Selalu pagi-pagi tak larat nak masak sarapan pagi yang berat kan? Bukan apa, nak uruskan anak-anak lagi, nak ke dapur lagi, memang macam lipas kudung lah ibu ke sana ke sini.
Jadinya… Nak sediakan sarapan yang mudah boleh la buat Roti Cheezy Balut Telur ni. Boleh anak-anak bawa bekal ke sekolah juga. Semestinya senang je nak buat cara puan Har Ryea ini. Jom tengok cara penyediaannya!
Bawang dan kentang antara bahan masakan yang sering digunakan. Tetapi apabila dibeli dalam kuantiti yang banyak, adakalanya ia menjadi kecut dan busuk. lebih-lebih lagi kalau anda jarang guna.
Admin kongsikan tips menarik daripada Norasihah Nams menerusi facebooknya telah berkongsi cara pastikan bawang dan kentang di rumah kekal lama.
No wonder bawang ,kentang di simpan dalam kain jut klu jual kt kedai dalam kuantiti yang banyak.
Saya x search pun apa kaitannya. Cuma time nak setting tempt bawang ni mmg saja nk beli kain ni buat lapik sesaja.
Apa yang saya perati..
Bawang n kentang samgatttttt tahan lama bila diletak dgn kain ni. Sama juga kunyit yang kebetulan sesat termasuk dlm ni. Elok x kecut da berapa lama xtau lah..
Mmg jenis jrg masak klu kerja so mmg boleh perasan bawang n kentang tak lodo walau dah lama. Kalau tak sebelum ni letak dalam bekas jaring pun stil ada yg busuk n berulat sb “rajin sangat “masak.
Setahun dah setting cmni. N sangat tahan wire basket tu kat situ. Minima, save space. ❤️.
Nak bagi lekat kuat pelekat tu. Lepas lekat pelekat tu, biarkan selama minimim 72jam atau 3 hari sebelum letak beban.inshaAllah tahan .pelekat ni dapat sekali bila beli wire basket ni. Xsilat hrga sy beli rm13.90/pc. Burlap (kain jut tu) rm6/meter dl. Skrg tengok shopee rm8/meter.. ok lagi tu..👍🏻👍🏻
Biasanya kalau ada tepung segera cucur, apa lagi yang boleh dibuat kalau bukan cucurlah kan? Tapi lain pula bagi pengguna laman facebook ini apabila tepung cucur segera dijadikan snek untuk kudapan seisi keluarga. Menarik kan?
Katanya rasa macam kerepek bawang. Siapa yang favourite dengan snek tu boleh lah cuba! Senang je cara nak buat. Nak tahu macam mana? Meh tengok kat bawah ni!
Resipi Snek Cucur Ikan Bilis Mudah & Sedap
Bahan-bahan:
Sebungkus cucur bilis adabi
2 sudu makan tepung gandum (supaya tak masin)
Sedikit minyak
Air sejuk
Cara membuat:
1. Masukkan semua bahan-bahan, gaul rata menggunakan garfu saja.
2. Kemudian uli sampai doh tidak melekat pada tangan.
Keenakan rasa Laksa Johor diakui terletak pada kepekatan dan rasa kuah yang dimasak menggunakan ikan segar. Ini sekali gus memberi kesempurnaan rasa Laksa Johor apabila dimakan bersama spaghetti dan ramuan-ramuan lainnya. Tidak dinafikan memang boleh buat kita makan berselera apatah lagi buat penggemarnya.
Bercerita lanjut tentang rahsia menyediakan kuah laksa yang sedap, sebenarnya pemilihan jenis ikan juga memainkan peranan utama. Ini sebagaimana menurut perkongsian Puan Fatimah Ali, hanya dengan menggunakan ikan tenggiri, kembung atau selar mata besar sahaja yang akan memberi rasa kuah Laksa Johor menjadi lebih enak.
Bahkan turut dikongsikan olehnya resipi lengkap dan bolehlah dicuba untuk memasaknya dan seterusnya dinikmati bersama keluarga tercinta.
RESIPI LAKSA JOHOR IKAN TENGGIRI
BAHAN :
1 kg ikan- Ikan yang sedap untuk kuahnya adalah ikan tenggiri, kembung atau selar mata besar. Bersihkan, rebus dengan asam keping. Kemudian asingkan isi dan blend bersama air rebusan. Ketepikan
Satu paket spaghetti- Rebus dengan sedikit minyak. Bila sudah siap tos dan gulungkan.
BAHAN KISAR UNTUK KUAH :
15 tangkai lada kering
6 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm lengkuas
Udang kering segenggam
2 peket kecil rempah kari
2 batang serai -dititik
2 keping asam keping
2 peket kecil kerisik
2 kotak kecil Santan
2 kuntum bunga kantan- potong 4
Daun kesum, selasih, pudina
Garam,gula,perasa
CARA-CARANYA :
1.Blend bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan udang kering.Ketepikan.
2.Panaskan minyak, masukkan serai
3.Tumis bahan yang dikisar hingga pecah minyak
5.Gaul rata dan kemudian masukkan isi ikan
6.Masukkan Asam keping, bunga kantan, daun kesum
9.Bila sudah siap boleh makan dengan hirisan timun,tauge,hirisan bawang,bunga kantan,daun selasih, pudina dan sambal belacan.
RESEPI SAMBAL BELACAN :
Cili hidup merah,hijau anggaran 10 biji
Segenggam cili padi
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 cm belacan
Cara Buat :
1.Semua ni digoreng dengan minyak sedikit
2.Kemudian blend semua dengan sedikit air suam
3.Perasakan dengan gula, perasa atau garam. Saya tak letak garam sebab belacan sudah masin.