sos tomato & sos cili. Kacau sekejap.
3) Masukkan ikan sardin dan kacau sebati.
4) Perasakan dengan garam & gula.
5) Masak hingga sedikit kering.
6) Tutup api dapur & masukkan mayonis. Kacau rata.
7) Masukkan inti ke dalam roti dan gulung kemas2. Ketepikan.

BANCUHAN TEPUNG
-1 cawan tepung gandum
-2 sudu besar tepung jagung
-2 sudu besar tepung beras
-1/4 cwn tepung Bestari original (Kalau suka pedas guna yg spicy)
-2 sudu besar marjerin
-2¼ cawan air
*Masukkan semua bahan ke dalam blender & kisar.
*Celupkan roti tadi ke dalam bancuhan & goreng hingga masak.

*Tips x nak bagi roti serap minyak jangan balik-balikkan banyak kali mase goreng. Cukup sekali balik je.

Selamat mencuba😋😋😋

#feelfreetoshare


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

IKLAN