Jika ada roti di rumah yang tidak berusik dan hampir tamat tarikh luput, jangan terus dibuang. Jom kita cuba menu baru untuk keluarga dengan bahan ini.
Resipi Roti Lapis Daging ini cukup mudah tapi rasanya cukup sedap hingga menjilat jari. Nak-nak pula kalau dapat makan panas-panas, memang ‘melting’ habis! Lebih kurang macam lasagna, cuma Roti Lapis ni taklah berlapis-lapis.
Inti dagingnya pula tak pakai sos tomato, sebaliknya boleh guna apa-apa yang ada dekat rumah. Kalau ada cheese, memang lebih wow lah jawabnya.
Hah, dah terliur kan? Jom kita tengok resepi roti lapis daging hasil air tangan Nadiah Hanum. Pasti suami dan anak-anak sukakannya.
BAHAN-BAHAN
Bahan Inti
Ads
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Daging kisar
Rempah daging
Lada hitam
*Mushroom / capsicum kalau suka
*Cili / cili padi bagi yang nak pedas
Sos cili Thai
Garam
Bahan Lapis
Roti secukupnya
Susu cair / susu segar
Sup Cendawan Campbell dalam tin
Telur
Cheese
CARA-CARA
1. MASAK INTI DAGING
Pertama sekali, kita sediakan dulu inti daging tu untuk dilapiskan nanti. Caranya, tumis bawang merah, bawang putih dan halia ikut banyak mana roti dan daging yang kita nak guna. Kemudian, masuk daging kisar, rempah daging dan lada hitam. Masuk air sikit, goreng hingga daging masak dan kering.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan sos cili Thai. Kalau nak tambah mushroom & capsicum pun best, tapi saya tak ada stok. Jadi, saya guna bahan yang ada saja. Nak pedas mengganas boleh juga tabur cili padi.
2. CELUP ROTI DENGAN SUSU
Sekarang kita lapiskan. Mula-mula celupkan roti dengan susu cair / susu segar. Kemudian susunkan dalam tray. Saya gunakan tray 8″ ni just nice untuk susunkan 4 keping roti.
Ads
3. RATAKAN INTI ATAS ROTI
Lepas tu, bolehlah bubuhkan inti daging yang kita dah masak tadi. Ratakan.
4. TAMBAHKAN TELUR & CREAM
Kemudian nak lagi sedap dan lemak berkrim, kita tambahkan telur dan cream. Kocok 2 biji telur gred A bersama 3 sudu besar cream Campbells tudan curahkan atas inti daging tadi.
5. LAPISKAN CHEESE
Nak lagi melting, lapiskan dengan cheese macam ni. Nak guna cheese mozarella atau apa-apa jenis tu terpulanglah ya.
6. TUTUP BALIK DENGAN ROTI
Kemudian lapiskan balik dengan roti yang dicelup dengan susu segar atau susu cair, macam mula-mula tadi. Lepas tu kocok lagi sebiji telur dan tuang atas roti.
Ads
7. BAKAR
Sebelum bakar, taburkan sedikit lada hitam. Kalau nak tabur cheese lagi pun boleh. OK, dah boleh masuk oven! Kalau ikut oven saya, bakar pada suhu 200 °c selama 30 minit.
SIAP!
Bila keluar oven, beginilah hasilnya… Nampak sedap kan?
Memang sekejap dah licin kalau buat roti lapis ni. Bayangkan rasa daging dan cheese yang cair di dalam tu, memang rasa nak buat je selalu.
Lagipun resepi roti lapis daging ni memang simple sangat. Bahan-bahan pun boleh je diubah suai dan pakai apa yang ada di rumah. Rugi tak cuba tau!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lazimnya hidangan Serunding Halia Bersama Bawang Putih ini adalah untuk ibu-ibu yang sedang berpantang. Namun kini tidak lagi apabila sesiapa sahaja boleh menikmati hidangan ini.
Khasiat halia dan bawang putih yang mampu membantu membuang angin dalam badan, hidangan yang elok diamalkan. Bahkan ingin rasa lebih sedap boleh ditambah ikan bilis yang digoreng garing.
Juga tidak lama lagi, bulan puasa bakal menjelang tiba pastinya sudah boleh buat stok untuk hidangan ini sebagai penambah selera.
_________________________________
Sumpah sedap guys serunding halia nie.. Buat mkn kudap2an pn blh.. Buat sendiri confirm puas hati. Rasanya yg garing2 pedas menyegat..
Boleh buat stok untuk bulan puasa yang bakal tiba tak lama lagi.
Bahan:
Halia tua
Tips: cari halia yg tak begitu tua dan yg panjang2 supaya mudah utk disagat.
Ikan bilis
Garam bukit
Perencah hilal
Minyak masak
Okey semlm rezeki CikAyu dpt halia yg cantik dan panjang2. Mudah utk disagat dan cantik kejadiaannya selepas disagat. Lepas sagat, letakkan sedikit garam bukit dan digaul rata.
gk teksur halia nie selepas disagat. Hasilnya nanti pasti anda akan jatuh hati dgn serunding halia ni.
Lepas habis sagat, perah air halia nie sekuat hati. Kita nak amik halia tu je. Air halia tu buang ye. Lepas proses perahan ni cepat2 sabun tangan ye, klu lambat nti cfm tangan akan rasa pijar.
Panaskan minyak. Kena guna minyak yg byk.
Okey ni halia yg takut utk disagat sbb dah kecik, mau berdarah tangan nanti pulak. Baki halia nie blh kita tumbuk, blender atau gunakan chopper. Proces masih sama, perahkan air halia ni.
Gunakan api yg besar utk dptkn tesktur serunding yg garing dan cantik.
Agak2 dah warna seperti dlm gambar cepat2 angkat ye puan2.
Tgk hasil serunding nie.. . Tapiskan minyak dahulu ye. .Ikan bilis digoreng garing dan dikisar. CikAyu gunakam chopper je. Mudah.
Selepas dikisar, gaulkan sebati ikan bilis dan sedikit serbuk hilal dgn halia tdi. Toskan halia yg digoreng dgn tisu dapur utk buang lebihan minyak. .Hasil kejadian selepas digaul mesra. Sedap dimkn begitu saja
Klu kt rumah dah ada bwg putih crispy blh gaulkan bersama2 serunding tadi. Ini lagi ummphhh.
Wanita mana yang tak ingin menimang cahaya mata sendiri. Mengandungkan zuriat dalam rahim sendiri 9 bulan 10 hari adalah momen paling indah dan cukup bermakna. Itulah saat yang dinantikan selepas bergelar isteri.
Namun, tidak semua impian menjadi kenyataan. Ada yang terpaksa melalui pelbagai dugaan dan ujian. Bagi wanita tabah bernama Yana ini, dia diduga kehilangan bayi dalam kandungan selepas kandungannya memasuki usia 5 bulan lebih keguguran. Ini membuatkan dia terpanggil untuk berkongsi cerita.
Penghuni Rahim 07/10/2018 Assalamualaikum. Sementara tunggu husband solat kat masjid ni, aku nak luah sikit. Esok sepatutnya due date aku, tapi anak aku dah jadi anak syurga. Semoga tenang disana sayang. Aku baru kawen taksampai setahun lagi. Mungkin typical misscarriage story buat sesetengah orang. Tapi tak bagi aku. First baby dalam rahim aku. Mesti la terkesan.
Feb 2018.
Aku disahkan pregnant, lepas seminggu tak selesa badan. Punca dia masa Thai Food Festival tu aku makan pedas-pedas. Seminggu tak sedap badan. Perut tak selesa. Bos kat ofis sampai belikan eno sebab kot-kot angin? Lepas seminggu sakit, pegi klinik, pregnant rupanya.. haha.
Mac 2018.
Start buat buku. Dan ulang alik klinik macam biasa. Alahan pun cuma sikit-sikit.
11 May 2018.
Aku kursus dekat hotel. Tiba-tiba masa rehat tu, air macam kencing keluar. Aku cuma ingat, itu keputihan biasa. Tapi masa jalan nak ke toilet tu, rasa seluar basah. Duduk dalam hall kursus, dia asyik keluar lagi. Macam terpancut, tapi sikit-sikit. Basah kerusi aku. Masa ni aku cuba positif. Keluar hall, call kakak. Kakak suruh aku pegi hospital. Aku degil sebab masa tu baru 18 weeks. Aku fikir tak mungkin air ketuban.
Balik kursus, aku inform husband. Kami ke poliklinik. Malangnya doktor laki, muda. Dia suruh ke hospital. Tapi aku tak pergi jugak. Sebab masih cuba positifkan diri. Malam tu tidur pakai pad, penuh pad libresse overnight kaler purple tu. Dah macam kencing dalam seluar.
12 May 2018.
Pagi tu aku pergi kerja macam biasa. Bos aku desak suruh pergi hospital pagi tu jugak. Aku yakinkan dia aku ok. Tapi aku mengalah lepas dia suruh juga aku pergi. Mula-mula aku cuma pergi klinik panel. Tapi 2 klinik reject kes aku. Sebab hal berkait air ketuban,dorang taknak. Aku masa tu blur lagi. Air ketuban ke ni? Bodoh sangat.
Kami terus ke hospital bahagian emergency. Sebab doc kat klinik suruh macam tu. Aku pun noob. Then explain kat kaunter,dorang terkejut. Sebab 18weeks keluar air ketuban,tapi tak ada darah. Baby gerak normal. Aku dapat zon kuning. Tunggu tak lama,terus dapat masuk bilik doc.
Doc scan,jantung baby normal. Tapi air nampak kurang sikit. Doc suruh tukar kain hospital sebab dia nak speculum. Dah tukar kain,masa berdiri,meleleh-leleh air turun. Doc terus suruh tolak ke dewan bersalin.
2 kali kena speculum. Sakit jugak. First time kena. Doc kata bukaan masa ni masih tutup. Tapi heran air keluar. Doc suspect kuman. Datang 3 doktor terangkan risiko dan kemungkinan yang bakal jadi. Masa ni aku blank. Dengar jela sambil senyum tawar. Lepas tu minta izin keluar jumpa husband kejap. Tengok muka husband, terus mencurah-curah air mata sebab dia memang excited hari-hari sembang dengan baby walaupun sebelum pregnant.
Doc terus uruskan kemasukan ke wad. 10 hari berkampung kat wad. Bed rest. Hari first kat wad, aku tak solat. Sebab rasa macam mana nak solat? Surau jauh. Bla bla bla banyak alasan.. tapi masa ni rasa.. aku dah la 50-50 je baby. Boleh pulak tak solat. Dan memang majoriti tak solat pun. Subuh pun semua tidur macam takde apa yang jadi.
Esok tu subuh dengar nurse kejutkan orang katil sebelah. Nurse cakap, dik bangun sembahyang. Sakit boleh sembahyang lagi kan. Masa ni macam kena hiris hati aku. Walaupun nurse kejutkan katil sebelah, aku yang rasa malu. Aku terus bangun, pergi solat. Surau kat luar wad. Aku bangun, tukar pad (yang berair ketuban) dan jalan pelan-pelan ke surau.
Doc suruh solat kat katil sebab takboleh banyak bergerak tapi aku segan. Masuk surau, air mata aku tak boleh control sebab rasa berdosa dengan Allah. Betullah ujian tu dekatkan kita dengan Dia. Ujian tu sebab Dia dah lama tak dengar rintihan kita. Aku jenis tak pernah tinggal solat. Tapi sekali tu aku tinggal. Dan moga itu yang terakhir. Aku dah qada.
Sepanjang kat hospital, 3kali kena speculum. Tak sakit sangat. Tapi sakit la jugak. Speculum untuk dorang ambil sample. Tak jumpa kuman, tapi dari ujian darah, white blood count aku agak tinggi.
21 May 2018.
Doktor bagi discharge walaupun masih ada air ketuban keluar sikit-sikit. Masa ni air ketuban memang dah tak banyak. Tapi jantung baby sentiasa normal. Malah aktif macam biasa. Doc pesan untuk bedrest. Jangan banyak bergerak. Seronok sangat dapat keluar. Mana tak nya. Orang lain dah bertukar ganti. Aku sorang dok situ sampai 10 hari. Tu pun mujur 19 hari.
23 May 2018.
Husband belikan aku rambutan masa dia balik kerja. Dari awal pregnant memang teringin rambutan. Masa ni baru dapat. Makan 3 biji, rasa lain. Aku pergi toilet, aku nampak darah. Terus mengalir lagi air mata aku. Lepas maghrib, husband terus ajak pergi KPJ.
Kena warded lagi 5 hari. Doc cek bukaan, 1cm. Doc bagi antibiotik, dan ubat tahan sakit. Hari ke empat doc stop ubat tahan sakit, aku dah mula rasa mild contraction. Sakit juga. Masa ni air ketuban dan darah dah start keluar. Darah hidup.
Doktor kata air ketuban memang dah makin kurang. Bentuk kepala baby pun dah tak cantik sebab air tak ada. Kesian baby. Walaupun air kurang, jantung dia tetap normal, aktif lagitu. Comel sangat cara dia bagi semangat kat ibu dia.
27 May 2018.
Discharge KPJ. Seronok sangat dapat discharge. Tapi darah dan air ketuban masih keluar. Baby pun jantung normal lagi. Sesekali contraction.
31 May 2018.
Checkup dekat KPJ. Air ketuban doc tak dapat detect kat screen masa scan. Air tak ada! Tapi jantung baby normal. Dan sesekali memang rasa baby bergerak macam biasa. Kuatnya anak ibu kan. Air dah tak ada sayang.. kesian sayang…
Malam tu sakit sangat. Lepas discharge sebelum ni memang aku makan ubat tahan sakit, sebab aku tak boleh tidur. Sakit sangat. Tapi malam tu sakit sangat. Makan ubat tahan sakit pun tak jadi apa. Sambil sakit,tawaf satu rumah sebab baring pun tak kurang sakit.
1 Jun 2018.
Dapat tidur tidur ayam je malam tu. Bangun pagi, sembang dengan baby.. Anak ibu, ibu redha awak pergi. Kesian awak, tak ada air dalam tu. Ibu dah kuat. Terima kasih bagi ibu masa 3 minggu untuk kuat. Allah tak tarik awak tiba-tiba. Allah baik sangat. Awak pun kuat semangat,baik sangat pada ibu. Ibu redha.
Lepas zohor, ibu ajak pergi beli barang dapur untuk raya. Aku makan ubat tahan sakit lagi sebab nak jalan dengan tenang. Aku dengan yakin, taknak wheelchair. Aku yakinkan ibu, aku mampu. Tapi baru jalan tak sampai satu market,aku dah pening, haha. Terpaksa husband ambil wheelchair kat cust service.
Sempat juga pergi bazar ramadhan. Aku insist nak turun. Ibu tak kasi sebab takut terberanak kat bazar,haha. Tapi aku degil ya ampun. Aku cakap kat ibu, takpe banyak jalan nanti senang beranak. Sampai rumah, rasa nak terberak. Aku pergi jamban cangkung. 10 min jugak tunggu nak melabur. Tapi takde hasil. Aku nak cuci, tapi jari rasa terpegang something yang bukan najis. Berderau darah masa tu. Aku terus tolak ‘benda’ tu naik atas.
Keluar toilet dan inform ibu. Ibu terkejut. Lepas husband berbuka, terus kami gerak ke KPJ semula. Sampai KPJ, nervous sangat. Terus tolak ke dewan bersalin. Aku bagitau dorang, aku pesakit Doktor M. Tapi doc takde, diganti dengan doc lain. Doc cek bukaan dah penuh. Tapi aku takde rasa sakit sebab makan ubat tahan sakit kot. Doc drip sikit ubat bagi rasa. 3 kali push, baby keluar. Aku tengok baby, ala keciknya awak sayang.. kulit merah..
Doc cuba keluarkan uri, tapi tak berjaya. Pintu rahim dah tutup. Uri tertinggal kat dalam. Kena tolak ke bilik OT. Doc bius. Dan cucuk kat tulang belakang. Tak sedar apa yang jadi. Bangun tidur, dorang tengah tolak masuk wad. Sampai wad, ada nurse tunggu dengan baby sekali. Nurse bagi tengok baby. Comel sangat. Baby lelaki. Sama macam yang kami expect. Dan bukan rezeki jadi cucu lelaki pertama ayah. Comel. Kecik..
Ibu ingat setiap inci rupa awak sayang.. kelopak mata kecil. Rambut halus. Tangan kecil. Kulit merah. Telinga.. hidung.. mulut., semua ibu perhati.. sebelum nurse bungkuskan awak semula. Awak lahir masih hidup dan pergi 15 min kemudian.
Terima kasih hadir dalam hidup ibu. Jadi penghuni pertama rahim ibu. Jadi penguat semangat ibu. Terima kasih sebab kuat. Doc pun kata awak kuat semangst sayang.. air ketuban dah tak ada.. tapi jantung awak masih normal. Dan ibu lahirkan awak,awak masih hidup. Awak macam faham betul bila ibu cakap ibu redha awak pergi…
Anak ini, kami namakan Muaz.
Sampai sekarang aku memang dh redha.. cuma kenangan, memori, ingatan tak boleh buang.
Ada orang kata, rileks la.. boleh buat lagi.. muda lagi.. ala.. biasa la tu memang ramai macam tu.. tapi orang taktau, perit betul bila orang cakap macam tu. 5 bulan lebih dalam kandungan, sapa tak sedih.
Apa apa pun, ada hikmah Allah uji kami. Kami belum bersedia. Kami jauh dari Dia. Dan Dia bagi kami anak syurga. Esok, isnin patutnya due date aku. Sebak juga. Tapi mengenangkan anak aku dah kat syurga, Alhamdulillah. Tarik ibu sama ya sayang.
Lovely infant foot with little white daisy in mothers hands
Maaf terpanjang pula. Rindu sangat. Doakan Allah permudahkan rezeki aku lagi lepas ni. Aamiin.
– Yana
Sumber: IIUM Confessions
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Keluarga kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, Muhammad Harraz Aryan Mohd Hafizi yang meninggal dunia selepas ditinggalkan dalam kereta di sebuah tadika di Taman Ria, Sungai Petani, dekat sini pada Selasa reda dengan kejadian berkenaan.
Ibunya, Nor Azira Abdul Halim, 36, mengakui terkejut menerima berita kejadian yang menimpa anak bongsu daripada dua beradik itu daripada gurunya kira-kira jam 12.25 tengah hari. Dia diminta datang ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.
“Saya tahu ALLAH SWT lebih menyayanginya dan meminjamkannya hanya sekejap untuk kami sekeluarga.
“Pada mulanya, saya ingat anak terlibat dalam kemalangan kerana tadika berkenaan terletak berdekatan dengan jalan raya sebelum dimaklumkan Muhammad Harraz tidak sedarkan diri.
Dia kemudiannya memaklumkan kejadian kepada suami, Mohd Hafizi Husin, 36, yang bertugas sebagai anggota tentera di Kem Tentera Sungai Petani supaya bergegas melihat keadaan anak mereka dengan segera.
