Roti Jala Cicah Kaya Pandan Idea Sempena Hari Ibu. Gebu Dan Sedap!

Share

Hadiah merupakan satu simbolik terutama bila menyambut hari istimewa seperti hari ibu. Makanan juga boleh dijadikan sebagai hadiah.

Roti jala dan sekaya merupakan padanan menu yang sangat sedap dan sesuai dimakan bersama keluarga. Selain roti jala yang gebu, resipi yang dikongsikan oleh Nadia Sukiman

ini sangatlah mudah.

Roti Jala 

Bahan-Bahan:

  1. 3 cawan tepung gandum
  2. 3 cawan air
  3. Telur 1 biji
  4. 1 sdb minyak
  5. 1 sdb gula
  6. 1 sdk garam
  7. 2/3 sdb susu cair
  8. Sedikit pewarna

Sekaya

Bahan-Bahan: 

  1. 3 helai daun pandan +stgh cwn air ( blend)
  2. 1/2 biji telur
  3. 1 sdb susu pekat
  4. 1/2 cawan gula
  5. 1/2 cawan susu cair
  6. 1 sdb tepung jagung
  7. Pewarna hijau

Cara-Cara: 

– Sebatikan semua bahan-bahan dan kacau atas api kecil sampai likat.

Sumber: Nadia Sukiman

IKLAN