Itulah namanya rezeki, asalkan rajin berusaha pasti ada habuannya yang setimpal.
Umpamanya wanita ini yang mencari rezeki dengan menjahit. Walau hanya menggunakan mesin jahit portable biasa, namun kesungguhan dan minatnya dalam bidang jahitan bukan mustahil untuknya meraih pendapatan. Paling tidak dapat juga meningkatkan lagi sumber ekonomi untuk keluarga.
Jadi ayuh kita cedok semangat ini, semoga lebih ramai ibu-ibu menjadi lebih berani dan yakin untuk lakukan apa yang diminati sebagai langkah untuk menjana pendapatan.
Ini perkongsiannya.
Assalamualaikum ..Sekadar berkongsi dengan kawan-kawandalam group ni.
Ads
Saya hanya guna mesin jahit portable untuk menjahit tilam baby dan jual di shopee. Saya konsisten menjual tahun lepas dan dapat income macam dalam gambar.
Ads
Alhamdulillah, rezeki. Saya jual set tilam baby dan sedikit barang baby readystock.
Ads
Bukan nak riak,sombong dan bongkak, sekadar berkongsi.
Saya tak pernah pergi kelas menjahit, belajar sendiri, try and error. Menjahit pun guna mesin kecil comel ini saje. Jual di shopee pun belajar sendiri je. Try and error jugak.
Doakan saya dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik tahun 2020 ni.
Di sebalik senyuman manisnya siapa sangka wanita ini pernah dihujani ujian yang cukup berat. Bukan calang-calang orang yang boleh bertahan. Namun wanita yang dikenali dengan nama Zeeda Aziz mungkin cukup ‘istimewa’ sehinggakan terpilih oleh Dia.
Dilahirkan pada tahun 1979 di Kampar, Perak, Zeeda, 38 tahun yang kini menetap di Sungai Petani bersama suami dan anak-anaknya merupakan aktivis sosial yang banyak bergerak di sekitar kawasan utara semenanjung untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dan tidak bernasib baik.
Selain dari melakukan kerja lawatan sosial, dia juga dijemput ke sekolah dan juga program anjuran universiti, untuk memberi ceramah tentang masalah sosial dan juga slot motivasi.
“Projek terkini saya ialah mewujudkan program kumpulan sokongan tertutup untuk mangsa penderaan mental, fizikal dan seksual. Program ini memberi peluang kepada mangsa untuk mencari sokongan moral dan emosi dari aktivis dan juga sesama mangsa.
“Sebelum saya bergiat aktif dalam bidang sosial dan kemasyarakatan ini, saya pernah diuji hebat apabila disahkan menghidap kanser tulang selepas melahirkan anak yang kedua. Saya perlu melalui rawatan kemoterapi dan pembedahan membuang tulang yang rosak.
“Cabaran ini bermula pada tahun 2007 dan saya segera mendapatkan rawatan di hospital dengan lebih dari 10 kali pembedahan major. Akhirnya pada bulan Mei 2013 saya nekad untuk membuang sebahagian dari kaki kiri dan kini saya cacat fizikal kekal.
Alhamdulillah, setelah beberapa ujian klinikal dan imbasan dibuat, saya disahkan bebas kanser dan kini menjalani hidup yang aktif dengan memberi khidmat kepada masyarakat dan negara.
Saya mula berminat untuk menjadi seorang aktivis sejak saya menjalani rawatan di hospital. Sepanjang saya berada di wad, begitu ramai orang yang saya tak kenali menghulurkan bantuan tanpa diminta.
“Mereka ini membantu tanpa mengharapkan balasan. Niat mereka adalah untuk menggembirakan hati dan memudahkan urusan pesakit. Dari sinilah saya belajar bagaimana untuk memberi dengan ikhlas dan membentuk empati yang tinggi dalam diri.
Walaupun berada di dalam situasi yang tidak menyenangkan, saya sentiasa cuba berfikiran positif. Untuk menjadi seseorang yang positif, letakkan sahaja Allah di hadapan sebagai penunjuk jalan.
“InsyaAllah tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Dan di setiap kesulitan, ada kemudahannya. Itu janji Allah kepada semua hambaNya di dalam Surah Al Insyirah,” ujar Zeeda yang suka membaca dan menonton video yang memberi motivasi dan inspirasi.
Menurut Zeeda lagi, menerusi pengisian beginilah dia belajar mengawal emosi dan pemikiran supaya setiap ujian yang dihadapi dapat dilalui dengan tabah, redha dengan apa yang dihamparkan, dan yakin bahawa Allah sentiasa ada untuk memudahkan jalan atau cara.
“Alhamdulillah setiap cabaran yang diberikan saya terima dengan rasa syukur kerana, tanpa ujian berat sebegini saya mungkin akan menjadi manusia yang khufur, iaitu tidak mensyukuri setiap nikmat kecil yang diberi olehNya.
“Cabaran hidup saya yang terbesar bukanlah kecacatan fizikal yang saya ada. Malah ianya menjadi perangsang untuk saya lebih berusaha mencapai matlamat yang disasarkan. Apa yang menguji kekuatan emosi saya buat masa ini ialah bagaimana untuk mendidik masyarakat supaya sedar bahawa masalah sosial adalah masalah semua, dan bukan lagi hal keluarga. Memecahkan stigma dan persepsi konservatif agak rumit kerana ianya sudah didoktrinkan sekian lama.
“Dalam usaha ini, saya mendapat sokongan penuh dari suami dan anak-anak. Sahabat aktivis dan juga rakan-rakan yang lain turut memberi semangat dan berkongsi idea sepanjang menjalankan misi fisabilillah ini.
‘Oleh kerana kerja yang saya usahakan ini menggunakan banyak masa di luar kawasan, urusan di rumah dipermudahkan oleh pembantu saya. Ada masanya saya akan bawa anak-anak ke lapangan untuk memahami kerja yang saya lakukan supaya mereka lebih faham tujuan kenapa usaha ini perlu dilakukan,”ujarnya lagi.
“Selain aktivis sosial, saya juga penulis di media sosial. Jadi saya kerap kali menaikkan status berunsur nasihat. Pada saya, jika kita rasa tidak berdaya, carilah kekuatan dari sumber yang baik contohnya bahan bacaan, video yang memberikan inspirasi atau merujuk hal yang berkaitan pada individu yang berilmu.
“Elakkan dari membuat keputusan sewaktu emosi mendahului akal. Wanita juga perlu persiapkan diri dengan ilmu pelbagai cabang supaya diri lebih matang dan sentiasa bersedia untuk cabaran akan datang,”ungkapnya lagi.
Terbaru Zaeda turut dijemput sebagai panelis di program Sembang Santai di Simpang Renggam
Malah baru-baru ini, dia membawa anak-anak yatim dari Rumah Perlindungan Al Haq bercuti di Langkawi sempena cuti sekolah.
“InsyaAllah cuti akhir tahun saya akan bawa anak² yatim dari rumah lain pula. Dalam perancangan.
“Dalam masa yang sama, saya akan meneruskan program Jualan Amal Al Haq untuk meraih dana bagi meneruskan kerja kebajikan. Selain itu, saya juga bakal mengendalikan program Aku Ingin Hidup anjuran kumpulan Cancer Survivors Malaysia.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sisi romantis seorang suami cukup terserlah tatkala melihat figura agamawan ini dalam melayani isteri juga terserlah. Tidak menyembunyikan rasa sayang dan kasih buat bidadari tercintanya.
Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal bin Don Biyajid sering memperlihatkan karekter suami yang penyayang dan aura sang ayah yang tampak begitu mesra dan tidak kekok dalam menguruskan anak-anaknya.
Setiap kali menyambut hari istimewa, pasti ada sahaja titipan mesra dan kasih sayang khusus buat bidadari syurganya itu.
Terbaru, Ustaz Don dan Dr Husna menyambut ulang tahun ke-9 perkahwinan mereka. Selain berkongsi doa buat rumahtangga dan kebahagian, Ustaz Don turut menitipkan nasihat buat suami isteri di luar sana khususnya pasangan baru atau muda dalam melayari bahtera rumahtangga.
Akhirnya, berjaya jugak nak boh post ni. That’s one for the keeper. Sekadar bukti kita sempat #hidup di 2021 waktu #pandemic . Kan 💕Dinda💕 @husnazahry kan?
Kepada pasangan baru atau muda, satu perkara yang saya belajaq dalam rumahtangga ni ialah, “𝘀𝗲𝗻𝘁𝗶𝗮𝘀𝗮 𝗮𝗱𝗮 𝗿𝘂𝗮𝗻𝗴 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸𝗶 𝗸𝗲𝘀𝗶𝗹𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗸𝘂𝗮𝗹𝗶𝘁𝗶 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝘀𝘂𝗮𝗺𝗶 𝗶𝘀𝘁𝗲𝗿𝗶”.
Tak dak istilah terlambat atau tak terer. Kita suami isteri dua dua tak terer. Jadi, sama-sama kena jadi terer. Ingat, kaki kanan tak akan boleh lari lebih laju dari kaki kiri. Kena lari sama-sama.
Semoga Allah menjadikan kita semua pasangan yang bahagia di dunia dan di Akhirat serta ditemukan dalam Syurga nanti sebagai pasangan bahagia seperti Para Anbiya’ dengan Isteri mereka yang mulia, berkat Nabi Muhammad ﷺ .
آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين .
Ini doa yang saya teringin nak baca and tulis untuk semua pada akhir malam hari ulang tahun perkahwinan kami.
Semoga bermanfaat.
Ya Allah #ampunilah andai aku ada #menggurishati saudara-saudara ku. Dan aku memaafkan kesalahan depa ataih ku.
Melihat pokok buah-buahan berbuah lebat memang teruja dibuatnya dan apatah lagi jika telah masak ranum buah-buahnya. Mahu sahaja dipetik dan tentunya sedap dimakan. Sebab itu juga tidak hairanlah akan membuatkan sesiapa pun ingin untuk mencuba menanam pokok buah-buahan untuk dapat dinikmati hasilnya bersama keluarga tersayang.
Pun begitu, buat anda yang pertama kali ingin bercucuk tanam bolehlah membaca perkongsian ilmu bab tanamam oleh Mohd Ikhwan yang sebelum ini menanam cempedak dan dapat dilihat hasilnya memang cukup ‘meriah’. Nak tahu apa rahsianya, ikuti tip dan cara yang dikongsikan ini.
Semoga bermanfaat.
Alhamdulillah pokok cempedak yang saya tanam 6 tahun lepas dah masuk 3 musim berbuah.
Hari ni kita tanam pokok belimbing buluh dan pokok pokok lemon.
Tip tanam pokok buah.
1. Lubang kena korek sebesar yang boleh dan sedalam yang boleh. Ikut kemampuan. Kalau tanah keras sangat tu memang takleh nak tolong. Walaupun size polibeg tu kecik je, takpe. Sebelum letakkan anak pokok, kambus balik sedikit lubang yang kita buat tadi. Kalau ada tanah hitam, boleh masukkan dalam lubang. Ni penting supaya akar baru dapat membesar dengan subur
2. Selepas pokok dah di tanam, boleh tutup pangkal pokok dengan gunakan daun kelapa atau apa2 yang sesuai. Saya guna sabut kelapa (cocopeat). Penting supaya air dan lembapan tak mudah hilang nanti kalau panas terik.
3. Selepas tanam pokok. Kena siram dengan air secukupnya. Tanam sebelah petang. Biar pokok ada masa yang panjang dengan cuaca sejuk. Haba yang kurang. Kalau tanam waktu pagi, pokok akan terkejut dengan bahang tanah dan panas cahaya matahari.
Selamat mencuba. Insyallah kalau diizinkan Allah, pokok akan hidup dengan cantik.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.