Katanya, dia berdoa tanpa henti supaya anak bongsunya itu selamat dan tidak berlaku kejadian tidak diingini sepanjang perjalanan pulang.
Bagaimanapun menurutnya dia menerima panggilan suaminya yang memaklumkan supaya terus ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani untuk melihat keadaan anak mereka.
“Bila saya sampai, suami hanya telefon kata pergi hospital terus. Saya pun bergegas balik. Bila saya balik, suami kata pergi terus ke hospital. Mereka tak beritahu apa-apa dekat saya.
“Saya sampai hospital, saya tak tahu apa-apa. Cuma saya hairan kenapa ramai yang bagi laluan suruh saya masuk, sampailah saya nampak arwah atas katil Unit Forensik dah kena balut.
“Masa itu baru saya tahu anak saya dah tak ada. Wajah dia macam tidur, tapi naluri ibu, saya dapat rasa yang dia sakit sampai dia mati. Saya dapat rasa air muka dia tu sebab bibir dia gelap,” kata Nor Azirah.
Nor Azirah ditemui ketika menuntut jenazah anaknya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Menurut Nor Azira, anaknya telah mengikuti pembelajaran di tadika berkenaan sejak tahun lalu dan dijemput kakitangan tadika di rumah yang terletak berdekatan pada jam 7.45 pagi hari kejadian.
Katanya, tiada sebarang reaksi perubahan ditunjukkan, malah sebelum keluar bekerja lepas subuh semalam, Nor Azirah melihat anaknya masih tidur dan meninggalkan anaknya disiapkan nenek untuk ke tadika.
Jelas ibu kepada tiga anak itu, sebelum ini, petugas tadika menjemput anaknya setiap pagi. Tetapi selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka hanya menjemput anaknya pada Selasa dan Rabu sahaja. Selebihnya, dia sendiri akan menghantar anaknya kerana bekerja pada hari tertentu sahaja.
Menurut Nor Azira, anak bongsunya itu seorang yang ceria di rumah, namun agak pendiam apabila berada di sekolah. Dia dalam pada itu menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk tindakan lanjut mengikut prosedur sekiranya berlaku kecuaian atau unsur jenayah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, hasil maklumat awal, mangsa dan seorang kanak-kanak lain telah diambil oleh pengetua tadika pada jam 7.45 pagi.
Menurutnya, mangsa diletakkan di tempat duduk penumpang belakang manakala seorang kanak-kanak lima tahun berada di tempat duduk penumpang hadapan.
“Mangsa ketika itu dalam keadaan sihat dan duduk di tempat duduk belakang bahagian kiri.Apabila sampai di tadika, seorang petugas lain telah mengambil kanak-kanak lima tahun bagi memulakan sesi pembelajaran.
“Pengetua terus parkir kereta di tepi luar tadika dan mematikan enjin kereta,”katanya.
Menurut Adzli, mangsa berada dalam kereta dengan keadaan pintu dan cermin tertutup serta tiada ruang pengudaraan antara jam 8 hingga 12.15 tengah hari.
“Ketika pengetua mahu hantar semula mangsa ke rumah, dapati mangsa tiada dalam kelas dan guru kelas memberitahu kepada pengetua yang mangsa tidak hadir ke sekolah.
“Pengetua terus menuju ke arah kereta miliknya yang diletakkan di tepi jalan berhampiran dengan tadika dan dapati mangsa dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri. Mangsa dibawa ke hospital dengan ambulan dan hasil pemeriksaan doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia semasa sampai di hospital dan tiada kesan kecederaan luaran,”katanya.
Perkongsian penyanyi dan usahawan, Ahmad Nubhan Ahamad, 40, mencuri perhatian ramai apabila beliau berjaya membangunkan sebuah ladang seluas empat ekar khas bagi mengusahakan produk sambal tempoyak daun kayu.