Resipi Sup Bebola Tepung Pulut Berinti Ayam, Pencuci Mulut Yang Rare & Sedap!

Share

Biasanya tepung pulut digunakan untuk menghasilkan manisan seperti butir nangka atau badak berendam.

Menariknya dengan resipi ini, tepung pulut dibuat sup bebola berinti ayam menggunakan tepung pulut. Kejadiannya seakan dumpling tapi teksturnya lebih berisi dan likat. Dikatakan ia turut dijadikan pencuci mulut tradisi golongan cina.

Sup Bebola Tepung Pulut
Tepung pulut biasa digunakan untuk menghasilkan manisan seperti butir nangka, badak berendam dan tang yuan.
Tapi kali ni saya buat sup bebola berinti ayam menggunakan tepung pulut. Seakan dumpling tapi teksturnya lebih berisi dan kenyal.
Resepinya mudah sahaja.
Bahan inti:
2 ketul ayam saiz potongan sup – cincang
Separuh lobak merah – potong dadu
2 tangkai daun bawang – potong halus
1 sudu teh serbuk lada sulah
Boleh tambah cendawan shitake
Bahan tepung:
1 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung  gandum
Secubit garam
Tuang air sedikit sedikit
Uli sehingga menjadi doh
Cara membuat bebola dan sup:
Letakkan sesudu kecil inti ayam ke atas doh tepung dan bulatkan menjadi bebola
Rebus bebola di dalam air yg sedang mendidih dan biarkan sehingga ia timbul – menandakan bebola tepung pulut sudah masak luar dan dalam
Tak perlu angkat bebola tersebut, cuma perisakan sup dengan perencah samada kiub ayam atau ikan bilis
Boleh titiskan minyak bijan/ minyak bawang putih ke atas sup
Sedia dihidang dengan chili oil untuk rasa pedas.
Resepi chili oil:
Minyak masak/minyak sayuran
Dua sudu besar chili flakes, cili yg dikisar kasar – bukan chili powder
Tiga ulas bawang putih yg dicincang
Garam secukupnya
Cara memasak;
Campurkan bawang putih bersama chili flakes
Taburkan dua cubitan garam
Panaskan minyak masak di atas kuali sehingga gelegak
Akhir sekali tuangkan minyak panas tersebut ke atas chili flakes yg dicampur bawang putih td. Gaul rata.
IKLAN