HomeKekeluargaan“Rumah Adalah Sekolah Pertama Untuk Anak-Anak.” – Mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr...
“Rumah Adalah Sekolah Pertama Untuk Anak-Anak.” – Mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik Titip Motivasi Isu Pdpr, Cabaran Normal Baharu Ini.
Umum mengetahui bahawa kini, sesi persekolahan terpaksa ditunda pada 20 Januari 2021 ekoran peningkatan kes wabak ini.
Rentetan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) berbanding persekolah secara bersemuka bagi menyekat penularan wabak ini.
Langkah ini merupakan satu situasi yang sukar kepada semua pihak termasuk ibu bapa. Pelbagai permasalah yang tular di media sosial berkaitan dengan PdPR ini. Tidak dinafikan usaha ini ada pro dan kontra.
Dalam pada itu, pelbagai usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah termasuk membantu golongan ibu bapa yang kurang bermampuan termasuk menyediakan bahan pembelajaran di sekolah secara pandu lalu, datang ke rumah memberi bahan pengajaran dan pelbagai insiatif lain.
Namun bak kata perpatah, alah bisa, tegal biasa, normal baharu ini harus diteruskan demi memastikan anak-anak tidak tercicir dengan pendidikan. Usah merungut atau menunding jari , terus ke depan demi anak-anak.
Menerusi perkongsian video Kak Long Kongsi di facebook, Keluarga, Mantan Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr Maszlee Malik menitipkan nasihat mengenai PdPR agar ibu bapa terus bermotivasi untuk menghadapi cabaran normal baharu ini.
Ads
“Ibu bapa yang mempunyai anak pastinya sedang mengikti PdPR sedang bergelut dan berusah agar memastukan anak dapat mengikuti pelajaran dengan baik. Situasi yang yang kta tidak pernah alami. Saya yakin semua ibu bapa prihatin untuk masa depan anak,” ujar dalam program Kak Long Kongsi, Keluarga.
Dalam tempoh ini, beliau juga turut menasihati ibu bapa agar sentiasa mendidik anak minat membaca dan menjadikan sesi dalam pembelajaran dalam talian yang mengembirakan walaupun ada cabarannya.
“Saya yakin anak-anak akan bosan ikuti kelas talian. Begitu juga dengan guru yang perlu melakukan persiapan dan bercakap. Tapi penghujungnya ia untuk kebaikan anak-anak dan juga negara.
BAHAN ILMU YANG BERKUALITI
Ads
Beliau juga mengingatkan ibu bapa agar sentiasa memberikan kata-kata semangat untuk menuntut ilmu dan belajar. Ingatkan juga anak-anak dengan bahan-bahan pendidikan yang berkualiti di youtube. Juga mencadangkan laman sophia.my yang menyediakan pelbagai pengisan kelas-kelas menarik yang telah disediakan oleh guru yang berbakat untuk manfaat anak-anak.
“Galakkan juga anak-anak untuk menonton berita atau dokumentari di televisyen, rancangan bermanfaat dan sentiasa timbulkan fikiran yang kritis dengan bertanyakan soalan kenapa, bagaimana dan sentiasa berbicara dengan anak-anak.”
RUMAH MERUPAKAN SEKOLAH PERTAMA
Ads
Menyedari bahawa pentingnya ilmu, beliau menyarakan ibu bapa menjadikan rumah sebagai sekolah pertama untuk mendidik anak-anak.
“Jadikan peluang di rumah adalah untuk jadikan rumah sebagai sekolah pertama untuk anak-anak. Yang penting titipkan nilai-nilai mulia, kemahiran yang diperlukan dan akhlak yang terpuji di rumah,.
“Ibu bapa dan guru-guru boleh lakukan semua ini. Anak-anak pula di rumah sentiasa dengar nasihat ibu bapa dan guru. Juga sentiasa minat membaca dan jangan jemu membaca buku,” ujarnya mengakhiri perkongsian bermanfaat ini.
IKUTI LANJUT VIDEO ULASAN MANTAN MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA, YB DR MASZLEE MALIK.
