Resipi Sambal Telur Pecah Tiga Rasa, Menu Simple & Jimat Tapi Sedap. Makan Dengan Nasi Panas-Panas, Memang Terangkat!

Share

Resipi  simple tapi membuka selera seisi keluarga. Bagi anda yang tak suka makan menu berat baik ketika berbuka mahupun sahur, mungkin resipi sambal telur tiga rasa ini sesuai.

Lebih-lebih lagi kalau waktu bersahur. Daripada tak berselera terus tak cukup sepinggan nasi kalau dapat macam ni kan. Lebih-lebih lagi bagi anda yang suka menu berasaskan telur.

Nah ibu-ibu, admin kongsikan resipi air tangan dari puan Liza Idris. Selamat mencuba!

Nah, menu sahur simple “Telur Pecah Sambal 3 Rasa”. Boleh masak untuk sahur esok.

Bahan-bahan:-
1 biji bawang besar.
2 ulas bawang putih.
3 biji telur ayam.
3 sudu cili kering.
1 sudu besar sos tiram.
1 sudu besar sos cili.
1 sudu besar sos tomato.
1 cawan air.
Sedikit daun bawang jika ada.

Cara masak ada pada setiap gambar. Jom kita mulakan.

Cara membuat:

Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih yang dihiris halus.

Bila dah kekuningan dan naik bau, masuk 3 sudu cili kering. Tumis lagi sampai pecah minyak.

Masuk pula 3 beradik sos tiram, tomato dan cili. Kacau sama rata.

Pastikan sambal masak elok dan pecah minyak. Barulah masakan jadi sedap.

Masuk pula air dan kacau lagi. Tunggu sampai kuah sedikit pekat.

Rasa lah sikit, kalau ada yang kurang boleh tambah gula dan garam.

Rasa kuah dah sempoi, pecah je telur macam saya buat tu.

Tabur daun sup kalau ada dalam peti ais. Tak letak pun sedap je. Saja la serabutkan dalam kuali tu.

Saya tak kacau sebab tak nak telur tu hancur.

Terbalikkan telur tu kalau nak bagi masak sama rata. Tutup api. SIAP!

Kalau besahur gini boleh tambah 2 pinggan tau.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

IKLAN