Rasanya sekarang ni satu Malaysia tengah demam drama jam 7. Mana taknya, tonton di televisyen, tak cukup puas geram seorang diri, media sosial pula jadi mangsa mereka melepaskan rasa!
Dah kalau letak kat media sosial, daripada orang yang tak tengok tak tahu apa-apa terus tahu flow drama hangat yang diperkatakan, ‘7 Hari Mencintaiku 2’ tu!
Tidak sekadar trending di Twitter setiap kali tamat bersiaran, malahan Instagram para pelakonnya juga sering kali dibanjiri dengan pelbagai komen daripada netizen. Tidak cukup dengan itu, ada pula yang mengambil peluang membuat parodi lucu!
Bila satu keluarga masuk air, semua benda boleh jadi! Seorang pengguna media sosial Instagram, Shah Ikmal telah memuat naik video parodi mereka semasa babak akad nikah Khuzairi dan Nurul Ain sedang berlangsung.
Apa yang menghiburkan adalah babak di mana Khuzari mengarahkan Mia untuk beredar dari majlis tersebut. Dengan mengambil potongan babak penuh emosi tersebut, dia yang lengkap berbaju kurung tidak membuang masa bergegas bangun dan berlari di hadapan ‘Tok Kadi’ yang dilakonkan oleh bapanya.
Parodi yang berdurasi 23 saat itu mendapat tumpuan orang ramai dan mendapat hampir 50k tontonan di Instagram. Malah rata-rata netizen turut meninggalkan komen di video tersebut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu bapa mana yang tidak terharu bila mana anak-anak prihatin dan menghargai segala pengorbanan mereka selama ini.
Hilang segala penat lelah dan segala pengorbanan seolah-olah berbayar biarpun ibu bapa tidak meminta sebarang balasan dari si anak.
Bagi selebriti Dato’ Aaron Aziz, tiada yang lebih membahagiakan dirinya bila mana menerima sekeping kad beserta tulisan tangan dari anaknya, Dahlia Arissa.
Menerusi perkongsiannya di laman instagram, Aaron memuat naik kad dari anaknya itu yang tertera menyatakan penghargaan buat kedua ibu bapanya. Malah lebih mengharukan, dua not RM50 diselitkan bersama sebagai hadiah.
“My heart melted like molten lava on chocolate when My Moonlight @dahliaarissaaaron did this for me and her Mummy @diyanahalikJust because I asked her to doa for her parents business to bloom, she took her Hari Raya money and made this card.
“Ya ALLAH I’m so touched by her kindness. It’s ok Adik, Daddy won’t disturb your money k sayang,” tulis Aaron.
Tak pelik pun bilamana kita sebagai pengguna internet ini terlupa password. Maklumlah terlalu banyak sangat password perlu dibuat setiap kali melakukan beberapa urusan secara online. Ini penting demi keselamatan dan privacy kita sebagai pengguna, itu sebab diciptakan kata laluan.
Tapi itulah, bila terlupa atau keliru berkaitan password yang kita cipta itu menyebabkan sukar pula untuk kita log in.
Diakui mungkin itu sebabnya ada butang ‘forgot password’ bertujuan untuk memudahkan kita cipta semula password baharu. Tatapi banyak pula step yang perlu dilakukandan apa yang lebih memeningkan kepala,kena ingat pula password baru yang telah dibuat. Sudah bertambah password jadinya!
Jadi tahukah anda sebenarnya ada cara lain yang lebih mudah boleh kita buat tanpa perlu kita klik ‘Forgot Password’ dan kita tetap boleh dapatkan semula password yang kita terlupa itu. Ini seperti mana yang dikongsikan oleh Hafizi Zain di aplikasi Tik Tok.
Langkah 1 : Pergi ke apps Google Chrome yang digunakan untuk layari laman web .
Langkah 2 :Tekan titik tiga yang terletak di bahagian atas kanan.
Langkah 3 : Scroll ke bawah hingga anda nampak Setting, kemudian klik.
Langkah 4 : Kemudian klik Passwords
Langkah 5 : Secara automatik akan tersenarai semua website bersama password yang pernah kita masukkan sebelum ini.
Langkah 6 : Untuk melihatnya, klik mana-mana senarai yang anda lupa password.
Langkah 7 : Kemudian klik icon mata untuk lihat password.