Sumber: Video Kak Long Kongsi, Keluarga
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memahami hati seorang wanita bernama isteri sebenarnya tidaklah rumit. Apa yang mereka ingini adalah berasa selamat, ingin rasa ada ikatan emosi dan yakin bahawa ada suami disisi yang akan bersama mereka untuk seumur hidup.
Namun tidak semua suami memahami dan menganggap isteri terlalu manja dan mahukan perhatian setiap masa. Padahal mereka hanya mahu seorang suami lebih peka dengan mereka. Si isteri inginkan perhatian. Mereka ingin disayangi.
Apabila suami asyik sibuk fokus pada kerja mahupun minat sendiri menyebabkan isteri rasa terabai dan itu yang menimbulkan konflik dalam diri. Akhirnya yang menjadi mangsa adalah anak-anak.
Perkongsian dari Ustaz Ebit Lew akan satu kisah suami ini cukup menyentuh hati. Bagaimana seorang suami meminta bantuan dalam menangani si isteri yang suka marah-marah dan menjerit pada anak-anak.
Ini antara saranan Ustaz Ebit Lew kepada para suami yang selalu menjadi punca isteri selalu marah. Berikut perkongsiannya.
Memahami hati isteri yang selalu marah dan menjerit pada anak-anak.
Seorang suami minta nasihat mengenai isterinya. Isterinya asyik marah anak-anak. Anak saya 3 orang ustaz. Isteri asyik mara dan jerit pada anak-anak. Terasa kasihan pada anak-anak. Terasa tiada hari anak-anak tak kena marah. Kadang-kadang saya tengok isteri saya sayang yang kecil jer. Kakak sulung asyik kena marah jer. Semua salah kakak besar.
Saya takut anak jadi trauma. Dia kalau menjerit atau marah saya rasa nak lari rumah. Kalau saya cuba pertahankan anak saya. Dengan saya-saya kena marah.. Abang nak tahu tak Allah sayang abang. Bila saya dengar ketua keluarga ingin bertanya soalan begini tandanya dia seorang yang baik dan bertanggungjawab. Abang nak bantu dan selesaikan.
Sebenarnya selalu wanita tanya masalah suka cubit dan marah anak-anak. Bila saya dengar saya terus tanya ada bincang dengan suami..itu antara punca utama.
Abang nak tahu tak sebenarnya bukanlah kita nak salahkan sesiapa. Selalunya wanita yang selalu marah-marah anak dan tak boleh kawal emosinya kerana dia dahagakan perhatian dan cinta suaminya.
Dia rindukan suaminya. Dia ingin suaminya bersamanya. Isteri kita wanita yang Allah jadikan sensitif. Jiwa mereka lembut. Mereka dahagakan kasih sayang dan rasa kebersamaan dalam membuat segala urusan rumahtangga.
Wanita ini bila kita dah dapat hati dia. Semuanya akan jadi superb. Juta-juta kali lebih layanan dan kasih sayangnya kepada suami dan anak-anak. Bila dah terluka dan sakit semuanya berubah… Kita perlu sedar.
Dia bukan bibik kita. Dia bukan orang gaji kita. Mereka wanita yang kita nikahi maksudnya ingin kita cintai,sayangi, bimbing dan pembantu kita sehingga syurga Allah. Mereka bukan milik kita. Mereka amanah Allah.
Sebab tu kata ulama pintu agama sebuah keluarga ialah ayah. Pintu agama buat anak-anak ialah ibu. Jika kita membimbing isteri kita dengan Islam dengan cinta dan sayang insyaAllah isteri kita akan bimbing anak-anak kita Islam dengan cinta dan sayang. Mereka dahagakan belaian dan kasih sayang.
Peluk mereka. Sayangi mereka. Lihatlah nanti mereka akan peluk dan sayang isteri & anak-anak-ebitlew #keluargasunnahPerlis
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Indah Sungguh Bicara, Rasa Nak Peluk Ustazah Erat-Erat.” Nasihat Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa Undang Sebak Netizen
Hati mana yang tidak sebak apabila menghadapi masalah dalam kehidupan terutama dengan pasangan.
Ya! Semua pasangan ingin bahagia hingga ke hujung usia. Namun pertelingkahan itu tetap berlaku dalam sebuah perkahwinan.
Tidak dinafikan ada yang meluahkan di media sosial. Mungkin dirasakan itu sebagai cara untuk meluahkan isi hati dan mahu mendapat semangat baru. Tidak dinafikan ada rakan-rakan yang akan memberi kata-kata motivasi.
Bagaimanapun tanpa kita sedar, ia memberi kesan kepada kehidupan kita apabila kisah rumahtangga diketahui oleh orang luar.
Tidak dinafikan kita berdoa mengadu semua terjadi kepada NYA. Namun kita lupa juga bahawa kita seharusnya berserah sepenuh kepadanya tanpa perlu berbicara kepada ‘dunia luar’ tentang rumahtangga kita.
Ikuti bicara indah mengenai sepenuhnya berserah diri kepada NYA tanpa perlu perlu menjelaskan semuanya kepada ‘dunia luar’.
Nyata dalam hal ini kita perlu belajar tawakkal kepada Alllah dan menguruskan ikhtiar dengan memohon pertolongan kepada Allah SWT.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Tidak semua perkara mampu dijelaskan. Tidak semua perkara juga mampu difahami oleh setiap orang. Kerana ‘mengalami ‘ dan ‘ tidak mengalami’ itu bezanya amat besar.
Belajarlah Tawakkal kepada Allah. Menguruskan ikhtiar hidup sesuai dengan dengan ujian atau persoalannya , dengan memohon pertolongan Allah SWT. Tidak semua yang kita mahukan akan berlaku. Allah Yang Maha Besar.
Bertawakkal lah. Kadang-kadang lebih mudah menerima kita diaibkan.. kerana kita sudah siap memberikan kemaafan dan doa yang tulus untuk mereka , daripada kita yang mengaibkan kerana tidak mudah untuk mendapatkan kemaafan orang lain.
Banyak prinsip hidup yang ustazah pelajari daripada pengalaman . Banyak yang mahu diluahkan di hadapan makhluk …tetapi memilih untuk meluahkannya di hadapan Khaliq kerana yakin segalanya dalam genggamanNYA.
Bertenanglah, nikmati hidup pada sisi yang mendamaikan hati kita. Adapun , ribut-ribut kecil yang Allah hadapkan, laluilah sementara ia berlalu pergi.
Tidak ada taufan yang berkekalan. Banyak tamadun yg bangkit lebih gagah selepas keruntuhan. Dengan mengingati Allah , hati akan menjadi tenang.
Jika hari cuti, anak-anaklah adalah yang paling gembira. Mana taknya bagi, ibu ayah yang bekerja, inilah masa untuk mereka luangkan masa bersama ibu ayah yang sibuk dengan rutin harian dan anak-anak pula dengan perihal sekolah. Ketika cuti beginilah, ibu bapa harus spend time dengan anak-anak walaupun di lokasi yang biasa-biasa aje. Apa yang pasti, sebagaimana penjelasan Doktor Taufik Razif, membahagiakan ahli keluarga, adalah pencetus rezeki kian melimpah.
Beliau juga menambah bahawa percutian bercuti tak perlu ke lokasi mahal. “Pergi playground atau ke kebun pun dikira bercuti dah tu. Asalkan kita spend masa berkualiti dengan anak anak je.”
Jom kita semak perkongsian beliau yang bermanfaat ini.
Wahai suami, Bawalah anak dan isterimu bercuti
Ya, ku tahu kamu sibuk ke sana ke sini.Pening dengan urusan mencari rezeki.
Tapi ketahuilah wahai suami. Anakmu itu rezeki
Isterimu juga rezeki. Mereka lebih berhak untuk disyukuri
InsyaAllah suami yang membahagiakan ahli keluarga. Akan dilancarkan urusannya.Akan dimudahkan pekerjaannya.Akan dimurahkan rezekinya
Bahagiakanlah keluarga.Ketika mereka masih ada.Gembirakan mereka. Ketika mereka masih di sisi kita.
Jangan sampai ianya menjadi penyesalan buat diri. Ketika mereka sudah tiada disisi.
Semoga menjadi manfaat bersama untuk membentuk keluarga yang harmoni dan bahagia.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di