Makan

Resipi Sup Tauhu Telur, Balik Kerja Pun Boleh Masak, Tak Sampai 10 Minit Siap!

Share

Resipi sup tauhu telur antara menu mudah yang berkhasiat untuk seisi keluarga. Menu begini sangat sesuai dengan ibu-ibu yang bekerja tetapi dalam masa yang sama mahu memasak sendiri di rumah.

Tauhu telur atau tauhu Jepun memiliki tekstur yang lembik dan lembut. Sup tauhu telur juga dapat dijadikan makanan alternatif untuk individu yang tidak suka makan daging. Ringkas tapi sedap. Makan panas-panas memang terbaik. Jom kita masak!

RESIPU SUP TAUHU TELUR 

Bahan-bahan:

3 pek tauhu telur
1 pokok brokoli
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
2 sudu besar lada sulah
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung + 1 sudu besar air

Cara memasak:

1. Mula-mula potong tahu telur, lepas tu bedakkan dia dengan tepung jagung. Gorengkan sampai kekuningan.

2. Wajib untuk salutkan tauhu dengan tepung jagung bagi mengelakkan tauhu meletup ketika digoreng.

3. Apabila sudah garing seperti dalam gambar, boleh angkat dan toskan. Ketepikan.

4. Baki minyak tadi kurangkan sikit, tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dihiris nipis.

5. Masukkan sos tiram. Kalau tak ada pun tak apa. Bubuh ikan bilis pun sedap.

6. Masukkan air sesuai dengan citarasa. Jika suka berkuah masukkan lebih banyak air.

7. Bila kuah mendidih, masukkan brokoli. Kalau nak masukkan sayur lain pun boleh. Ikut selera ya.

8. Masukkan tauhu telur goreng tadi.

9. Masukkan serbuk lada sulah.

10. Masukkan cili hiris.

11. Masukkan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih terus tutup api. Tak perlu masukkan garam kerana sudah masukkan sos tiram. Siap untuk dihidangkan.

 

Kredit resipi: Umi Watie

IKLAN