Bebanan dan kesusahan hidup yang ditanggung akibat setahun berperang dengan pandemik Covid-19, kini semakin ramai terjejas teruk dari segi sumber pendapatan. Ada yang terpaksa mengikat perut dek kerana hendak makan pun terasa susah. Lantaran itu, ada keluarga yang terpaksa meminjam wang pada keluarga terdekat untuk membeli barang dapur, ada juga yang meminjam beras dari jiran bahkan ramai juga telah diusir dari rumah sewa kerana gagal membayar duit bulanan. Semua ini cukup memeritkan untuk ditanggung.

Pun begitu, bila ada bantuan yang diberikan oleh kerajaan sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri Mahiaddin Yassin baru-baru ini, dapatlah menarik nafas lega. Antaranya bantuan yang boleh dimanfaatkan adalah bilamana KWSP akan membenarkan penyimpan untuk melakukan pengeluaran melalui program pengeluaran baharu iaitu i-Citra.

Ahli KWSP Boleh Keluarkan Wang Sehingga RM5,000 Lagi. Begini Cara Mudah Untuk Memohon!

Katanya, pengeluaran dibenarkan sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan ahli.

Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran di portal i-Citra bermula 15 Julai 2021 dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan ke akaun ahli pada Ogos 2021.

Ahli KWSP Boleh Keluarkan Wang Sehingga RM5,000 Lagi. Begini Cara Mudah Untuk Memohon!

Program itu bagi meringankan beban seramai 12.6 juta yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

APAKAH I-CITRA KWSP?
Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

Semua ahli di bawah umur 55 tahun layak untuk memohon i-Citra, yang membolehkan mereka mengeluarkan sehingga maksimum RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki di kedua-dua Akaun 1 dan 2.

Bayaran sebanyak RM1000 sebulan untuk tempoh sehingga 5 bulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50.

IKLAN

SYARAT KELAYAKAN
Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan;

Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar dapat mengekalkan status sebagai ahli KWSP serta layak untuk mendapat manfaat yang berkenaan. (Manfaat Bantuan Kematian & Bantuan Hilang Upaya)

JUMLAH / AMAUN PENGELUARAN YANG BOLEH DIKELUARKAN
Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar untuk tempoh sehingga lima bulan dengan bayaran bulanan sebanyak RM1000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50.

Berikut syarat terperinci:

-Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
-Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
-Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
-Bayaran minimum adalah RM50
-Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
-Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)

TARIKH PERMOHONAN
Permohonan boleh dibuat mulai 15 Julai 2021 hingga 30 September 2021.

CARA PERMOHONAN I-CITRA KWSP
Ahli boleh mula memohon kemudahan tersebut di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.

IKLAN

Nombor telefon bimbit yang telah dikemas kini untuk menerima Transaction Authorisation Code (TAC) dan akaun bank peribadi aktif diperlukan untuk memudahkan proses permohonan.

TARIKH PEMBAYARAN DIBUAT
Bayaran sebanyak RM1000 sebulan untuk tempoh sehingga 5 bulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50.

Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021.

Untuk maklumat lebih lanjut, ahli boleh merujuk laman web KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ms/i-citra

Ahli KWSP Boleh Keluarkan Wang Sehingga RM5,000 Lagi. Begini Cara Mudah Untuk Memohon!

Selain itu, Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi terus dilaksanakan untuk memberi manfaat kepada yang terkesan akibat Covid-19 ini dan ini ringkasannya untuk memudahkan anda.

IKLAN

1. BPR sehingga RM500 pada bulan Julai. Bayaran dimulakan secara berperingkat mulai 29 Jun. BPR fasa ketiga dengan kadar bantuan antara RM100 hingga RM1,400 akan dibayar pada bulan September nanti.

2. GKP 3.0 : RM500 pada bulan Julai 2021

3. GKP 4.0 : RM500 pada September 2021 dan RM500 pada November 2021

4. Program i-Citra dibuka pada 15 Julai 2021 nanti

5. Moratorium 6 bulan, boleh mohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik.

Sumber : Bernama& KWSP

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Ahli KWSP Boleh Keluarkan Wang Sehingga RM5,000 Lagi. Begini Cara Mudah Untuk Memohon!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI