Biar berbeza agama dan pegangan, namun hubungan  tetap harmoni dan baik. Itu yang dipraktikkan oleh Adam Corrie Lee dan ibunya.

Terbaru, pelakon KL Gangster ini berkongsi video ketika membawa anaknya, Adam Fateh Lee bertemu dengan neneknya buat kali pertama.

Menerusi video itu,  Adam Corrie ada memuat naik kapsyen yang berbunyi:

@adamfatehlee jumpa Amaa ?. Happy je Fateh dpt jumpa Amaa (nenek dlm bahasa hokkien)
.
Amaa pon seronok dpt jumpa cucu dia.
.
Saya panggil mak saya Maa. Amaa bermaksud nenek .
Kalau atok , panggil Kong Kong atau Akong.

Jelas terpancar  kegembiraan di wajah kedua-duanya. Malah, nampak comel sahaja cara ibu Adam Corrie yang menyebut nama cucunya itu.

Membuatkan ramai netizen yang memberi komen tentang hal tersebut. Malah ada yang mengharapkan ikatan antara mereka akan berterusan selamanya.

Kasih sayang ibu anak

syazana_aziz90Ala..amaa comel, fateh pun comel. Dua2 comel lah. Haha..

jazminejaneorgieWa suka kua lulang kong hokkien @adamcorrielee …wa ge ma masi hokkien lang.

IKLAN

lolaasmarindasama mcm mak mertua akak saya.. susah nak sebut bhsa melayu..mmg xpandai.. blja sikit.. (Bahasa Kek)

rugayah.ahmadmcm cakap jawa pun ada…..semoga ikatan kasih sayang ibu dan anak kekal abadi hingga ke akhir hayat…..

najwa_jefri@tongkatjibril allahu :’)

ayin_cartoonistSaya sebak melihat ukhwah ini, tuan.

ctotmiaSedap je dengar @adamcorrieleengan maa ckp hokien…

pantangmodenAllahu seronok tengok. Sebak terharu

norhashikinmohdHappy nya amaa

IKLAN

noreen_qee@adamcorrielee bby kte sama nama.. ? semoga menjadi anak yg soleh.. ameen

Anak yang membahagikan ibu ayah

mamazurasSebak melihat nya klu lah semua anak2 yang berhati mulia rajin menziarah ibu bapa alangkah bahagia rasa nya ..tepancar kegembiraan Amaa bila dapat mendukung dan mrmbelai Fateh ..paa nya pun gembira sekali ..semoga Adam di permudah kan segala2 nya di dunia dan di ahirad amiin @adamcorrielee???

ibualfatehAssalamualaikum Fateh, membesar sihat jadi anak yg membahagiakan ibu ayah ya..nnti besar boleh geng dengan Fateh auntie pulak…sama2 berjihad utk ugama Allah…insyaAllah

hjhkayyAlhmdulillah..
Pertalian ibu dn anak sampai bila2 ..
Semoga terus bahgia @adamcorrielee n Fateh dikelilingi kluarga yg berlain agama..
Kerana Islam mengajar umatnya berbaik sesama manusia .. muslimin muslimat n mukminin mukminat dn seluruh alam?


Selain itu, Adam Corrie juga turut membawa ibunya keluar makan bersama. Satu video di muat naik di laman instagramnya  menunjukkan  Adam membawa ibunya makan Mee Wantan selain turut jalan-jalan bersama. Turut menyertai mereka adalah isteri dan juga anak Adam Corrie.

IKLAN

Semoga ikatan ibu-anak ini akan terus kekal biarpun berbeza agama.  Bak kata Adam Corrie, senyum selalu, bersangka baik insyaAllah hati akan tenang!

Contoh Terbaik, Meski Berbeza Agama Namun Hubungan Adam Corrie & Ibu Tetap Harmoni. Allahuakbar Indahnya!

Contoh Terbaik, Meski Berbeza Agama Namun Hubungan Adam Corrie & Ibu Tetap Harmoni. Allahuakbar Indahnya!

Contoh Terbaik, Meski Berbeza Agama Namun Hubungan Adam Corrie & Ibu Tetap Harmoni. Allahuakbar Indahnya!

 

Sumber: IG adamcorrielee

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI