Sudah lama rasanya tidak dapat pulang ke kampung halaman, hingga ramai antara kita merindui indahnya pemandangan kampung yang mendamaikan. Kalau boleh setiap lorong dan ceruk ingin kita jelajahi bagi mengimbau kenangan indah dan sekali gus melepas rindu yang terbuku di hati.
Disebabkan rasa rindu itu jugalah, seorang pengguna Tik Tok yang dikenali sebagai Topanjey telah menggunakan aplikasi Google Street View untuk ‘membawa’ dirinya berada di kampung yang cukup dirinduinya.
Mula-mula ingat nak Street View rumah sebab rindu
Tetapi apa yang mengejutkan dan cukup menyentuh perasaansetelah menghampiri kawasan rumahnya di kampung, paparan Google Street View ‘menemukan arwah ayahnya yang sedang berada di depan pintu rumah untuk bersiap ke masjid untuk menunaikan solat di masjid secara berjemaah.
Ads
Arwah ayah ada lagi masa ni. Masa ni, mesti ayah nak gi masjid. Kalau arwah sihat, mesti dia pergi masjid setiap waktu.
Video yang dikongsikan olehnya telah mengundang sebak di hati netizen dan ramai mendoakan arwah ayahnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin…
Cinta selepas kahwin lebih indah dinikmati berbanding cinta sebelum berkahwin. Malah cara ini lumrah ketika zaman nenek moyang kita dahulu. Buktinya memang dilihat apabila usia perkahwinan cecah sehingga puluhan tahun malah sehingga akhir hayat.
Namun, era kini, dilihat kadar penceraian makin meningkat dikalangan generasi moden. Adakah ia natijah cinta sebelum berkahwin yang menjadi trend generasi kini.
Sebagaimana perkongsian lelaki ini, Hilal Asyraf mengenai nikmat cinta selepas berkahwin, katanya banyak memberi manfaat kepadanya. Selain mengelak berlaku maksiat, beliau mengakui perkahwinannya bercinta selepas berkahwin punya aura sendiri.
Antara perkongsiannya, sebelum berkahwin mereka hanya menggunakan medium email untuk bertanya khabar namun bukan kerap dan hanya 5 kali sahaja bersua sebelum berkahwin!
Bagaimana pun, cinta selepas atau sebelum, setiap satunya punya pro dan kontra. Apapun dalam perkahwinan, persefahaman dan saling melengkapi antara satu sama lain. Ia adalah tunjang kebahagiaan rumah tangga.
Apapun,ikuti perkongsian menarik lelaki ini mengenai coretannya nikmat cinta selepas berkahwin.
Saya beri buku @hlovatesays_ , lupa dah tajuk apa. Masyitah pula masa tu balas dengan keychain ini. Haha. Allah, kenangan sungguh. Masa tu punya lah jaga hadiah ni sungguh-sungguh.
Yalah, kita bukannya couple kan. Kami ada peraturan yang kami akan beremail sebulan sekali aja. pic.twitter.com/0SoLAlbpWH
Masa awal2 email dulu, saya cuba panggil dia sayang. Dia tegur jangan melebih2 sebab belum sah kahwin. Dia panggil saya 'Encik Hilal' aja, sampai kami kahwin.???
Saya pernah pergi UK tahun 2011, ada jemputan program. Masa tu saya beli hadiah untuk Masyitah. Saya kena tegur… pic.twitter.com/wv07zAPqLa
Saya sentiasa percaya lah, nak kahwin ni jangan sampai x bersua, x bercakap langsung sebelum kahwin. Kadang orang cerita fasal bercinta selepas nikah ni, macam power sangat la kalau x berkomunikasi langsung sebelum bernikah. Tapi hakikatnya, ramai kecundang selepas berumahtangga. pic.twitter.com/zRkPzEXrHE
Dalam email kami, antara perkara penting kami bincangkan juga ialah kesukaan, x suka, kami masing-masing. Jadi masa berumahtangga, dah boleh dpt expect lah. Ada kami lapang dada, ada kami usaha perbaiki sama2.
Jauhi maksiat, jauhi keingkaran kepada Allah SWT, baik yang diri sendiri buat, atau sesama pasangan. Jangan ajak pasangan ke arah apa yang Allah murkai. Minta sungguh2 kepada Allah agar bantu & berkati hubungan yang dibina.
Semoga Allah rahmati Masyitah, Ummi dan Abah yang banyak mendidik saya akan disiplin dan tanggungjawab, serta Ibu dan Ayah yang sentiasa memberikan sokongan atas hubungan ini.
Lahir anak sulung perempuan, kedua perempuan, ketiga pun perempuan. Tentunya ramai pasangan dalam situasi ini menaruh harapan besar agar kelahiran anak seterusnya adalah lelaki.
Namun rezeki cahaya mata itu ketentuan Tuhan, ada yang dimakbulkan hajat beroleh anak lelaki tapi ramai juga yang tetap dianugerahkan anak perempuan.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud :
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah,kesusahan dan kesenangan mereka,nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
Daripada Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya :
“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
Daripada ayat-ayat ini kita boleh melihat betapa kelebihan memiliki ramai anak perempuan. Apatah lagi jika ibu bapa menjaga serta mendidiknya mengikut landasan yang betul dan anak itu sendiri patuh pada suruhan agama. Ia boleh menjadi pelindung ibu bapa daripada api nerewka.
Sebenarnya anda patut rasa bangga. Paling penting, jangan sesekali rasa tertekan bila anda tidak punya anak lelaki seperti orang lain. Yang anda perlu yakini, rezeki setiap orang berbeza-beza. Ada orang yang hanya memiliki anak lelaki kesemuanya dan ada pula yang bertuah memiliki kembar sepasang dan sebagainya. Semua ini bergantung kepada rezeki daripada Allah.
Antara kelebihan yang anda perlu tahu adalah:
1. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, para malaikat akan beristighfar untuknya.
2. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
3. Mempunyai tiga orang anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
4. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
5. Ibubapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takut akan Allah dan orang yang takut akan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6.Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Bayangkan kesemua anak perempuan anda yang setiap hari mendoakan ibu dan bapanya.
7. Apabila ibu dan bapa diuji dengan sesuatu perkara daripada anak-anak perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
8. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
9. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
Bagaimana Seorang Ayah Patut Didik Anak Perempuan
1. Seorang ayah mesti tunjukkan contoh tauladan dan sikap yang baik buat anak perempuannya.
2. Ajar anak perempuan menjadi anak yang sopan serta pandai menjaga akhlakdirinya.
3. Menutup aurat? Ini hal yang sangat penting ayah kena lakukan. Wajib!
4. Tunjukkan contoh bagaimana menjadi orang yang menghormati orang lain serta pandai menjaga hati orang lain ketika bercakap.
5. Ayah harus ajar anak perempuan jadi lebih kuat, percaya dan yakin pada diri sendiri.
6. Walaupun anak perempuan nampak manja dan agak penakut tetapi penting untuk seorang ayah menanamkan kata-kata semangat supaya jadi lebih berani.
7. Ketika anak perempuan mula belajar berjalan, ayah kena jadi lebih kuat dalam memberikan kata-kata semangat supaya anak berani melangkah walaupun berisiko untuk jatuh.
8. Anak perempuan memang anak yang manja. Mereka suka disayangi dan dimanjakanwalaupun sudah besar. Ayah, jangan lupa tentang hal ini!
9. Sentiasa berikan mereka perhatian, konsisten ucapkan ‘ayah sayang kamu’, percayalah anak perempuan anda akan membesar menjadi anak yang berjaya dan bahagia.
10. Ayah wajib jadi pelindung setiap saat hingga akhir hayatnya!
Sumber: My info
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak mungkin terhitung betapa banyaknya jasa seorang ibu kepada kita. Bukan setakat membesarkan dan mendidik kita sejak kecil, tetapi pengorbanannya sudah bermula sejak kita berada di dalam kandungannya lagi.
Maka sebab ini juga selagi nyawa dikandung badan, kita sebagai anak akan cuba memberi yang terbaik buat ibu yang tersayang. Jika tahap kesihatan seorang ibu diuji dengan kesakitan, sebagai anak akan kita cuba ubati agar ibu tidak terus menanggung derita. Sedaya mampu akan diusahakan walau dengan apa cara sekali pun hatta terpaksa bergolok bergadai untuk membiayai kos perubatan.
Itulah juga apa yang cuba diusahakan oleh Achey ketika ini. Jika sebelum ini diuji dengan kehilangan ayah tercinta pada 19 Mac lalu dan perkembangan terkini, Achey diuji sekali lagi apabila ibunya pula iaitu Ngaisah Hassan mengalami masalah kesihatan yang menyebabkan berat badan turun mendadak sebanyak 20 kilogram.
Menurut laporan di portal Artis Malaysia, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, berkata selepas menjalani pemeriksaan doktor mengesahkan ibunya mengidap penyakit kencing manis selain berdepan dengan masalah dalaman.
Selepas menjalani beberapa pemeriksaan, terdapat masalah antara saluran hempedu dan pankreas dan kini ibunya dirawat di KPJ Johor Specialist Hospital.
“Dua bulan selepas arwah abah meninggal, dia ada mengalami angin dekat ulu hati dan sejak akhir-akhir ini berat badannya turun mendadak sehingga hampir 20 kilogram.
“Melihat keadaannya itu, saya bawa mak jumpa pakar melakukan pemeriksaan. Tiba-tiba doktor sahkan dia ada kencing manis dan ujian darah pun menunjukkan ada masalah dalaman.
“Bila scan, ada masalah antara saluran hempedu dan saluran pankreas tapi doktor tak dapat nak sahkan. Sekarang mak di KPJ Johor Bahru untuk menjalani pemeriksaan selanjutnya. Sebab di KPJ sahaja ada pakar untuk masalah itu.
“Ini kali pertama mak naik ambulan dan saya pun teman dia sekali. Mak berusia 73 tahun dan sekiranya ada pembedahan besar, ia agak risiko tinggi untuk dirinya,” kata Achey.
Achey menerusi laman Instagram miliknya ada memuat naik foto dia bersama ibunya di sebuah hospital dengan kapsyen dia sanggup menggadaikan hartanya yang ada demi memberikan rawatan terbaik buat ibunya berusia 73 tahun.
Ahli kumpulan Bocey ini yang sudah hampir tiga bulan berada di kampung halamannya Segamat, Johor berasa ralat kerana sudah menggunakan duit simpanan untuk beberapa perniagaan.
“Kita sebagai anak, apa saja harta yang ada kita akan cuba cairkan untuk rawatan dia. Mungkin ini cara untuk kita berbakti untuk dia. Kebetulan saya memang dekat Johor hampir tiga bulan sebab saya uruskan perniagaan.
“Yang agak merungsingkan saya ketika ini adalah duit simpanan saya sudah laburkan sedikit untuk perniagaan. Tapi duit simpanan untuk rawatan sekarang masih ada.
“Memang rasa amat ralat la… kalau saya tahu jadi macam ini, saya akan simpan duit itu. Kalau selepas ini nampak saya post nak jual motosikal ke, get ready la. Saya akan jual untuk perbelanjaan rawatan selanjutnya.
“Kita tak tahu mungkin ujian akan datang selepas kejayaan. Nak buat macam mana, kena reda. Adik-beradik dan isteri juga banyak membantu,” ujarnya.