Inilah bahan utama dalam pembuatan sambal hitam yang iaitu buah belimbing buluh. Seperti yang kita tahu buah belimbing buluh mempunyai saiz yang lebih kecil dari belimbing biasa.

Mempunyai rasa yang agak masam dan jarang di makan mentah begitu sahaja. Oleh sebab itu, ia lebih banyak di gunakan masakan sebagai pengimbang rasa masam dalam masakan asam pedas, masak lemak cili api dan sebagainya.

Namun, baru-baru ini viral tentang belimbing buluh yang boleh dibuat kek. Ia digunakan sebagai bahan asas untuk mendapat rasa masam.

_____________________________________

Kek belimbing buluh. Kenapa? Tak percaya?

Sedap tak masam pun. Manis pun sedang saja. Bila letak hirisan belimbing tu baru terasa masam sikit suai rasa dgn kek tu. Cara buat pun mudah kita blend ja.

Tak Percaya? Ini Resipi Kek Belimbing Buluh. Rasa Masam Manis, Buat Pun Guna Blender Je

IKLAN

Bahan-bahan:

12 biji belimbing buluh

1 cawan gula

1 cawan minyak

IKLAN

4 biji telur

½ st garam

Kisar semua bahan diatas dalam 3 minit ke 5 minit macam tu lepas tu tuang dalam mangkuk besar utk digaul bersama bahan dibawah ni. Sebelum gaul tu ayak lah dl tepung dengan soda bikarbonat tu dulu.

IKLAN

2 cawan tepung kek

1 st soda bikarbonat

Guna wire whipped saja untuk kacau sebati tak yah lama² sangat. Kalau tak ada wire whipped ikut lah nak guna senduk kayu balik ka. Bagi sebati ja. Dah siap tu bakarlah dalam oven yg dah dipanaskan terlebih dahulu, bakar pada suhu 160°C selama 50 minit. Siap!.

Tak Percaya? Ini Resipi Kek Belimbing Buluh. Rasa Masam Manis, Buat Pun Guna Blender Je Tak Percaya? Ini Resipi Kek Belimbing Buluh. Rasa Masam Manis, Buat Pun Guna Blender Je

Sumber: Shobri Aziz

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI