Rug Hiasan Buat Guna Tali. Cantik Sangat & Sesiapa Pun Boleh Buat Kalau Tahu Tocang Rambut!

Share

Memastikan mood dan suasana di rumah nampak tenang, cantik dan berkarakter, tidak dinafikan dengan menghadirkan mini rug atau permaidani menghiasi kemasan lantai memberi impak yang hebat.

Buktinya, lihat sahaja seperti mana perkongsian dekorasi di rumah  Puan Qynn Shikin ini. Cukup istimewa dan memukau!

Bahkan apa yang lebih mengujakan, rug tersebut dibuat hasil sentuhan peribadi selama 5 hari untuk menyempurnakannya.

Buat anda  yang ingin juga mempunyai rug yang cantik seperti ini, bolehlah cuba untuk hasilkannya.

Langkah demi langkah :

1. Relaikan tali ikut panjang mana yg korg boleh anyam jadi tocang. Kasi sama ukuran untuk setiap helai tali.

2. Doublekan setiap helai. Sebab tali ni halus kalau tak doublekan kecik beno anyamannya. Bila kata kena doublekan itu bermakna kita memerlukan 6 helai setiap anyaman.

3. Ikat hujung tu, ok dah boleh anyam, dandan atau tocang.

4. Ni rupanya ye. Ikutlah nak ikat kat mana pon hujung tu startlah anyam sampai habis.

5. Masa ni sabar korang mungkin teruji dengan tali bersimpul-simpulnya, dengan anak kejap nak makan, kejap nak berak. So sabar, tarik nafas. Nanti lama-lama korang tau camne nak handle tali.

6. Untuk carpet ukuran 100cm/1 meter, korang perlukan sekurang-kurangnya 10 ketul ye. So akak nasihatkan korang anyamlah sampai sudah.

7. Ni rupa kain felt, boleh je guna pelapik putih yang orang guna buat leher tu tapi cari yang keras. Boleh cari kain ni di kedai jahit atau online.

8.Gam ler tali jute yang sudah siap dianyam tu ke kain pelapik.Pusing-pusing..pokok mulberry pokok mulberry. Ikutlah nak buat design ape corak ape. Guna gam panas@hot glue gun.

9. Haa dah nampak rupanya so lawa.

10 Step seterusnya, bulat-bulat tu pelan lah ukur. Salah ukur memang spoil lah. Benda rumit sikit.

11. Kemaskan belakang tu. Lubang-lubang tu kena potong/ trim kasi kemas.

12. Memang dia ada bulu-bulu halus tu, tak kasar dan tak lembut sangat. Oklah sekadar perhiasan.

Sumber : Qynn Shikin 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN