Bukan hanya untuk keluarga, resipi ini juga boleh dijual untuk menambahkan pendapatan ni. Yang penting ia sedap dan ada tip bagaimana nak dapatkan hasil gorengan yang sempurna dan tak serap minyak.
Nak tahu caranya, boleh baca perkongsian dari Puan Siti Noor Hidayah Samah ini. Selamat mencuba!
ROTI GULUNG SARDIN
INTI SARDIN
-1 tin sardin (Sy ambik isi ikan je x ambik sos die pastu hancur2kan ikan)
-1 biji bawang besar (Cincang halus)
-3 sudu besar sos tomato
-2 sudu besar sos cili
-3 sudu besar mayonis
-Garam
-Gula
Ads
1) Tumis bawang hingga wangi.
2) Masukkan sos tomato & sos cili. Kacau sekejap.
3) Masukkan ikan sardin dan kacau sebati.
4) Perasakan dengan garam & gula.
5) Masak hingga sedikit kering.
6) Tutup api dapur & masukkan mayonis. Kacau rata.
7) Masukkan inti ke dalam roti dan gulung kemas2. Ketepikan.
BANCUHAN TEPUNG
-1 cawan tepung gandum
-2 sudu besar tepung jagung
-2 sudu besar tepung beras
-1/4 cwn tepung Bestari original (Kalau suka pedas guna yg spicy)
-2 sudu besar marjerin
-2¼ cawan air
*Masukkan semua bahan ke dalam blender & kisar.
*Celupkan roti tadi ke dalam bancuhan & goreng hingga masak.
Ads
*Tips x nak bagi roti serap minyak jangan balik-balikkan banyak kali mase goreng. Cukup sekali balik je.
Menginjak ke usia 10 tahun, kanak-kanak perempuan mula menampakkan perubahan dari alam kanak-kanak ke alam remaja dan sekali gus menuju ke arah akil baligh. Ia merupakan kejadian fisiologi yang biasa terjadi sehingga memasuki alam dewasa, kebiasaannya proses ini mula berlaku antara usia sembilan hingga 15 tahun.
Pada waktu usia sebeginilah, darah haid yang menandakan seseorang itu telah baligh akan mula keluar. Justeru, kanak-kanak seusia begini harus diberi penjelasan yang sebenarnya. Walaupun perkara ini mungkin disentuh melalui pendidikan kesihatan di sekolah, namun penerangan dari ibu terutamanya lebih menjadikan pengalaman pertama kali datang haid ini lebih selesa untuk dilalui oleh si anak.
Begitu pun peranan bapa tak kurang pentingnya dalam hal ini. Berikut perkongsian dari saudara Firdaus Mokhtar kepada kaum bapa di luar sana tentang isu ini.
Anak yang sulong, Isymah datang haid untuk kali pertama. Ummi dia lah uruskan hal tentang pengurusan diri. Cuma lepas selesai, saya sebagai ayah panggil Isymah untuk bercakap sikit. Kita berpesan ke dia.
Ini yang perlu kita pesan ke anak-anak perempuan saat dia akil baligh;
1. Kewajiban atas syariat dah terletak terus atas diri dia.
Sejak umur baligh, segala syariat dah tertakluk atas diri sendiri. Dia wajib sembahyang, jaga aurat, berpuasa dan segala yang disyariatkan atas manusia.
Kalau buat dah ada pahala dan kalau tinggal dan ada dosa sendiri.
2. Maka, dosa dan pahala itu ditanggung sendiri.
Cuma istimewa sebagai anak perempuan, dosanya terkait dengan ayah. Anak buat dosa, ayah biarkan, ayah juga berdosa.
Saya pesan selalu perkara ini. Contohnya kalau dia tak jaga aurat, dia dan Walid sama berdosa kalau sama-sama biarkan.
3. Jaga pergaulan, terutama dengan kawan-kawan di sekolah.
Sebab apa? Sebab di sekolah kita tak ada nak perhatikan. Jadi dia kena pandai jaga diri. Baik dengan kawan lelaki dan kawan perempuan.
Dengan sepupu lelaki yang dah dewasa dah tak boleh bersalaman. Pakcik yang bukan mahram pun sama. Bukan semua boleh salam dan bersentuhan bertepuk tampar.