Senang bukan? Dan yang penting password kita tidak perlu mencipta password baharu. Guna sahaja yang password terdahu yang pernah kita gunakan.
Nak lagi jelas ini dikongsikan video untuk anda semua.
Jom saksikan selebriti berkongsi resipi dan momen memasak bersama keluarga tercinta pada 11-17 Julai ini setiap jam 2.30 petang hanya di FB keluargamagazine.
Pendakwah bebas terkenal, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail tampil memperkenalkan Quranik Madani sebagai satu inisiatif berskala nasional. Program ini merupakan kelas pengajian al-Quran secara percuma yang dibuka kepada seluruh masyarakat Islam di Malaysia tanpa mengira peringkat umur atau latar belakang, sekali gus membawa satu nafas baharu dalam usaha memperluaskan pendidikan al-Quran secara lebih tersusun dan mudah diakses.
Menurut beliau, idea ini tercetus daripada keinginan untuk melihat lebih ramai umat Islam, khususnya generasi muda, bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah mempunyai penguasaan bacaan al-Quran yang baik sebagai bekalan kehidupan dunia dan akhirat. Hasrat tersebut memperlihatkan satu pandangan jauh yang bukan hanya menekankan kejayaan duniawi, tetapi juga keseimbangan rohani yang amat penting dalam membentuk masyarakat yang kuat dari segi ilmu dan akhlak.
Beliau turut menekankan bahawa usaha ini selari dengan sabda Nabi SAW yang menyatakan bahawa sebaik-baik manusia adalah mereka yang belajar al-Quran dan mengajarkannya. Justeru, program ini diharapkan dapat menghidupkan semula budaya membaca serta memahami al-Quran dalam kalangan masyarakat, terutama pada waktu ramai yang berdepan pelbagai cabaran gaya hidup moden dan kekangan masa.
Melalui Quranik Madani, beberapa komponen utama diperkenalkan bagi memastikan pendekatan yang inklusif dan menyeluruh. Antaranya ialah program hafazan awal kanak-kanak yang menyasarkan usia seawal tiga hingga sembilan tahun, bagi membina asas kukuh sejak kecil. Pendekatan seperti ini amat penting kerana pendedahan awal kepada al-Quran mampu membantu perkembangan memori, disiplin dan pembentukan jiwa anak-anak dengan lebih baik.
Selain itu, golongan dewasa yang sering berdepan kekangan masa turut diberi perhatian dengan penyediaan kelas percuma yang fleksibel. Langkah ini menunjukkan bahawa program tersebut benar-benar memahami cabaran masyarakat hari ini, khususnya mereka yang bekerja, berkeluarga atau mempunyai komitmen harian yang padat tetapi masih mahu memperbaiki bacaan dan kefahaman al-Quran.
Pendekatan ini bertujuan memastikan tiada lapisan masyarakat yang tercicir daripada peluang mempelajari al-Quran. Sama ada kanak-kanak, remaja, golongan bekerja mahupun warga emas, semuanya diberi ruang untuk terlibat dalam suasana pembelajaran yang lebih terbuka, praktikal dan tidak membebankan.
Dalam masa sama, program ini juga membuka ruang kepada golongan asatizah untuk meningkatkan tahap profesionalisme menerusi Pensijilan Profesional yang mendapat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Menurut PU Riz, pengiktirafan ini bukan sahaja meningkatkan kredibiliti tenaga pengajar, malah berpotensi membuka peluang ke peringkat global dalam bidang pendidikan al-Quran.
Menariknya, pelaksanaan Quranik Madani akan digerakkan secara inklusif melalui pendekatan turun padang ke pelbagai lokasi berdasarkan keperluan dan permintaan komuniti setempat. Pendekatan ini dilihat mampu mendekatkan masyarakat dengan pengajian al-Quran secara lebih praktikal dan mudah diakses, selaras dengan matlamat untuk memperluaskan lagi budaya celik al-Quran dalam negara.
Inisiatif ini juga memperlihatkan komitmen PU Riz dalam memperkasakan pendidikan Islam secara lebih sistematik, moden dan menyeluruh kepada semua lapisan masyarakat. Ia membawa mesej bahawa pembelajaran al-Quran tidak seharusnya dilihat sebagai sesuatu yang terbatas kepada usia muda atau kepada kelompok tertentu sahaja, sebaliknya perlu dijadikan budaya yang hidup dalam setiap peringkat kehidupan.