Meninjau keadaan terkini penyanyi kesayangan ramai, Zamani Slam, 52 selepas selamat menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang yang melengkung akibat penyakit skoliosis pada 7 November lalu, kini dilihat mampu menjalani kehidupan yang lebih ceria dan bertenaga.
Baru-baru ini sepertimana perkongsian di Instagram Julie_zamanislam dapat dilihat, Zamani hadir pada majlis pelancaran lagu tema filem Coast Guard, Yes Sir nyanyiannya bersama bakat baharu dikenali, Ariff Peter di Stesen Udara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini.
Memetik perkongsian di akaun facebook Artis Malaysia, difahamkan Zamani bukan sahaja dilihat sangat bertenaga, dan paling utama nampak jelas dirinya sudah boleh berdiri dan berjalan tegak ketika membuat persembahan nyanyian. Begitu juga, kawalan vokal Zamani juga masih dalam keadaan baik.
Malah, persembahan Zamani ketika menyanyikan lagu ‘Yes Sir’ itu tidak menghampakan dan tetamu yang hadir pada acara berkenaan juga memberi tepukan gemuruh kepadanya sebaik persembahan selesai.
Bagaimanapun, usaha media yang hadir untuk menemubual Zamani tidak kesampaian apabila dimaklumkan oleh rakan duetnya, Ariff Peter bahawa penyanyi lagu ‘Gerimis Mengundang’ itu harus pulang awal.
“Saya mohon maaf kepada semua rakan media kerana abang Zamani terpaksa pulang awal atas sebab masalah kesihatan yang dihadapi,” katanya ketika sidang media berlangsung.
Ads
Terdahulu, Zamani atau nama penuhnya Zamani Ibrahim ketika ditemubual media sebelum ini memaklumkan keadaan kesihatannya semakin baik dan sihat walaupun masih belum pulih sepenuhnya.
“Banyak juga yang terbatas. Sakit pula ‘on and off’ datang. Malah, ada kalanya kaki saya bengkak, namun digagahkan juga untuk buat persembahan,” jelasnya ketika ditemui media pada konsert sempena sambutan Tahun Baru 2023, baru-baru ini.
Ads
Bagaimanapun,Zamani memaklumkan,dia perlu berjaga-jaga dari melakukan aktiviti seperti menunduk, membongkok dan kerja berat yang lain. Namun, Zamani turut memaklumkan dia sentiasa merujuk dan mendapatkan nasihat daripada doktor.
Tanah Suci Makkah dan Madinah begitu istimewa dan dekat di hati kita umat Islam. Bagi yang belum pernah ke sana, tentu sahaja mengharapkan ada rezeki untuk menjadi tetamu Allah suatu waktu nanti.
Manakala pada yang pernah merasai nikmat pergi ke Makkah dan Madinah semasa mengerjakan ibadat umrah atau haji, pasti ketika ini berasa begitu rindu untuk mengunjungi tempat yang penuh barakah itu.
Berkongsi pengalaman perjalanan memasuki negara Arab Saudi pada 20 Oktober 2021 yang lalu, Saudara Abbas Nejamdeen berkongsi info di akaun facebooknya kepada wargamaya yang ingin berkunjung ke tanah suci tanpa melalui agensi.
Harapannya daripada perkongsian itu, diharapkan memberi manfaat untuk semua.
Berkunjung Ke Tanah Suci Selepas Vaksin
Pengalaman masuk Saudi ketika covid untuk yang sudah 2 vaksin atau 3 untuk mana yang perlu.
A. prosedur visa
1. Apply tourist visa (nanti boleh pilih apply untuk tujuan apa, umrah pun boleh). Masa apply, insurance covid mandatory dan automatic. harga visa dan insurance dalam 530 lebih skit riyal.
Tarikh penerbangan boleh pilih je, tapi tarikh visa bermula adalah dari tarikh kelulusan.
untum mohon visa siap siap scan gambar.
Saya dapat kelulusan visa dalam 30 minit selepas mohon, sah untuk setahun.
boleh la rujuk di lama web visitsaudi nanti.
B. sebelum penerbangan
1. Buat pcr test 72 jam sebelum berlepas. rajin rajin google untuk cari tempat yang boleh dapat keputusan dalam satu hari. Sebab jika anda ambik flight saudia, pertukaran tarikh secara percuma adalah hanya untuk 48 jam sebelum penerbangan.
2. Print digital vaksin kalau boleh certify di pejabat kesihatan daerah terdekat
3. Daftar vaksin dan tarikh penerbangan di website muqeem (selepas daftar, print arrival registration)
C. ketika daftar masuk (check in)
1. Perkara B, 1 – 3 perlu dikemukakan.
2. Mysejahtera pun perlu tunjuk, keputusan pcr auto upload di mysejahtera.
D. sebelum berlepas
1. download apps tawakalna dan eatmarna. Jangan daftar lagi, download dulu.
E. Setelah mendarat
1. pihak kesihatan saudi akan check pcr test dan akan tampal sticker /. mereka juga akan tanya kesihatan anda sekarang bagaimana ada batuk ke ada masalab pernafasan ke…
2. ketika di imigresen, perkara B 1 – 3 akan diminta.
3. untuk keselesaan buat masuk dokumen dokumen dalam satu clear file berasingan.
F. Baggage
1. setelah imigresen clear, macam biasa claim baggage anda dan keluar. Gunakan green line jika tiada apa apa untuk declare.
G. Apps
1. Beli simcard saudi dengan data plan.
2. Daftar tawakalna anda
H. tawakalna apps
1. Apps ni ibarat mysejahtera kita mana mana nak masuk kena tunjuk. Dia akan auto update bahawa kita immune denga warna hijau. Kalau warna lain anda kena check balik.
2. nak masuk masjid nabawi atau mana2 tempat secara procedure nye kena tunjuk immune tawakalna.
3. kalau install vpn, kena uninstall dulu ye. kalau tak, tak boleh daftar.
I. Eatmarna app
1. daftar juga app ni untuk tujuan permit solat di masjidil haram, ziarah nabi, solat di rawdah dan permit umrah.
J. Ke Makkah atau Madinah
1. terpulang pada perancangan anda
2. Kalau naik saudia akan turun di terminal 1 airport baru link dengan high speed train, boleh la naik train kalau nak.
Bila melihat sebuah kediaman yang besar tentu kita membayangkan ia sebuah rumah yang besar dengan mempunyai bilik yang banyak.
Namun pernah tak terfikir bahawa kediaman sebegitu sebenarnya mempunyai beberapa buah rumah di dalamnya,
Seorang pengguna yang dikenali dengan nama Puan Inaberkongsi sebuah kediaman beliau bersama suami serta anak-anak yang mempunyai lima buah rumah di dalamnya.
Menurut beliau, anak sulungnya, Syazlia yang juga dikenali sebaagi ‘kak long’, telah memberi ilham kediaman sebegini. Namun hanya sempat tinggal 2 tahun saja setelah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah buat arwah Syazlia.
Katanya lagi, melahirkan rasa syukur apabila anak-anak dan menantu saling sefahaman biarpun tinggal sebumbung walaupun masing-masing sudah berkahwin. Rumah berkenaan dihuni seramai 16 orang begitu meriah dan bahagia.
“Seronok tinggal dengan anak menantu. Kami semua dah macam kawan-kawan,” ujar puan Ina
Apa yang pasti, tinggal bersama ibu bapanya serta adik beradik lain adalah sesuatu yang membahagiakan walaupun sudah berkahwin. Sunguh inspirasi!
Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
Alhamdulillah..rumahku syurgaku.. Satu bumbung 5 rumah satu hati..itulah kami..jiwa kami tetap bersama selamanye..walaupun semua dh kawen..dan punyai anak.
Jom sama2 sedekahkan alfatihah pada anak saya yang duduk tingkat 3 (jiwa saya). SemOga dia sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang pencipta..INSYAALLAH…inilah “shah jehan” yang saya bina utk anak-anak
Untuk privasi..Setiap rumah ada 3 bilik tidor 2 bilik air..dapor juga ruang tamu sendiri..tpi biasala ank2..pastinyee kt bwah juga makanan yg dicari..itulah bahagia..
Rumah kami dari luar. Nampak dari luar macam sebijik rumah, sebenarnya dalam ni ade 5 rumah.. 5 in1. Setiap rumah ada 3 bilik dan 2 toilet lengkap dengan dapur dan ruang tamu.
Pintu rumah utama
Pintu ke 2. Biasa anak-anak guna pintu ni
Tingkat 2 ada 3 anak kat sini. Masing-masing ada dapur dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air..Privasi
Tangga untuk naik ke tingkat 3. Tingkat 3 ada lagi 1 rumah..Tangga ketingkat 3. Paling istimewa. Ada playground tapi kosong tanpa penghuni sbb tuanye dah pindah ketempat yang lagi cantik dan abadi. Playground dibuat utuk memeriahkan lagi tingkat ini..Mama buat supaya adik-adik tidak pernah melupai kaklong..
Ruang kami keluarga besar untuk dengar ceramah, meeting family atau jamuan kecilan. Tempat bacaan yassin untuk kak long/dan gossip anak-anak. Ia di renovate khas setelah kaklongg pergi. Harapan mama supaya masing2 lebih mengingati kak long.
0pen rooftoop yang tak siap lagi pool. Tempat buat bbq dan tgk bintang. Tingkat 3..playground utk cucu-cucu.
Pemikiran sempit pada zaman dahulu telah mencorakkan stereotaip wanita bahawa wanita adalah lemah dan tidak boleh berjaya dalam bidang kerjaya yang didominasi oleh orang lelaki.
Namun 9 wanita Malaysia ini membuktikan stereotaip kuno tentang wanita adalah tidak benar dan patut dibasmikan!
Apa yang penting, bagi wanita hari ini seiring dengan pepatah Malayu ada menyebut, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan dan apa yang penting tepuk dada tanya selera!
Jadi Keluarga kongsikan antara wanita Malaysia hebat yang telah mencipta nama dalam kerjaya yang lazimnya dimonopoli oleh golongan lelaki.
Tan Sri Dato Phaik Gan atau dikenali sebagai PG Lim, merupakan seorang peguam, diplomat dan duta wanita Malaysia yang pertama. Beliau juga merupakan salah seorang wanita Malaysia pertama untuk menerima ijazah Sarjana Undang-Undang di Girton College, Cambridge, United Kingdoms.
PG Lim telah membina namanya dalam sejarah Malaysia dengan menjadi ahli Majlis Perundangan Negara yang melaporkan Rukun Negara ketika rusuhan 13 Mei dan Parlimen digantung.
Selepas majlis tersebut dibubarkan, beliau dilantik sebagai Duta Besar Malaysia untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations).
Anita Yusof diiktirafkan sebagai wanita pertama Malaysia yang menjelajah dunia dengan motosikal secara solo paling lama oleh Asian Book of Records pada tahun 2015. Beliau juga merupakan wanita Muslim yang pertama menjelajah dunia dengan motosikal menerusi “Global Dream Ride”.
Beliau telah mengunjungi sebanyak 40 negara dalam masa 370 hari menaiki motosikal Yamaha FZ150i.
Nor ‘Phoenix’ Diana merupakan seorang ahli gusti pro wanita pertama yang berjaya memenangi kejohanan Malaysia Pro Wrestling (MYPW).
Perhatian orang ramai berjaya ditangkap bukan sekadar kerana memenangi kejohanan (MYPW) malah juga kerana penampilannya yang berhijab membuat ramai orang kagum dan bangga.
Beliau adalah antara 12 belia Malaysia yang disenaraikan dalam 7 daripada 10 kategori Forbes 30 Under 30 Asia 2020.
Inilah wajah hero “air force” Malaysia yang sebenar! Mejar Patricia Yapp Syau Yin adalah juruterbang wanita pertama untuk menggunakan pesawat pejuang MiG-29.
Beliau kini berkhidmat sebagai jurulatih penerbangan di Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Profesor Datuk Dr. Mazlan Othman adalah pakar Astrofizik wanita pertama di Malaysia. Beliau terkenal dalam bidang penyelidikan dan pembangunan kajian Astronomi negara untuk penyumbangannya. Beliau juga merupakan satu-satunya wanita dalam bidang Astronomi dan Profesional Astrofizik di Malaysia.
Kini, beliau menawarkan kursus Astronomi di universiti untuk pelajar prasiswazah turut aktif mempromosikan Sains Angkasa.
Nur Izzati Athirah Mohamad Yusoff merupakan seorang jurukimpal di tengah laut sejak umurnya 21 tahun. Kerja-kerja kimpalan laut adalah satu pekerjaan yang amat sukar dan berbahaya kerana melibatkan persekitaran berisiko tinggi serta keterlihatan yang minimum.
Pekerjaan tidak mudah tetapi Nur Izzati telah membuktikan bahawa jantina tidak menghalangnya untuk mencapai impiannya.
Gadis Sabahan ini yang bernama Joyce Heng Shu Xua merupakan “Wonder Woman” di kalangan bidang “Superman” dengan kejayaannya mencapai juara bagi kategori wanita bagi Static Worlds Championship 2019 di Gold Coast, Australia.
Beliau juga berjaya memenangi Pertandingan Orang Kuat di beberapa negeri dan negara seperti Brunei Darussalam.
Sazaimah Sai’on telah menyertai kursus automotif di Pusat Latihan Perantis Mercedes-Benz Malaysia yang sedang mencari 24 mekanik muda untuk dijadikan perantis pada tahun 1955 setelah menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Disebabkan minatnya terhadap bidang automotif, kini Sazaimah berjaya menjadi ketua mekanik bengkelnya sendiri.
Rosniza Ghazali merupakan wanita pertama membimbing bidang pemanduan di Kelantan setelah menyertai kursus GDL Bersendi (treler), melatih lori Kelas E dari Jentera Berat Berantai Kelas 1 pada tahun 2012.
Kini, Rosniza kembali berkhidmat di Institut Akademi Memandu Anda Melor sejak 2012.
Semoga para pembaca diluar sana mendapat inspirasi dari artikel hari ini untuk menjadi sehebat wanita-wanita di dalam senari ini. Ingat, wanita boleh!
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.