4. Batas aurat sangat penting.
Tudung, stokin tangan dan stokin kaki semua dia tahu. Sebab ummi dia memang pakai semua tu. Semuanya ada peranan. Jadi dia biasa tengok dan tahu kegunaan.
Saya pesan juga, makin besar nanti tubuh badan akan berubah ke badan dewasa, ini lagi kena jaga. Tentang pilihan baju, seluar atau kain. Dah kena belajar daripada hari ini.
5. Sifat malu, ini ada dalam Islam.
Lelaki atau perempuan kena ada sifat malu. Malu untuk lakukan dosa. Malu untuk berlebih-lebihan mengada atau menggedik depan orang lain.
Iyalah, perempuan kan. Memang ada sifat manja dan berlembut tu. Jadi kena jaga, ikut suasana dan tempat.
Sebab itu pada Islam, malu itu sebahagian daripada iman.
6. Menjaga kebersihan.
Pengurusan diri berkait dengan haid ini sangat perlu kepada ilmu kebersihan. Jadi yang ini saya pesan ke dia, belajar dengan Ummi dia.
Sebab mudah nak tunjuk praktikal dan cara yang betul.
Soal bersihkan diri, bersihkan tuala wanita yang dah digunakan dan kebersihan pakaian. Hal darah ni jangan buat main, tak bersih betul-betul sakit boleh datang nanti.
7. Teliti tentang kiraan tarikh.
Bab ini lah buatkan saya sedar, kenapa perempuan sangat teliti soal tarikh. Huhu.
Sebabnya mereka kena jaga hal yang berkait penting dengan diri mereka. Setiap kali datang bulan, kiraan hari sangat penting.
Sama ada kiraan untuk pastikan tempoh kesuburan atau soal ibadah, dua dua penting. Kalau bab kiraan ini tak jaga, boleh jadi terlanggar hari dah wajib sembahyang dan beribadah. Berdosa terus.
Sebab itu perempuan sangat mudah ingat tarikh berbanding lelaki. Haa kan?
8. Tentang mandi wajib.
Ini pun saya cuma pesan. Cuma ilmunya saya ulangkan ke dia. Saya cerita juga ada ramai pelajar saya jumpa dulu masa saya mengajar dah baligh tapi mandi wajib tak tahu.
Tak tahu kena mandi wajib pun ada. Saya pesan ke dia, ada sahaja perkara tak tahu, tanya terus ke saya atau Ummi dia.
Tekun Isymah dengar saya pesan setiap poin.
Kawan-kawan, kita sebagai mak ayah kadang bukan nak tunjuk pandai berpesan itu ini. Memang mereka dah belajar dekat sekolah tentang semua ini.
Cuma kita nak letakkan diri kita sebagai ibu bapa yang mereka boleh percaya untuk bercerita dan bertanya. Tentang semuanya termasuklah hal sistem reproduksi diri ini.
Kalian tahu berapa ramai dekat luar sana yang malu nak bercakap soal ini dengan anak-anak, maka anak-anak bertanya dan jadikan siapa sebagai rujukan?
Paling dekat dengan mereka adalah kawan-kawan. Atau entah siapa orang luar yang dia percaya berbanding kita di rumah. Moga dijauhkan.
Begitulah pesan ke Isymah. Harap ada manfaat ke kawan-kawan yang lain. Guna untuk pesan ke anak kalian juga. InsyaAllah.
Firdaus Mokhtar,
Walid.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika siapa pernah makan suun yang digoreng tentu tahu betapa enaknya hidangan ini. Biarpun sekali pandang nampak macam bihun yang digoreng namun bila menikmatinya sangat enak. Memandangkan ia lebih halus dan terasa ‘ringan’ bila dimakan, ini menjadikan seakan terasa sungguh setiap ramuan yang dicampurkan di dalam masakan tersebut.
Jadi buat yang belum pernah mencubanya, apa kata anda buat resipi yang dikongsikan oleh Puan Nasriah Ramli ini yang mendapat perhatian wargamaya apabila di share hingga melebihi 15 K. Nyata ramai teruja untuk membuat resipi ini.
Jadi usah tunggu lagi, jom masuk dapur dan sediakan menu yang digemari ramai untuk dinikmati bersama seisi keluarga.
Suun Goreng
Bahan-bahan:
Bawang putih
Bawang holland
Udang
Sotong
Telur
Kiub bilis
Sos tiram
Sos ikan
Kicap lemak manis
Lobak merah
Cili merah, kalau suka pedas msukkn cili api potong
Tomato
suun
Gula & Garam
Daun bawang
Cara Masak :
1.Tumis hirisan bawang putih dan bawang holland.. Lemudian masukkan udang dan sotong. Goreng sekejap
2. Masukkan telur dan digoreng hancur. Kemudian masukkan kiub ikan bilis.
3. Kemudian masukkan sos tiram, sos ikan dan kicap lemak manis.
4. Setelah itu masukkan carrot, cili merah, tomato. Klau suka pedas, masukkan cili api potong.
5. Masukkn suun yang sudah direndam.
6. Goreng sebati semua.
7. Tabur sikit gula dan garam. Akhir tabur daun bawang.. klau suka boleh je masukkan taugeh.
Perkongsian resipi ini mendapat hingga 15k shares di group Masak Apa Hari Ini dan ramai begitu teruja untuk mencubanya.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Semakin berusia seseorang, semakin bertambah segala penyakit dalam badan. Angin, lenguh sana sini dan sebagainya lagi. Lebih teruk lagi bila salah makan, makin mengundang macam-macam masalah pada tubuh.
Buat ibu-ibu yang ada masalah sakit kaki,terutama di bahagian tumit terasa menyucuk-nyucuk sehinggakan nak berjalan pun susah, apa kata cuba petua mudah ini.
PETUA MUJARAB HILANGKAN SAKIT KAKI
.
Masa memula Mak bagitau petua ni, KakVee tak berapa nak buat sangat. Still lagi pergi berurut dekat spa dengan bayaran rm45-rm60 untuk sejam. Tu pun lepas urut tak hilang gak sakit kaki.
.
Stresskan bila sakit kaki. Tambahan lagi kalau sakit tu mencucuk cucuk dibahagian tumit. Rasa berat jer kaki nak berjalan. Nak bekerja pun jadi lemau.
.
Bila dalam pantang ni baru ada kesedaran nak buat. Hanya berspa di rumah. Jimat dari segi kos sebab bahan bahan nak buat memang dah tersedia di dapur dan boleh diamalkan bila bila masa.
.
Tapi kesannya bergantung pada individulah, ada yang hilang sakit terus lepas sekali buat. Ada yang kena buat sampai tiga kali baru rasa betul betul berkesan. KakVee lepas buat hari tu sakit kaki dan lenguh lenguh terus hilang. Jadi ringan jer kaki nak melangkah. Tu yang KakVee nak share petua ni sebab betul betul menjadi.
. Bahan bahan yang diperlukan :
.
Garam
Halba
Serai
Halia
Lengkuas
Daun limau purut
Daun Pandan
.
(tambahan kalau ada, daun mengkudu, cekur daun sireh) – ekceli boleh letak daun apa saja yg ada khasiat.
. Cara penyediaan :
.
Hiris atau ketuk bahan bahan diatas.
Kemudian rebus sehingga mendidih.
. Cara penggunaan :
.
Ambil air rebusan (termasuk bahan bahan) masukkan dalam baldi dan campurkan dengan air paip. Suhu ikut individu. Tapi jangan sampai melecur kulit. Kalau boleh paras air tu sampai boleh rendam dari kaki hingga ke lutut. Baru puas hati.
.
*masa rendaman tu akan terasa seolah olah kaki kita disedut sedut. Sangat selesa dan bau pun wangi kalah bau dekat spa.
.
#PS ini hanyalah penyediaan traditional, sekiranya sakit kaki tu berlarutan dan bertambah teruk segeralah berjumpa dengan Doktor untuk dapatkan rawatan yang sepatutnya.
.
#SILAKANSHARE supaya gejala sakit kaki dapat dikurangkan bersama sama. Nak cara jimat bolehlah cuba. Nak mudah g spa urut kat sana
.
#PetuaKakvee.
Kredit : Ruviantie Roslan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di