Bila sebut tentang menu pajeri ini pastinya sudah sinonim dengan bahan utamanya iaitu nenas. Pajeri nenas sememangnya hidangan popular terutama ketika di majlis perkahwinan.
Tetapi kali ini, resipi pajeri yang dikongsikan oleh Cempaka Iris Yaya ini sedikit berbeza kerana menggantikan nenas dengan terung. Walaubagaimanapun, ia sedikitpun tidak mengubah rasanya, malah bertambah sedap.
Menurutnya menu ini sangatlah mudah dan sedap lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi panas dan lauk lain.
– Tumis bahan kisar sehingga wangi dan masukkan rempah kari kering (tak dibancuh dengan air) dan kacau rata cepat cepat. Masukkan sedikit santan supaya tidak hangit dan kacau rata.
Ads
– Kemudian masukkan baki santan, garam, gula, serbuk perasa serta kerisik supaya kesemua sekali masak mesra.
– Akhir sekali, masukkan terung dan sedikit air sehingga agak agak terung tenggelam sahaja.
Biasanya bila teringin makan tauhu telur kita akan membelinya di pasar. Tapi sebenarnya ramai tak tahu untuk menyediakannya sendiri adalah cukup mudah.
Jika mahu lebih sihat bahan yang segar dan organik seperti resipi yang dikongsi oleh chef Sue M Arukin. Jadi, keluarga dapat menikmati hidangan yang dijamin mutu serta kebersihannya. Selamat mencuba!
TAUHU TELUR
Bahan-bahan:
500 ml air soya segar (tanpa gula)
6 biji telur organik
5 gram tepung jagung
1/2 sudu teh garam halus
Cara Membuat:
1. Di dalam mangkuk, pukul telur hingga kembang. Ketepikan.
2. Di dalam periuk, satukan air soya bersama tepung jagung dan garam. Kacau rata di atas api sederhana hingga suam (jangan sampai mendidih). Sejukkan sebentar.
3. Satukan telur yang sudah dipukul tadi bersama campuran soya. Tapis ke dalam mangkuk tahan panas lalu kukus selama 20 minit atau hingga tauhu mengeras. Sejukkan.
4. Potong mengikut cita rasa dan goreng hingga keperang-perangan. Hidangkan!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kecur air liur rasanya bila sebut laksa, nak nak lagi waktu panas-panas begini. Makan pula dengan ABC perghhh memang terbaik. Bagi orang Utara, tidak sah rasanya kalau Laksa tidak masuk dalam list Wajib makan. Sebab itu, rata-rata orang sana memang pandai buat laksa. Malah, ada yang menjadikan menu hidangan wajib ada di meja setiap kali menjelang raya. Begitu kuat penangan laksa.
Namun, ada juga yang tidak pandai membuat kuah laksa. Ada sahaja rasa yang kurang. Untuk anda yang mencari tip bagaimana mahu sedapkan kuah laksa, kena cuba petua ini. Bukan sahaja kuahnya sedap bahan boleh tahan lama. Bagi yang berniaga, pasti tip ini dapat membantu. Jom semak!
Laksa Lebih Tahan Lama
Petua untuk menjadikan laksa putih tahan lama adalah dengan merebusnya bersama asam keping. Cara ini buat laksa tahan lama dan tidak cepat basi. Rendam dahulu laksa sebelum direbus dan kemudian barulah direbus bersama asam keping. Selepas masak, angkat dan basuh hingga bersih. Toskan airnya. Selesai.
Guna Ikan Selayang
Ramai orang utara sukakan ikan kembung kerana rasanya yang ‘ringan’ dan enak namun untuk menjadikan laksa yang sedap dan power gunakan ikan selayang atau ikan sardin. Ikan sardin bukan hanya banyak isinya tetapi paling penting isinya lebih manis, lemak dan enak. Jadi kena cuba.
Rebus Sekejap
Selepas ikan dibasuh bersih, rebuslah ikan dengan asam keping. Pastikan sebaik airnya mendidih, tutuplah apinya kerana jika dibiarkan lama rasa manis ikan akan hilang. Malah isi ikan juga jadi pecah dan makin susah untuk di asingkan daripada isinya. Kisarlah ikan seperti biasa.
Kisar Tulang
Tulang ikan jangan pula dibuang sebaliknya kisarkanlah sekali bersama sedikit air dan tapiskan. Air daripada tulang ini lebih manis rasanya. Jangan pula dibuang.
Bawang Banyak
Untuk menyediakan kuah yang lebih manis dan enak rasanya, pastikan penggunaan bawang besar yang banyak. Disyorkan 3 hingga lima biji. Jangan pula gunakan bawang besar Holland kerana rasanya berbeza. Kisarkan bersama cili kering dan juga belacan.
Belacan Sedap
Untuk menjadikan kuah laksa yang sedap, belacan juga kenalah sedap. Jangan sesekali menggunakan belacan kering yang dijual di pasaraya. Belacan yang sedap adalah belacan yang basah dan tidak terlalu gelap warnanya. Sebaiknya guna sahaja belacan yang dibuat sendiri oleh pihak-pihak tertentu. Jangan sesekali dibakar belacan tersebut. Hilang rasa sedapnya untuk kuah laksa.
Didihkan Bahan Kisar
Didihkan bahan kisar yang terdiri daripada cili kering, belacan dan bawang besar. Biarkan dididih seketika hingga mendidih. Jika mahu rasa lebih pedas, anda boleh juga menambah sedikit cili padi ke dalam bahan kisaran. Biarkan mendidih seketika kemudian barulah dimasukkan kisaran isi ikan bersama air secukupnya.
Asam Keping
Kuah laksa yang sedap adalah dengan cukup rasa masamnya. Ini penting. Jadi masukkanlah beberapa keping asam keping, dalam anggaran 5 hingga 7 keping bersaiz kecil. Apabila mendidih dan rasanya terlalu masam, keluarkanlah asam keping ini.
Masak Lama
Bila sudah masukkan kesemua bahan, biarkan kuahnya dididihkan agak lama. Jangan pula mendidih dua hingga tiga kali terus ditutup apinya. Biarkan mendidih lama sehingga satu jam. Semakin kuah pekat, semakin sedap rasanya. Biarkan kesemua bahan mesra dan sebati kemudian barulah ditutup apinya. Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Yunos Laith sekali lagi mencuri perhatian apabila penyanyi, komposer dan pengarah terkenal, Yusry Abdul Halim berkongsi momen istimewa sempena sambutan ulang tahun kelahiran mereka...