Sedapnya dapat  menikmati sup wantan  ketika cuaca sejuk begini. Tapi hendak keluar rumah untuk mencari sajian ini terasa tiada mood pula. Jadi apa kata anda sediakan sendiri menu sup wantan ini untuk dijadikan menu istimewa untuk keluarga.

Apatah lagi untuk menyediakannya tidaklah susah, bahkan teknik membentuk wantan menjadi cantik berseni juga cukup ringkas. Ini sepertimana perkongsian cara dan resipi oleh Zurina Zulkefli bolehlah dijadikan panduan.

Sup Wantan Homamade, Dah Boleh Buat Sendiri Ikut Resipi Wanita Ni Kongsikan!

 

Sup Wantan

Bahan inti:

Daging ayam kisar jenama Ramly

Kulit wantan

Lobak merah – cincang

IKLAN

Daun bawang – hiris

Tepung jagung – 1 sudu makan

Kiub pati ayam – separuh

Campurkan semua sekali dan gaul sebati

Bungkus inti menjadi wantan

Langkah 1 : Letakkan satu sudu bahan inti di tengah-tengah kulit wantan.

Sup Wantan Homamade, Dah Boleh Buat Sendiri Ikut Resipi Wanita Ni Kongsikan!

IKLAN

Langkah 2 : Lipat kulit wantan menjadi tiga segi seperti di dalam gambar.

Sup Wantan Homamade, Dah Boleh Buat Sendiri Ikut Resipi Wanita Ni Kongsikan!

Langkah 3 : Ambil bucu kiri dan kanan dan cantumkan seperti di dalam gambar.

Sup Wantan Homamade, Dah Boleh Buat Sendiri Ikut Resipi Wanita Ni Kongsikan!

Cara memasak:

1.Panaskan 3 cawan air dan masukkan separuh kiub pati ayam

IKLAN

2.Masukkan wantan dan rebus sehingga masakSup Wantan Homamade, Dah Boleh Buat Sendiri Ikut Resipi Wanita Ni Kongsikan!

3.Sediakan mangkuk hidangan, masukkan sesudu minyak bawang putih, sesudu minyak bijan, 2 sudu kicap cair dan hirisan daun bawang. Kemudian tuangkan air rebusan wantan ke dalam mangkuk.

4.Akhir sekali boleh masukkan wantan.

5.Sedia dihidang.

Sup Wantan Homamade, Dah Boleh Buat Sendiri Ikut Resipi Wanita Ni Kongsikan!

Ini kicap cair dan minyak bijan yang saya guna untuk masakan

Sup Wantan Homamade, Dah Boleh Buat Sendiri Ikut Resipi Wanita Ni Kongsikan! Sup Wantan Homamade, Dah Boleh Buat Sendiri Ikut Resipi Wanita Ni Kongsikan!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI