Resipi Sotong Masak Ala Thai, Nak Buat Mudah, Gerenti Sedap!

Share

Resipi sotong memang kesukaan ramai. Salah satunya sotong masak ala thai. Cara nak buat memang mudah dan Bahan – bahannya juga boleh didapati di pasaraya pada harga yang murah.

Sebenarnya resipi ni walaupun nampak ringkas ajer, tetapi melihatnya saja boleh kecur air liur dan biasanya sepinggan memang tak cukup kalau berkongsi.
Apa kata buat menu untuk keluarga hari ni.

Ikuti perkongsian ini.

Sotong candat hasil suami and the geng! Apoo lagi kita bersotong ala thai khapp kupp kappp. makang dengan nasik panas sajo pun dah syokkk !

Resepi ada di caption gambar okeh.. Semoga bermananfaat untuk tambat hati & perot suami masing.

Daun ketumbar, lada jarum, lemon, bawang putih, garam dan gula.
Goreng sekejap, jgn sampai garing pulak
Sos tiram & sos ikan thai.
Tumbuk bahan2 yang dah digoreng tadi bersama sedikit gula dan garam ( agak2 je).. Xnak pedas masuk gula lebih skit.. Dah lumat, gaul skali dgn 2sudu sos tiram dan 3sudu sos ikan thai. Lepas tu perah sedikit jus lemon serta masuk daun ketumbar yg dicincang halus.
Sotong gaul dengan kunyit dan sedikit garam halus.
Yang ni saya bakar sbb suami lebih sukar bakar. ( dlm pemanggan ajaib)
Yang goreng sbb sy lbh suka garing.
Aturkan sutong2 tadi siap sedia untuk dijirus dgn sos ala thai
Makang dengan nasik panas2 syokk oi.

Dah makan kenyang2 tu jangan lupa malam sebelum tido minum air detox tau.. Segala lemak gemelai tepu dalam tubuh dikelurkan esok pagi dengan smooth .

Kredit Resepi : Tengku Nadia Tengku Ahmad

IKLAN