Menu nasi ayam diakui menjadi antara menu kegemaran ramai. Pun begitu ada orang lebih suka Nasi Ayam Hainan berbanding Nasi Ayam biasa dek kerana ayamnya direbus dan ini menjadikan ianya lebih juicy.

Mudah juga untuk anak-anak menikmatinya berbanding nasi ayam biasa di mana ayam perlu digoreng atau dibakar.

Jadi jika ada yang teringin untuk menikmati Nasi Ayam Hainan ini, boleh buat seperti resipi yang dikongsikan oleh Mizzmoon Moonyang dapat meraih perhatian warganet yang tercari-cari menu istimewa untuk dihidangkan kepada keluarga.

 

Nasi Ayam Hainan

Nasi Ayam Hainan, Perkongsian Resipi Dari Mizzmoon Moon Dapat Pujian Warganet!

Sambal cili

Sambal halia,bawang putih,daun bawang

Sup bebola ayam

Bok choy sos tiram

Bahan rebusan ayam:

8 ulas bawang putih

3 inci halia

Daun bawang

Garam dan perasa secukupnya

Air melebihi paras ayam

Cara Buat :

IKLAN

1.Tutup periuk, rebus guna api sederhana selama 1 jam atau mengikut kuantiti ayam

  1. Apabila ayam sudah masak,keluarkan terus masukkan ke dalam air sejuk berais,rendam sekejap,supaya ayam kekal juicy
  2. Kemudian lumur ayam dengan sedikit sos tiram, saya guna sos seafood adabi, lebih sedap dan warna akan jadi cantik
  3. Kemudian bakar suhu 210 celsius selama 10 minit

Bahan-bahan untuk nasi ayam:

Nasi Ayam Hainan, Perkongsian Resipi Dari Mizzmoon Moon Dapat Pujian Warganet!

3 pot beras basmathi (1 pot beras bersamaan 1 1/2 pot air)

2 inci halia

3 ulas bawang putih

Sedikit daun bawang

1 kiub pati ayam (optional)

Air rebusan ayam secukupnya

Minyak lemak ayam dan sedikit planta

Garam secukupnya

IKLAN

Cara Buat :

1.Goreng tanpa minyak lemak dan kulit ayam, untuk dapatkan minyak lemak ayam

  1. Kisar halus halia, bawang putih, tumis guna minyak lemak ayam dan sesudu planta, masukkan sekali daun bawang dan kiub ayam
  2. Kemudian masukkan beras, air rebusan ayam dan garam, masak macam kita masak nasi biasa tu

Nasi Ayam Hainan, Perkongsian Resipi Dari Mizzmoon Moon Dapat Pujian Warganet!

Bahan sambal halia:

2 inci halia

3 ulas bawang putih

Daun bawang

Minyak masak

Cara masak:

1.Saya guna chopper untuk cincang semua bahan

2.Panaskan minyak masak, tuang ke dalam mangkuk bahan-bahan cincang tadi, gaul sebati, kalau nak letak perasa pon boleh.

IKLAN

 

ARTIKEL MENARIK :

 

Sambal

Bahan sambal cili:

10 biji cili padi (ikut kepedasan masing2)

3 ulas bawang putih

1 inci halia

sedikit jus limau kasturi

Sedikit air

Garam,gula,perasa secukupnya

Cara buat :

1.kisar halus semua bahan

2.Masak sekejap hingga mendidih

Sedia untuk dinikmati.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI