Selagi ada usaha, selagi itu harapan masih ada. Itulah yang dilakukan oleh seorang isteri bagi  membantu suaminya untuk mendapatkan rezeki bagi membuat persiapan menyambut kelahiran anak sulung mereka yang bakal lahir pada bulan September ini.  Terkesan dengan Covid-19, pendapatan mereka sekeluarga juga terjejas.

Namun wanita ini tidak putus asa dengan tanpa segan menulis di twitter mengenai bisnes ikan masin yang diusahakan oleh suaminya. Memandangkan perniagaan tidak memberikan keuntungan, maka diusahakan untuk dijual secara online.

Rezeki Terjejas & Bakal Melahirkan Anak Sulung. Isteri Ni Usahakan Bisnes Online Ikan Masin. Tarik Perhatian Warganet!

 

Jelasnya, “Aku suri rumah. Awal bulan 9 ni dah nak bersalin. Jadi suami aku tengah cari duit untuk beli barang keperluan baby dan untuk kos aku bersalin. Aku just mintak support bisnes suami aku je. Kalau tak beli tolong retweet. Aku anggap ni rezeki anak aku.

Rezeki Terjejas & Bakal Melahirkan Anak Sulung. Isteri Ni Usahakan Bisnes Online Ikan Masin. Tarik Perhatian Warganet!
Ni gambar gambar stok yang ada. Banyak lagi gambar dalam wassap. Boleh tengok kat katalog. Ikan perkasam pon ada. Laki aku buat sendiri. Resipi turun temurun dari mak mertua. Serious sedap tak tipu.

Rezeki Terjejas & Bakal Melahirkan Anak Sulung. Isteri Ni Usahakan Bisnes Online Ikan Masin. Tarik Perhatian Warganet!
Tambahnya lagi, ” Yang buat aku sebak dan sayu. Kadang tuu aku teringin jaa nak beli barang kelengkapan baby. Tapi aku serba salah nak mintak bila dia cakap macam tu. Aku suruh dia beli benda yang penting je. Macam barang lain tuu aku rasa tak perlu.

“Aku nak kerja. Tapi takdak orang nak ambek orang mengandung. Nak taknak aku kena tunggu habis pantang baru cari kerja bantu suami aku. Buat masa ni aku boleh bantu dgn cara promote bisnes dia jaa. Ni first time aku promote kat twitter. Harap-harap ada rezeki untuk keluarga kecil kami.

Rezeki Terjejas & Bakal Melahirkan Anak Sulung. Isteri Ni Usahakan Bisnes Online Ikan Masin. Tarik Perhatian Warganet!Selepas perkongsian, ciapan tersebut diulang kicau hingga lebih 15.1K dan mendapat maklumbalas yang positif daripada warganet dan sekali gus menarik nafas lega bagi pasangan suami isteri ini.

“Allahuakhbar. Banyak kali menangis sebak sebab ramai yang bantu. Tak menang tangan nak reply wassap satu. Tapi saya akan reply slow. Harap bersabar yaa. Saya yang ambek order. Suami yang packing barang. Terima kasih banyak-banyak  sebab sudi support.

Rezeki Terjejas & Bakal Melahirkan Anak Sulung. Isteri Ni Usahakan Bisnes Online Ikan Masin. Tarik Perhatian Warganet!

“Terima kasih jugak pada yang dm nak bagi barang baby. Segan betoi ni. Sebab share ni bukan nak meminta barang. Cuma nak usaha cari rezeki yang halal untuk keluarga kecil kami. Moga Allah murahkan rezeki dan balas jasa baik anda semua. Amin”

Sumber Twitter : @markonah_hudson 

Rezeki Terjejas & Bakal Melahirkan Anak Sulung. Isteri Ni Usahakan Bisnes Online Ikan Masin. Tarik Perhatian Warganet!

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Rezeki Terjejas & Bakal Melahirkan Anak Sulung. Isteri Ni Usahakan Bisnes Online Ikan Masin. Tarik Perhatian Warganet!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI