Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pilunya hati seorang ibu apabila melihat anak sendiri menderita sakit. Lebih memilukan kesakitan itu berpunca daripada orang lain. hati penulis tyurut sayu melihat betapa si kecil ini menahan kesakitan.
Demikian kisah seorang bayi perempuan yang berusia lima bulan, yang mengalami jangkitan kulit dikenali sebagai Impetigo, yang disebabkan oleh bakteria Streptococcus atau Staphylococcus.
Gejala penyakit ini biasanya terjadi kepada kanak-kanak dan bayi. Apabila diserang bakteria ini (Staphylococcus aureus), pesakit akan mengalami scalded skin syndrome iaitu infeksi kulit yang serius sehingga menyebabkan bengkak dan kulit mengelupas serta melepuh.
Kisah ini dikongsikan sendiri ibu bayi tersebut yang dikenali sebagai Munie Suraya mengenai jangkitan kulit yang menimpa bayinya itu.
Sebelah mata bengkak, disangka kena gigit semut
Naik merah di kawasan mulut dan mata
Ingatkan sebab alergik lepas makan ubat tahan sakit
Doktor bagi ubat susut bengkak…
Ads
Tengok mulut adik mengelupas menggigil mama
Mata adik tak boleh buka sebab dah bengkak teruk
Makin teruk, doktor bagi tahu adik kena jangkitan kulit
Luka dekat muka dah mula kering, tinggal salin kulit baru
Ads
Bengkak pada mata dah surut, 2 minggu kena tahan wad
Semoga kisah bayi ini menjadi pengajaran buat ibu bapa di luar sana dalam memastikan keselamatan anak-anak, terutama bayi yang masih kecil. Elakkan berjumpa atau berada di tempat orang ramai.
Kebiasaannya, kita sering dengar anak-anak malu apabila ibu bapa mempunyai pekerjaan yang biasa atau pun tidak kemewahan seperti mana diimpikan.
Namun, lain pula bagi anak bongsu kepada pasangan selebriti Hollywood, David dan Victoria Beckham apabila Harper Seven berasa malu kerana mempunyai ibu bapa terkenal.
Memetik laporan dailymail, bekas anggota kumpulan Spice Girls iaitu Victoria Beckham mendedahkan Harper malu mempunyai ibu bapa terkenal terutama suaminya, David menghantarnya ke sekolah dengan menaiki kereta mewah.
Victoria mendedahkan anak bongsunya yang kini berusia 11 tahun itu meminta David memberhentikan kereta jauh daripada pintu pagar sekolah kerana tidak mahu orang lain melihat dia turun dari kereta mewah.
“David menghantarnya ke sekolah dengan menaiki kereta Rolls Royce ketika itu dan tiba-tiba Harper minta diturunkan di tepi jalan dan jauh sedikit dari kawasan sekolah,”ceritanya.
Malah, Harper juga meminta agar David dan Victoria membenarkannya menaiki bas untuk pergi ke sekolah seperti kebanyakan rakan-rakannya yang lain.
“Tak hanya itu, dia pernah beritahu mahu naik sekolah sama seperti rakan-rakannya yang lain,”katanya lagi.
Pendedahan itu dibuat menerusi episod terbaharu podcast Armchair Expert baru-baru ini dan Victoria hanya mengetahui hal tersebut selepas dimaklumkan oleh David sendiri.
Akan tetapi, mereka berdua faham punca Harper berasa malu apabila dihantar ke sekolah dengan menaiki kereta mewah serta mempunyai ibu bapa terkenal.
Pada mereka, ia kerana Harper mahukan privasi dan merasai pengalaman hidup biasa seperti kebanyakan rakan-rakannya.
Sekadar info, David dan Victoria Beckham berkahwin pada tahun 1999 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Brooklyn Joseph Beckham, 23, Romeo James Beckham, 20, Cruz David Beckham, 17 dan Harper Seven Beckham,11.
Khabar bahagia menyelubungi keluarga selebriti Indonesia, Lesti Kejora dan suami, Rizky Billar apabila penyanyi terkenal itu selamat melahirkan anak ketiga mereka dalam keadaan sihat.
Namun di sebalik momen penuh syukur itu, doktor yang mengendalikan proses kelahiran Lesti turut menitipkan pesanan penting yang membuat ramai wanita ‘terdiam seketika’—bukan kerana mengejutkan, tetapi kerana ia berkait rapat dengan kesihatan ibu dan risiko kehamilan seterusnya.
Kisah kelahiran Lesti Kejora ini bukan sekadar berita gembira buat peminat, tetapi turut membuka perbincangan penting tentang keadaan dinding rahim nipis yang boleh memberi kesan kepada kehamilan akan datang.
Dalam video yang dikongsikan menerusi saluran YouTube keluarga mereka, doktor yang merawat Lesti, dr Nana Agustina Sp.OG, mengucapkan tahniah kepada pasangan itu sebelum menyatakan nasihat yang jelas.
“Selamat ya buat semuanya. Alhamdulillah semua baik, aman insya Allah. Tapi udah cukup tiga lah ya, jangan nambah lagi. Cukup ya,” kata doktor itu.
Bukan sekadar ‘pesan biasa’ selepas bersalin, dr Nana kemudian menjelaskan sebab utama mengapa Lesti tidak digalakkan hamil lagi.
Menurut doktor, keadaan dinding rahim nipis yang sudah mula berlaku pada Lesti boleh menyebabkan kehamilan seterusnya menjadi lebih berisiko.
“Dinding rahimnya sudah mulai tipis, makannya tiga aja, jangan nambah lagi yah.”
Perkongsian itu serta-merta mengundang perhatian ramai, terutama golongan ibu yang memahami bahawa proses hamil dan melahirkan bukan sekadar soal emosi, tetapi turut melibatkan kekuatan tubuh dan ada waktunya tubuh perlu diberi ruang untuk ‘berhenti’ demi keselamatan.
Keadaan dinding rahim nipis sering dikaitkan dengan kehamilan berulang, pembedahan caesarean sebelum ini, atau tekanan pada rahim yang berlaku selepas beberapa kali bersalin.
Nota Keluarga: Nasihat doktor biasanya diberi berdasarkan pemeriksaan klinikal dan sejarah kehamilan atau persalinan seseorang. Setiap wanita berbeza sebab itu penting untuk rujuk pakar O&G bagi penilaian yang tepat.
Dalam masa yang sama, Rizky Billar turut berkongsi rasa terharu melihat puteri kecil mereka buat kali pertama. Menurutnya, bayi mereka kelihatan mirip anak sulung, Muhammad Levian Al-Fatih Billar (EL).
“Agak mirip abang EL sih, lebih dominan abang El. Tapi nggak tahu juga kayaknya berubah. Tapi kombinasi, ada lesung pipinya tadi,” katanya.
Bagi ibu-ibu, bab “mirip siapa” memang antara topik paling comel setiap kali ada kelahiran baharu hari ini nampak macam abang, esok mungkin “copy paste” ibu pula!
Untuk rekod, Lesti Kejora dan Rizky Billar menyambut kehadiran anak ketiga mereka pada Isnin, 23 Februari 2026.
Bagaimanapun, Billar hanya mengumumkan berita gembira itu beberapa hari kemudian iaitu pada Jumaat, 27 Februari 2026, menerusi perkongsian di media sosial.
Billar turut berkongsi momen menyentuh hati apabila dia mengadzankan bayi perempuan itu sebaik sahaja dilahirkan.
“Alhamdulillah telah lahir Putri kedua kami beberapa waktu lalu tepatnya pada tanggal 23 Februari 2026 dengan kondisi yang alhamdulillah sehat dan baik,” tulis Billar.
Sebelum ini, Lesti Kejora mengumumkan kehamilan anak ketiga pada 11 Oktober 2025 sekali gus menjawab spekulasi yang bertebaran ketika itu.
Malah Billar pernah menyebut hari perkiraan lahir (HPL) anak ketiga mereka juga jatuh pada bulan yang sama seperti dua anak terdahulu—iaitu Februari.
Uniknya, menurut Billar, ketiga-tiga anak mereka seakan ‘memilih’ bulan yang sama untuk hadir dalam keluarga.
Isu dinding rahim nipis yang disebut doktor sebenarnya membuat ramai wanita lebih peka tentang satu perkara: kehamilan bukan sekadar mahu, tetapi juga mampu dari sudut kesihatan.
Ada waktunya, seorang ibu perlu berhenti bukan kerana tidak sayang anak, tetapi kerana mahu terus hidup sihat untuk membesarkan anak-anak yang sudah ada.
Di sinilah peranan pasangan menjadi sangat penting—bukan menambah tekanan, tetapi menjadi pelindung, pendengar, dan sokongan utama kepada ibu yang telah melalui proses kehamilan dan kelahiran.
Kelahiran anak ketiga Lesti Kejora sememangnya berita menggembirakan buat peminat. Namun pesanan doktor mengenai keadaan dinding rahim nipis menjadi peringatan besar bahawa kesihatan ibu perlu sentiasa diutamakan.
Apa pun, ramai mendoakan agar Lesti diberikan pemulihan yang baik, kekuatan emosi sepanjang tempoh berpantang, dan puteri kecil mereka membesar sihat dalam limpahan kasih sayang keluarga.
Personaliti ini agak ‘sempoi’ tapi ciri-ciri orang ‘istana’ masih dikekalkan terutama bab protokol namun tetap terbuka dalam pergaulan. YM Tengku Loreta Tengku Dato Setia Ramli Alhaj juga sangat akrab dan rapat dengan anak tunggalnya. Sekali pandang dua beranak ini seolah-olah BFF yang ‘satu kepala’ dan sehati sejiwa.
“Aniq memang rapat dengan saya kerana sejak kecil lagi ke mana sahaja saya pergi pasti akan ada dia menemani. Usai mendirikan rumah tangga, saya ambil keputusan untuk duduk di rumah dan menjaganya. Kebetulan waktu itu berlaku krisis ekonomi dan saya antara yang dibuang kerja. Disebabkan tiada tawaran kerja, lebih baik saya fokus pada anak dan keluarga.”
“Waktu itu, saya sudah dedahkan Megat Aniq dengan aktiviti lasak seperti paintball, menembak (senjata 9mm), snorkelling, go kart, golf (single handicap) dan sebagainya. Dari kecil sehingga sekarang, minat tersebut bercambah dalam dirinya dan kini dia bakal mengambil lesen penerbangan di Melaka tak lama lagi.”
“Boleh dikatakan kami banyak berkongsi minat dan hobi yang sama. Kalau wanita lain ada ‘me time’ tetapi saya pula waktu ini mesti bersama dengan anak. Kalau ada masalah atau mahukan sesuatu pandangan, Megat Aniq akan terus tanya pada saya. Saya cuba beri yang terbaik untuk dia. Bukan bermakna saya mahu ‘spoilkan’ dia dengan kemewahan, tapi kalau ada duit banyak pun tak dibelanjakan tak guna juga kan,”ujar Tengku Loreta yang berpada-pada dan ada kouta dalam berbelanja.
Sejak kecil beliau sudah terapkan pada anak, kalau nakkan sesuatu dia kena hantar surat ‘permohonan’ terlebih dahulu.
“Tak kisahlah apa jua aktiviti mesti dapatkan persetujuan saya terlebih dahulu. Masih simpan lagi semua surat itu dengan typing error. Tapi yang saya ingin tekankan waktu itu adalah supaya dia berdisiplin.
“Malah, selepas habis bermain, Megat Aniq akan kemaskan kembali barangannya ke kotak asal tanpa perlu disuruh termasuklah saya ajar dia ada batas-batas dalam berkongsi barangan dengan orang luar. “
“Saya pernah tinggalkan dia 4 bulan kerana terpaksa bekerja di FUTURE ENERGY ASTANA EXPO 2017, Kazakhstan sebagai Ketua Protokol & PR Malaysia Pavillion dan waktu itu dia tengah belajar di sini, jadi tak boleh ikut sekali. Tetapi Aniq ada datang melawat saya bersama mengiring DYTM Raja Muda Selangor waktu itu ,” cerita Tengku Loreta lagi mengenai anak tunggalnya itu.
Pengerusi Pertubuhan Generasi Malaysia Berjaya (GENMAS) ini bagaimana pun tetap menerapkan elemen-elemen protokol dan juga pengetahuan mengenai susur galur keluarga mereka kepada anak tunggalnya itu.
“Anak saya turut diterapkan segala adat istiadat dalam istana. Dia juga tiada masalah dan mengikuti segala apa yang diajar. Jadi, mudah untuk dia bawa diri dalam istana selain dapat bergaul mesra dengan kerabat dari negeri lain,” jelas Tengku Loreta yang mengamalkan cara terbuka dan belajar bersama selain berkongsi minat yang sama dengan anak.
Dalam memastikan hubungan ibu-anak baik, ujar Tengku Loreta perlu jujur dan berfikiran terbuka. Belajar bersama dan boleh dengar dan terima pandangan anak muda.
“Selain itu, kami berkongsi minat yang sama termasuklah dalam sukan air, melancong, berkuda, main golf, bowling dan membantu kaum kurang upaya serta underprivileged kids.
“Ini memudahkan untuk saya rapat dan membina hubungan yang baik dengan anak. Walaupun Megat Aniq kini sudah masuk 19 tahun, namun usia itu tidak membataskan hobi dan minat kami. Bahkan, ada masa terluang kami akan buat sama-sama,” ulas Tengku Loreta lagi.
Aktif NGO dan CSR
Mengulas lanjut mengenai kerjayanya, Tengku Loreta yang kini sibuk dengan majlis pengiktirafan anugerah “Selangor Tremendous Achievement Recognition Awards (STAR Awards) 2018 untuk para usahawan di dalam pelbagai bidang di negeri Selangor. Selain itu, beliau juga aktif dalam NGO dan program CSR,
“Sejak dahulu lagi saya memang suka lakukan kerja amal. Terbaru saya baru selesai larian amal sempena bola sepak piala dunia Russia 2018 di mana DYMM Tengku Pemaisuri Selangor telah berkenan berlari sejauh 3km.
“Saya juga mengikuti program melawat setiap Raya, Deepavali, Krismas mahupun bila ada aktiviti khas untuk memberi sumbangan di hospital terutama Hospital Kuala Lumpur.
“Selain itu, saya turut membantu kanak-kanak kanser di KK3 ward kanser HKL, ibu tunggal, remaja bermasalah (School drop-out), melawat ke penjara Kajang dan sebagainya.
“Malah, kami juga ada buat charity bazar dan pelbagai lagi program lain dalam mengutip dana untuk mereka yang memerlukan,” selain sangat minat dengan benda-benda yang membabitkan alam sekitar.
Artikel selanjutnya boleh dapatkan di dalam Majalah Keluarga Edisi Sept-Oct 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.