Sayang rasanya kalau beli roti tapi tidak dijamah. Alih-alih bila hendak di makan, sudah hampir pula dengan tarikh luput. Jadi apa perlu anda buat? Janganlah pula terus dibuang, tapi manfaatkan dan harus lebih kreatif untuk menghasilkan menu berasaskan roti.
Oleh itu, ayuh kita mencuba resipi Cucur Roti yang bukan hanya mudah tetapi cukup senang hendak membuatnya hasil perkongsian Farah Izzati di facebooknya. Melihatnya sahaja sudah mampu buat kita rasa terliur. Paling tertarik sebab cara membuatnya cukuplah mudah. Carik-carikkan sahaja roti dan gaulkan dengan semua bahan lain. Nak tahu lebih lanjut, jom follow resipi ini satu persatu.
“Hari tu buat kat Khayla. Malam ni suami pulak yang minta nak cucur roti ni. So siapa yang minta resipi, ni akak share untuk semua.”- Farah
RESIPI CUCUR ROTI
Ads
Bahan-bahan:
4 keping roti
2 biji telur
2 biji bawang merah
Lobak merah -diparut
Sedikit daun bawang -dicincang halus
Sedikit ikan bilis
Sedikit garam
Caranya:
1. Goreng ikan bilis dan tumbuk halus. (supaya senang anak makan).
Ads
Carik-carikkan roti seperti dalam gambar.
Gaul kesemua bahan hingga sebati.
4. Bentukkan jadi bebola kecil.
5. Panaskan minyak dan goreng. Golek-golekkan sikit dan angkat bila perang.
Mengenang beberapa jenis kek yang biasa ibu kita masak, selain kek pandan dan kek belang tidak dinafikan kek marble juga menjadi antara pilihan kek yang digemari ramai pada zaman dulu. Walau dimasak dengan menggunakan bahan-bahan yang asas, namun keaslian dan keenakan rasanya tetap tiada tandingan.
Bercerita tentang kek marble ini juga, melalui satu perkongsian dari seorang lelaki yang juga merupakan ayah kepada dua orang anak ini, siapa sangka sewaktu kecilnya dahulu menggemari rasa kek marble dan kini dia sendiri boleh sediakan dan berkongsi resipi di laman sosial.
Untuk yang ingin mencuba membuat kek ringkas ini, jom semak resipi yang dikongsikanya ini.
Dahulu waktu kecil, emak selalu membeli kek Marble yang dijual oleh seorang pak cik di pasar. Kek Marble yang sederhana kecil untuk dimakan waktu Hari Raya. Itulah kek Marble yang paling sedap aku makan.
Mungkin menikmatinya kala kita tidak ada banyak pengalaman makan kek pelbagai rasa. Mungkin kerana kek itu dibungkus dengan kenangan zaman anak kecil. Jadi, kita akan bias terhadapnya. Segalanya mungkin. Namun , tetap kek Marble yang sedap rasanya.
Tak sangka sekarang aku boleh buat kek Marble sendiri yang aku rasa antara yang sedap. Jadi, apa yang membuatkan kek Marble itu sedap?
Bagi aku, kek itu tak begitu ‘crumbly’. Padat tetapi gebu pada masa yang sama. Ini bermakna proses ‘aeration’ berjaya dilakukan dengan sempurna. Dan, lembut ‘moist’ tidak terlalu manis. Tidak terhidu bau telur ada bau vanilla yang wangi serta rasa coklat yang sedikit pahit.
Inilah resipi kek Marble yang diadaptasi dan ubah suai sendiri.
1. Panaskan ketuhar setinggi suhu 170 darjah selsius.15 minit sebelum bakar.
2. Sapukan marjerin pada loyang. Adunan ini dapat hasilkan kek sederhana kecil sahaja . Saiz 6 inci bulat atau petak sesuai. (Aku gunakan loyang petak 8x3x3)
3. Ayak tepung dengan serbuk penaik. Guna tepung halus (superfine). Kenapa perlu ayak? Tepung biasanya akan ‘terkumpul’ tidak berserak jadi jika tidak ayak akan menjadikan kek itu kematu, keras dan tidak gebu.
4. Potongkan mentega potongan kecil secara kiub (besar sikit daripada kiub ayam) memudahkan mixing nanti.
5. Putar bersama gula tadi selama lebih kurang 4 – 5 minit. Proses ‘creaming’ ini bertujuan melarutkan gula betul-betul. Dan, memasukkan udara (aeration process) dalam mentega dan gula. Proses ini akan menunjukkan adunan menjadi kembang, ringan dan lebih putih. Jangan ‘overbeat’ . Terlebih pukul akan menyebabkan terpisah lemak dan gula semula.
6. Masukkan telur satu demi satu (telur dikeluarkan awal daripada peti sejuk sekurang-kurang 15 minit untuk elakkan split batter). Masuk satu telur putar kemudian masuk sedikit tepung. Sesudu kecil untuk satukan semula dengan adunan. Masa ini mesin mixing jangan laju sangat. Tukar power kepada sederhana berbanding masa putar mentega gula tadi.(boleh laju selama 4-5 minit)
7. Sudah lengkap masuk semua telur tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Saya masukkan sesudu demi sesudu. Bukan sekali harung. Kenapa? Sekali lagi, untuk tidak cacatkan proses aeration tadi. Dah elok kembangkan telur dan mentega tetapi kita masukkan tepung sekaligus. It is a big no. Bubuh sesudu demi sesudu menghasilkan batter yang baik.
Ni aku belajar daripada siri Brittish Bake Off oleh chef terkena Chef Mary.
8. Dah habis semua tepung masuk , kacau tepi bawah hujung mangkuk supaya sekata.
9. Bahagikan adunan kepada dua adunan (dua mangkuk berbeza) Perlukan timbang elektronik kalau mahu buat kek ni. Bukan main agak-agak.
10. Untuk bahagian coklat adunan itu asing 1/4 sahaja. Mengapa? Coklat gelap sebanyak 50 gram itu kita telah cairkan dahulu (cara steam bath/microwave 1 minit) kita masukkan dalam adunan tadi. Dan, kacau. memandangkan kita sudah tambah coklat adunan itu akan bertambah amaunnya. Jadi, dua adunan menjadi sama.
11. Gunakan dua sudu/senduk (aku gunakan ice cream scope- boleh beli di MR.DIY, murah sahaja) untuk masukkan ke dalam loyang selang seli dan untuk dapatkan sempurna kejadiannya.
12. Macam mana nak ‘marble’kan? Tengok foto bawah. Yang itu salah satu cara ya. Banyak cara sebenarnya. Bukan gambar saya. Gambar daripada internet. Akhir sekali guna skewer/lidi/pisau kecil buat pusingan swirl ikut sesuka hati sendiri.
13. Bakar selama 30 minit api atas bawah. 25 minit sebelum 5 minit akhir boleh cuba tengok kemasakannya dengan mencucuk ke bawah. Jika tiada terlekat. Mungkin , sudah masak.
EKSTRA INFO
* Setiap ketuhar/oven ada emosi perangai sendiri. Mungkin cepat panas, atau lambat panas. Tidak sama. Engkau perlukan oven thermometer letak dalam untuk pastikan suhu yang betul.
* Kandungan gula sudah dibuang lebih 30 peratus untuk mengurangkan manis. Aku tidak suka kek terlalu manis.
* Resipi asal menggunakan Milk Chocolate tetapi aku tukar guna Dark Chocolate, Milk Chocolate sangat manis dan kurang kandungan coklat sebaliknya Dark Chocolate kurang manis dan lebih entiti coklatnya. Tidak, resipi ini tidak guna serbuk koko.
Selamat mencuba. Kek ini sedap dimakan bersama kopi pahit atau teh hijau. Kek orang-orang dahulu yang tidak perlukan krim manis. Nampak tak foto bawah tu. Sedap sangat. Alhamdulillah. Memang sungguh menikmatinya.
Umumnya dibulan puasa ini kita akan memyediakan pelbagai menu untuk keluarga berbuka. Kadang-kadang hingga berlebih-lebih dan ini menyebabkan pembaziran.
Lantaran itu, kita perlu kreatif untuk menggunakan lebihan makanan tersebut agar tidak dibiarkan menjadi basi dan terbuang begitu sahaja.
Contohnya jika ada lebihan nasi. Selain boleh dijadikan menu masi goreng untuk bersahur, ada beberapa menu lain yang juga boleh dihasilkan daripada lebihan nasi tersebut. Ayuh kita ketahuinya!
Ikan segar antara bahan basah yang wajib ada dalam peti sejuk. Selalunya selepas membersihkan ikan, kita akan menyimpannya di dalam freezer atau bahagian sejuk beku.
Masalah yang sering berlaku ialah apabila salah cara simpan dalam freezer, ikan yang segar jadi lembik bila dikeluarkan untuk dimasak. Supaya stok ikan yang dibeli ini kekal segar walau disimpan lama dalam frezer beberapa lama, ada tip yang boleh dipraktikkan.
Boleh cuba tip seperti yang dikongsikan oleh Normah Bahari ini.
Cara betul simpan ikan dalam freezer:
1. Siang, potong dan ikan.
2. Susun ikan di dalam bekas untuk sekali masak, kemudian tuangkan air hingga menutupi ikan tersebut.
3. Tutup bekas dan simpan dalam bahagian sejuk beku.
4. Bila nak masak, keluarkan dan biarkan air cair. Kalau nak masak pagi , keluar dari malam dan bila nak masak tengah hari, keluarkan waktu pagi , Insya-Allah ikan tetap segar macam baru beli.
Hukum menggugurkan kandungan cacat dalam Islam bergantung kepada usia kandungan, tahap kecacatan janin, risiko kepada ibu serta nasihat pakar perubatan.