Makan

Resipi Sos Cili Ala Thai Homemade, Cukup Rasa Masam, Manis, Pedas

Share

Sos cili Thai memang enak dinikmati dengan pelbagai jenis hidangan. Sebagai sos pencicah yang wajib ada bagi melengkapkan menu bergoreng sudah tentulah rasa masam, manis dan pedas itu perlu ada.

Bagi yang suka makan cicah sos cili ala thai boleh buat sendiri dan ikut kepedasan yang di ingini. Bukan setakat sebagai pencicah ia juga boleh dijadikan sebagai bahan perasa dalam masakan.

Resipi Sos Cili Ala Thai Homemade

BAHAN-BAHAN:

4 biji cili merah
9 biji cili padi (kalau suka pedas boleh tambah lagi)
5 ulas bawang putih
1 ½ cawan air
2 sudu besar cuka
1 biji jus limau nipis
1 cawan gula atau secukup rasa
1 sudu garam atau secukup rasa
2 sudu makan sos ikan
1 sudu besar tepung jagung + 2 sudu besar air

Cukup Rasa Masam, Manis, Pedas

CARA MEMASAK:

  1. Kisarkan cili merah, cili padi,bawang putih dan air

2. Masukkan ke dalam periuk. Masukkan pula cuka, jus limau nipis, sos ikan, garam dan gula. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih. Perlahankan api.

3. Campurkan tepung jagung ke dalam air. Kacau sebati. Masukkan ke dalam periuk. Kacau sehingga sos memekat lebih kurang seminit.

4. Setelah sejuk, bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.

Memang puas hati kalau buat sendiri. Terjamin kebersihannya.

Kredit resepi: imah rahman

IKLAN