Resipi Sotong Kukus Atau Bakar Ala Thai Yang Sedap. Tengok Pun Kecur Liur, Mudah Jer Nak Buat. Wanita Ni Kongsikan Caranya!

Share

Sotong Bakar Atau Kukus Ala Thai ni memang nampak cukup menyelerakan. Rasanya yang pedas,masam,manis pasti membuatkan anda tak cukup sepinggan nasi.

Hujung minggu ni apa kata cuba resipi ini untuk sajian seisi keluarga. Admin kongsikan resipi dari Puan Habibah Badar Bajrai. Selamat mencuba!


Ni resepi viral yang ada banyak version. Seme version, tukang post dia kata sedap. Kita yang baca pun jadi gamam.

Tapi, sebab seketul Kak Bib ni jenis malas nak guna resepi yang banyak bahan, version ni jadi pilihan.

Result dia. Uwarghh!! Mintak ampun sedapnya!!

Kalau tak minum dulu #cannella, korang makan nasi sure bertambah tambah.

Nak cuba try? Jom tengok resepi

SOTONG KUKUS/BAKAR ALA THAI

Bahan-bahan

6 ekor sotong

Bahan sos

12-15 biji cili padi

4 ulas bawang putih

3 biji limau nipis – perah ambik air

1 pokok daun ketumbar

2 sudu makan sos ikan

1 sudu makan sos tiram

3 sudu makan gula

Cara cara

  • Kukus atau bakar dulu sotong sampai masak. Pastu kelar kelar badan dia. Angkat, letak dalam pinggan.
  • Kisar cili padi, bawang putih, perahan air limau nipis, dan gula.
  • Masukkan sos ikan dan sos tiram. Kacau rata. Masukkan daun ketumbar yang di cincang.
  • Tuang sos ni atas sotong tadi. Woala!! Sedap giler!! Sambal dia cukup rasa pedas, manis, fresh. Senang cakap, memang sedap sangat sangat.

Kalau korang makan time mata tengah ngantuk, confirm lepas tu terus segar bugar ?

Die die must try ok!

Kalau nak lagi resepi yang simple dimple tapi best, follow Habibah Badar Bajrai ok

#DapurCasadiab

IKLAN