Roti Kukus Lembut Dan Mudah Nak Buat, Tambah Padu Cicah Dengan Seri Kaya!

Share

Roti kukus sentiasa menjadi kegemaran buat seisi keluarga. Makan panas-panas dengan cicah jem,pasti enak. Selain makan di restoran apa kata kita buat sendiri.

Nak tahu caranya ikuti perkongsian ini.

BAHAN-BAHAN:

Bahan A
* 250gm tepung roti
* 60gm gula
* 150ml susu segar
Bahan B
* 1 tsp instant yis
* 50ml minyak masak

PENYEDIANNYA

1. Campurkan bahan A dan uli sehingga sebati dan elastik.
2. Rehatkan selama 40 minit (tak nak rehatkan pon tak ape)

Masukkan tepung,kemudian masukkan pula gula..
Masukkan susu segar
Gaul sehingga sebati dan elastik. * lepas tu rehatkan 40 minit,tapi kalaw tak nak rehatkan terus masukkan jer bahan seterus nyer iaitu yis

3. Masukkan yis dan uli lagi sehingga sebati.

Masukkan yis dan uli lagi sehingga sebati.
Uli la sampai betul2 sebati yis tu yer….manual memang penat sikit uiiii,

4. Akhir sekali setelah yis dah sebati masukkan minyak masak dan uli sehingga doh betul2 elastik.

Lepas tu masukkan bahan terakhir iaitu minyak masak,dan uli sampai adunan betul2 elastik taw…

5. Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda.

Sediakan bekas lebih kurang macam ni,hakak tak ade bekas roti…so gune yang ni jela,
*jangan lupa lumur dulu keliling bekas tu dengan minyak masak dan letakkan kertas minyak yer supaya mudah roti kite nak keluar nanti.
Ha bolehlah nak dibentukkan membujur gitu…
Masukkan ke dalam bekas macam ni…dan rehatkan sehingga adunan naik 2 kali ganda.
Nampak tak bila adunan ni dah naik 2 kali ganda,nampak comel je kan..

6. Kukus selama 20 minit

So dah boleh la dikukus selama 20 minit. Hakak gune pengukus elektrik jer ni.

7. Sejukkan terlebih dahulu sebelum di potong.
8. Hidangkan bersama seri kaya.

Ok ini lah hasil nyer bila dah di kukus,tunggu sejuk dulu baru potong yer…
Cicah dengan seri kaya!

Selamat mencuba!

Sumber: Umie Nurhayati

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club.

IKLAN