Lepas makan berat mesti mengidam pencuci mulut yang sedap dan mudah kan? Luk Chup merupakan kuih Tradisional dari negara Thailand ini boleh dijadikan sebagai pencuci mulut atau manisan yang enak.

Lebih menarik, selain bentuknya yang kecil dan comel, kuih Luk Chup ini juga boleh dibuat dengan pelbagai bentuk mengikut kreativiti sendiri.

Ikuti perkongsian Aisyah Wahab bagi bagi resipi ini yang juga enak dimakan bagi seluruh peringkat usia kerana teksturnya yang lembut dan berlemak manis.

Unik Dan Comel. Mudah Rupanya Nak Buat Luk Chup Pencuci Mulut Thai Ni

Resipi Lain:

Resipi Ayam Goreng Garing Diluar Tapi Juicy Di Dalam. Masukkan 3 Bahan Ini Sahaja

Soto Ayam Kuah Pekat Dan Rasa Berempah, Begini Resipi & Tip Nak Buatnya!

Sup Wantan Homamade, Dah Boleh Buat Sendiri Ikut Resipi Wanita Ni Kongsikan!

Kuih Luk Chup

Bahan-bahan:

IKLAN

Bahan A

1. Kacang hijau (tanpa kulit) -1/2 kg

2. Gula pasir-1/2 kg

3. Daun pandan

4. Secubit garam

5. Lidi

IKLAN

6. Santan (pilihan) untuk rasa lebih sedap tapi tak tahan lama

Bahan B

1. Agar-agar paket (serbuk) 1 paket-25 gram

2. 8 cawan air

3. 2 cawan gula didih (masak atas dapur sehingga mendidih)

Unik Dan Comel. Mudah Rupanya Nak Buat Luk Chup Pencuci Mulut Thai Ni

IKLAN

Cara Penyediaan:

-Basuh kacang sampai bersih.

-Rebus kacang sampai betul-betul empuk.

-Carik-carikkan daun pandan.

-Kacang dah empuk baru masukkan gula, kacau sampai melekit/melikat, api perlahan sampai jadi macam doh, nanti kena sejukkan untuk proses seterusnya.

-Mula buat bentuk buah, mengikut kreativiti masing-masing.

-Cucuk lidi pada buah dan warnakan dengan pewarna yang dicampur dengan sedikit air.

-Bila warna dah agak kering celupkan kedalam agar-agar supaya nampak bersinar, ulang sehingga 3-4 kali supaya salutan agar-agar lebih tebal.

Sumber: Aisyah Wahab

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI