Resipi sotong memang kesukaan ramai. Salah satunya sotong masak ala thai. Cara nak buat memang mudah dan Bahan – bahannya juga boleh didapati di pasaraya pada harga yang murah.
Sebenarnya resipi ni walaupun nampak ringkas ajer, tetapi melihatnya saja boleh kecur air liur dan biasanya sepinggan memang tak cukup kalau berkongsi.
Apa kata buat menu untuk keluarga hari ni.
Ikuti perkongsian ini.
Ads
Sotong candat hasil suami and the geng! Apoo lagi kita bersotong ala thai khapp kupp kappp. makang dengan nasik panas sajo pun dah syokkk !
Resepi ada di caption gambar okeh.. Semoga bermananfaat untuk tambat hati & perot suami masing.
Ads
Daun ketumbar, lada jarum, lemon, bawang putih, garam dan gula.Goreng sekejap, jgn sampai garing pulakSos tiram & sos ikan thai.Tumbuk bahan2 yang dah digoreng tadi bersama sedikit gula dan garam ( agak2 je).. Xnak pedas masuk gula lebih skit.. Dah lumat, gaul skali dgn 2sudu sos tiram dan 3sudu sos ikan thai. Lepas tu perah sedikit jus lemon serta masuk daun ketumbar yg dicincang halus.Sotong gaul dengan kunyit dan sedikit garam halus.Yang ni saya bakar sbb suami lebih sukar bakar. ( dlm pemanggan ajaib)Yang goreng sbb sy lbh suka garing.Aturkan sutong2 tadi siap sedia untuk dijirus dgn sos ala thaiMakang dengan nasik panas2 syokk oi.
Ads
Dah makan kenyang2 tu jangan lupa malam sebelum tido minum air detox tau.. Segala lemak gemelai tepu dalam tubuh dikelurkan esok pagi dengan smooth .
Kredit Resepi : Tengku Nadia Tengku Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jangan buat main, tentang khasiat sayur hijau ini terutama bagi pesakit kencing manis. Di samping menjaga kawalan pengambilan gula seharian, pengambilan sayur-sayuran memberi kesan positi pada tubuh badan pesakit.
Ingin tahu lebih lanjut, baca dan hadam perkongsian Dr Zubaidi Haji Ahmad di laman facebooknya. Ikuti lanjut peneranganya.
Kenapa perlu makan sayur hijau terutamanya bagi pesakit kencing manis.
Sayur hijau ni penting. Tapi ramai orang tak suka makan sayur sebab tak sedap…pahit, tak boleh nak telan, anak tekak tak terima dll. Sebenarnya sayur ni amat penting bagi diet yang seimbang lebih lebih lagi bagi mereka yang sakit. Seelok eloknya amalkan sejak dari muda, jangan tunggu sakit baru nak makan sayur.
Apa faedahnya makan sayur hijau?
✅ Sayur hijau tinggi dengan serat. Apabila dimakan dengan nasi atau karbohidrat yang tinggi indeks glisemik, serat ini akan membentuk spt jaring yang akan menahan kanji ni dari diserap sekali gus. Secara tidak langsung boleh membantu menurunkan indeks glisemik kanji tadi dan tidak meningkatkan paras gula darah secara mendadak.
✅ Sayur hijau melawaskan, ini juga berfaedah menggerakkan makanan dalam usus dengan tempo yang lebih sihat. Dapat mengawal kolestrol dan gula. Syarat kena minum air mencukupi supaya lebih lancar.
✅ Sayur hijau tinggi dengan klorofil. Ia bersifat alkali dan dapat membantu untuk menyahtoksik darah, meng alkali kan darah bagi pesakit kencing manis yang darah nya lebih asidik. Darah berasid ni kuman suka biak, kanser pun suka jugak.
✅ Sayur hijau juga kaya dengan bahan nutrisi yang boleh melebarkan salurdarah, melancarkan aliran darah yang sudah tentunya menjadi masalah besar kepada pesakit kencing manis. Juga sangat sihat bagi kesihatan kardiovaskular.
✅ Sayur hijau kaya dengan nutrisi spt ALA, magnesium, polyphenols yang boleh membantu mengawal paras gula dan meningkatkan sensitiviti insulin. Sgt baik bagi pesakit kencing manis.
✅ Sayur hijau kaya dengan pelbagai phytonutrisi yang boleh melawan radang, melawan radikal bebas (fungsi antioksidannya), vitamin yang berfaedah, folate (untuk kesihatan DNA dan RNA), beta carotene, lutein dan banyak lagi yang berfungsi untuk awet muda.
Nasihat saya bagi pesakit kencing manis, kalau makan nasi, isikan separuh pinggan tu dengan sayur hijau. Ia mengenyangkan dan terbaik untuk kesihatan.
Moga panduan ini memberi perubahan dalam hidup seharian kita terutama mengenai pengambilan nutrien harian.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selalunya jika sibuk sehingga tak sempat nak masak atau pergi bercuti, sambal adalah ‘penyelamat’ yang menjadikan hidangan enak.
Nak cuba buat sambal jawa atau sambal totok ini, boleh ikut resipi ini. Mudah dan rasanya pun enak.
Ikuti perkongsian ini.
Sambal ulek/sambal Jawa/sambal totok. Resepi turun temurun dari keluarga sebelah abah.
Bahan-bahan: Ikan bilis* Lada hijau* Cili padi* – bagi yang suka pedas Bawang besar* Garam Gula Minyak untuk menggoreng *Nisbah ikan bilis, lada hijau dan bawang besar adalah 1:1:1.
Cara-cara:
1. Goreng ikan bilis sampai garing. Angkat dan toskan minyak. 2. Goreng lada, cili dan bawang besar yang telah dipotong tadi sehingga kelihatan layu. Angkat dan toskan minyak. 3. Tumbuk bahan-bahan yang telah digoreng. Letak sedikit garam dan gula secukup rasa. Dah siap!
Bagi pesakit resdung, sambal ini adalah alternatif bagi sambal belacan kerana sambal ini tidak menggunakan belacan, tetapi menggunakan ikan bilis goreng sebagai pengganti.
Enak dimakan bersama masak lemak putih dan sayur tumis air.
Ikan bakar antara kegemaran ramai terutama bagi yang tak suka menu yang berminyak. Terasa keenakannya lebih-lebih lagi dicicah dengan air asam. Fuhhhh berpeluh bila dimakan dengan nasi putih yang masih panas.
Kebiasaannya resipi ikan bakar, isinya lembut dan basah. Tapi kali ini admin nak kongsikan resipi istimewa yang mana menu ini dibuat versi garing. Menarik kan.