Jika penat memandu salah satu lokasi yang menjadi tumpuan untuk berehat adalah Hentian Rehat dan Rawat atau R&R.
Lokasi tumpuan ramai ini sudah tentu memerlukan persekitaran yang bersih dan selesa untuk kemudahan awam. Selain itu, gerai buah-buahan dan makanan disediakan bagi yang ingin menjamu selera.
Apa yang menarik perhatian, baru-baru ini tular mengenai perkongsian seorang wanita Nurhidayah Jaafar yang memuji R&R Tapah. Katanya layanan penjual buah di sana bagaikan hotel bertaraf lima bintang.
Dalam pada itu, perkongsiannya itu turut mendapat sokongan wargamaya lain yang pernah mendapat layanan yang serupa.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Tadi saya berhenti makan di RnR Tapah, Perak. Di situ banyak gerai buah sepanjang laluan pejalan kaki menuju ke tandas dan surau.
Saya berhenti di satu gerai buah ini. “Beri nanas. Satu lagi, ermm honey Dew.”
“RM6 ya kak!” kata penjual itu.
Perkara yang menawan hati saya pada ketika itu, bukan pada buah yang dijualnya, tetapi adab dan budaya halusnya.
Ads
Sewaktu menyerahkan wang baki kepada saya, ini yang beliau lakukan.
1. Beliau menyusun 4 keping not satu ringgit dengan kemas dan sama aturannya.
2. Wang kertas itu menghadap ke arah mata saya. Seperti kita membaca. Tidak terbalik.
3. Beliau memegang wang dengan kedua-dua belah tangan.
4. Sambil menundukkan sedikit badan dan berkata, “Terima kasih.”
Wah! Saya beli buah je pun di RnR. Rasa macam dilayan oleh staf restoren hotel lima bintang.
Ads
Jika orang memberi kad bisnesnya supaya diingati, bagi saya penggerai buah itu sudah mempunyai ‘kad bisnes’ yang tersendiri. Iaitu adab dan budaya halusnya melayan pelanggan.
Dalam pada itu ramai wargamaya memuji penjual buah itu. Ada yang menyatakan adab begini perlu dididik dalam keluarga terutama kepada anak-anak.
Gelagat dua cahaya mata comel pelakon, Elfira Loy yang menconteng dinding membuatkan wargamaya cair dengan keletah mereka.
Mana tidaknya, dua beradik comel, Muhamad Rayyan Khalaf dan Nur Aria Mikayla terus sahaja meminta maaf sebaik disedari ibunya.
Menerusi Instagramnya, Elfira berkongsi cerita dua buah hatinya itu yang cukup bijak memberikan alasan namun buat ramai cair dengan jawapan kedua-duanya.
“Semalam ada cerita lagi. Tak taulah nak marah atau nak gelak tapi nak reflect pada diri betul ke apa yang saya ajar pada anak anak ni.
“So while ayah solat & mommy mandi, keluar je terus tengok dua beradik ni buat projek. Mommy hanya mampu beristighfar.
“Baru je nak mulakan hujahan seterusnya Rayyan and Aria terus cakap, “Sorry mommy, sorry ayah. I will cleanup okay, its okay its okay dont get angry. Later if you angry syaitan will become your fren, no good”,” kongsinya menerusi Instagram.
Tambah comel lagi dengan alasan Rayyan yang mahu bermain dan menemani adiknya.
“Okay fine. Mommy pun sambung, “Rayyan, Rayyan have to help mommy. You have to be my assistant, dont let adik do this kind of things”
“Rayyan pun cakap “But Mommy, you say i have to play with adik. I want to make adik happy.”
“Ok mommy pengsan. Mommy tak taulah nak cakap apa yang betul. At this point mommy kena recheck balik apa yang mommy cakap.
“Yang sweetnya, Rayyan still check “ Mommy, you still love me right even i make mistakes?,” tulisnya menerusi kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata pengikut setia pelakon cantik dan berbakat ini turut memuji didikan Elfira buat dua anaknya.
Elfira dan Faris berkahwin pada 1 Januari 2019 dan perkahwinan mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Muhamad Rayyan Khalaf pada Oktober 2019.
Untuk mommies yang ada anak dalam fasa merangkak, bolehlah join Baby Merangkak Race! Yuran penyertaan hanya RM20 dan anda akan menerima goodies istimewa.
Ada mak ayah yang merungut bila mana dikurniakan semua anak perempuan dan terus berusaha memiliki anak lelaki.
Jangan sesekali merasa kecewa atau juga rendah diri tanpa kehadiran seorang anak lelaki dalam keluarga bahagia anda. Sebenarnya anda patut rasa bangga.
Paling penting, jangan sesekali rasa tertekan bila anda tidak punya anak lelaki seperti orang lain. Yakinlah rezeki setiap orang berbeza-beza.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan,lalu dia bersabar dengan karenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
Antara kelebihan yang anda perlu tahu adalah:
1. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, para malaikat akan beristighfar untuknya.
2. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
3. Mempunyai tiga orang anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
4. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
5. Ibubapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takut akan Allah dan orang yang takut akan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6.Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Bayangkan kesemua anak perempuan anda yang setiap hari mendoakan ibu dan bapanya.
7. Apabila ibu dan bapa diuji dengan sesuatu perkara daripada anak-anak perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
8. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
9. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
Bagaimana Seorang Ayah Patut Didik Anak Perempuan
1. Seorang ayah mesti tunjukkan contoh tauladan dan sikap yang baik buat anak perempuannya.
2. Ajar anak perempuan menjadi anak yang sopan serta pandai menjaga akhlak dirinya.
3. Menutup aurat? Ini hal yang sangat penting ayah kena lakukan. Wajib!
4. Tunjukkan contoh bagaimana menjadi orang yang menghormati orang lain serta pandai menjaga hati orang lain ketika bercakap.
5. Ayah harus ajar anak perempuan jadi lebih kuat, percaya dan yakin pada diri sendiri.
6. Walaupun anak perempuan nampak manja dan agak penakut tetapi penting untuk seorang ayah menanamkan kata-kata semangat supaya jadi lebih berani.
7. Ketika anak perempuan mula belajar berjalan, ayah kena jadi lebih kuat dalam memberikan kata-kata semangat supaya anak berani melangkah walaupun berisiko untuk jatuh.
8. Anak perempuan memang anak yang manja. Mereka suka disayangi dan dimanjakan walaupun sudah besar.
9. Sentiasa berikan mereka perhatian, konsisten ucapkan ‘ayah sayang kamu’, percayalah anak perempuan anda akan membesar menjadi anak yang berjaya dan bahagia.
10. Ayah wajib jadi pelindung setiap saat hingga akhir hayatnya!
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Statistik menunjukkan bahawa satu daripada enam kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah kesihatan mental, dan kadar ini telah meningkat dua kali ganda sejak tahun 2019.
Sebagaimana menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2023: Penyakit Tidak Berjangkit dan Permintaan Jagaan Kesihatan, beban masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dari kawasan bandar adalah lebih tinggi berbanding mereka yang berada di luar bandar.
Laporan Institut Kesihatan Umum itu, yang diterbitkan pada 2024, mendedahkan bahawa 46 peratus kanak-kanak mempunyai masalah dengan rakan sebaya, 25 peratus mempunyai masalah tingkah laku, 17 peratus mempunyai masalah emosi dan lapan peratus mempunyai masalah hiperaktif manakala lebih ramai kanak-kanak perempuan mengalami masalah kesihatan mental berbanding lelaki.
Kajian itu membabitkan 2,400 kanak-kanak berumur lingkungan lima hingga 15 tahun dan maklumat dikumpul daripada ibu bapa atau penjaga responden.
Memetik laporan Bernama, Pensyarah Kanan merangkap Ahli Psikologi Klinikal Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia (PsiTra) Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Hilwa Abdullah @ Mohd Nor berkata, impak pandemik Covid-19 yang memaksa masyarakat ‘berkurung’ di rumah memberi kesan kepada masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak ketika ini.
Beliau berkata, kanak-kanak adalah golongan yang mudah terjejas dari segi emosi terutama apabila berdepan perubahan gaya hidup kerana mereka masih muda dan mempunyai batasan dalam aspek mengawal emosi serta tekanan.
“Imbas kembali ketika pandemik, kita mengalami perubahan gaya hidup yang drastik iaitu batasan pergerakan serta aktiviti perlu dilakukan secara dalam talian termasuk sesi pembelajaran dan kanak-kanak ini perlu menghadapi cabaran dunia maya.
“Batasan itu menyebabkan mereka tidak boleh meluahkan emosi sehingga menyebabkan kemurungan yang cenderung mencederakan diri sendiri… fitrah kanak-kanak suka bermain dan melakukan aktiviti fizikal di luar tetapi apabila mereka terpaksa duduk di dalam rumah, sebagai contoh, main permainan dalam talian dan media sosial, ini antara faktor golongan ini semakin rapuh dari segi emosi dan mereka juga tidak tahan lasak,” katanya.
Dr Hilwa berkata, pengaruh media sosial juga memberikan impak besar dan tekanan kepada kanak-kanak antaranya mereka akan cenderung membuat perbandingan sosial, fenomena FOMO (perasaan takut apabila ketinggalan daripada perkembangan semasa) serta obsesif atau penatalan kompulsif.
GAJET BERLEBIHAN
Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Inovasi) Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Intan Farahana Abdul Rani pula berkata, antara punca masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak ialah penggunaan gajet secara berlebihan.
Beliau berkata, ini mengakibatkan mereka kurang berinteraksi secara sosial dan fizikal manakala faktor lain termasuk persekitaran pendidikan yang kompetitif dengan jangkaan penjaga terlalu tinggi terutama apabila kanak-kanak tidak diberi ruang bermain atau berehat.
Dalam pada itu, katanya lagi, persekitaran keluarga yang tidak stabil termasuk konflik antara ibu bapa, perceraian atau pengabaian emosi dan trauma awal kanak-kanak kerana menghadapi kes penderaan atau kemalangan juga antara faktor masalah kesihatan mental.
“Faktor-faktor ini jika tidak ditangani dengan baik boleh mempengaruhi emosi dan tingkah laku kanak-kanak dalam jangka panjang,” katanya
Dr Intan Farahana berkata, pengesanan awal adalah kunci utama dalam menangani isu kesihatan mental kanak-kanak dan ibu bapa perlu peka terhadap sebarang perubahan dalam tingkah laku, emosi serta tabiat harian anak-anak.
Sebagai contoh, perubahan corak tidur, hilang minat terhadap aktiviti kegemaran, kerap menangis atau cepat marah boleh menjadi tanda-tanda awal.
Beliau berkata saringan bagi aspek perkembangan emosi itu boleh dilaksanakan melalui Pusat Data Kanak-Kanak Kebangsaan dari NCDRC, UPSI yang mengumpulkan data golongan berkenaan serta diisi oleh pendidik membabitkan kanak-kanak di bawah usia empat tahun. – Bernama
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.