Siapa yang suka makan Soto bolehlah cuba resepi yang enak ini. Pasti akan makan menambah ketika menikmatinya. Apa tidaknya lihat sahaja kuahnya supnya yang nampak menyelerakan ditambah pula dengan sambal kicap, pegedel, ayam yang dicarek dan ramuan lainnya benar-benar menjadikan hidangan soto ini tidak sabar dinikmati andai terhidang di atas meja.

Oleh itu, bolehlah dicuba hari ini untuk dijadikan menu istimewa dan bolehlah juga disediakan ketika bulan Ramadan nanti sebagai antara juadah untuk berbuka seisi keluarga.

Soto Ayam Kuah Pekat Dan Rasa Berempah, Begini Resipi & Tip Nak Buatnya!

Resipi Kuah Soto (resipi ni untuk 2 liter air/ 6 orang makan)

1 inci lengkuas

1 inci halia

4 biji bawang merah besar (Kalau banyak lagi sedap)

1 ulas bawang putih

1 biji buah keras

*blend semua bahan di atas

Ayam potong besar sebab nak carik

2 batang serai (diketuk)

IKLAN

Minyak untuk menumis

Serbuk sup Adabi (kalau sepeket kecik, guna separuh

Serbuk kurma adabi (Guna separuh juga)

1 kiub ayam

Akar daun sup (potong dan cuci bersih)

2 liter air

Soto Ayam Kuah Pekat Dan Rasa Berempah, Begini Resipi & Tip Nak Buatnya!

Ekstra tip : Jika tidak mahu guna serbuk sup/kurma guna saja rempah soto. Saya kadang guna rempah soto sahaja boleh dapat kan jenama apa saja. Bahan lain jangan ubah ya. Tetap sama. Tu kuah boleh jadi pekat. Jangan bergantung dengan rempah semata-mata.

IKLAN

Cara masak:

1.Tumis bahan blend, serai dan akar daun sup sehingga naik bau/betul-betul masak/sedikit garing. Supaya bawang semua tu tak rasa mentah di kuah nanti. Bila masak elok kuah akan jadi wangi.

2.Masukkan serbuk sup dan kurma / rempah soto.

3.Masukkan ayam. Agak-agak air ayam sudaa hampir kering baru masukkan air.

4.Masukkan kiub ayam, perasakan gula garam. Renehkan sehingga ayam masak elok. Angkat ayam dan toskan (untuk dicarik nanti)

5.Siap!

Resipi Begedil kentang

Soto Ayam Kuah Pekat Dan Rasa Berempah, Begini Resipi & Tip Nak Buatnya!

IKLAN

5-6 biji ubi kentang -potong kecil dan direbus kemudian lenyekkan. Masukkan hirisan daun sup dan bawang goreng. Bulat-bulatkan dan leperkan sedikit.

1 biji telur

lada sulah

Garam secukup rasa

Pecahkan telur, masukkan garam dan lada sulah. Godek laju supaya bila goreng nanti jadi macam bersarang.

Ekstra Tip : Cara goreng begedil supaya tidak  hancur, panaskan minyak agak-agak tenggelam separuh begedil sahaja. Jangan penuh. Panaskan dengan api yang kecil sehingga betul-betul panas. Celup begedil dalam bancuhan telur dan kemudian goreng. Jangan rajin nak balik-balikkan selagi yang sebelah kena minyak tu tidak garing/kekuningan. Apabila sudah garing baru balikkan. Jika balikkan awal-awal memang pecah.

Sumber : Amalia Fatini

 

  • Soto Ayam Kuah Pekat Dan Rasa Berempah, Begini Resipi & Tip Nak Buatnya!Jadi jom daftarkan anak-anak anda ke program ini. Hubungi admin Nor (018-7717491) & Kim (019-3524493) atau KLIK DI SINI UNTUK DAFTAR

     

    Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

    Soto Ayam Kuah Pekat Dan Rasa Berempah, Begini Resipi & Tip Nak Buatnya!

 

 

.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI