Rumah Flat Luas 650 Kaki Persegi, Lepas Renovasi Terus Nampak Macam Kondominium
Rumah flat boleh bertukar ‘wajah’ persis kondomonium andai anda bijak memilih dekorasi yang sesuai. Kebiasaannya kediaman jenis flat masalah utamanya ialah dari segi keluasan kediaman.
Bagaimanapun jika kena dengan caranya, ruang kediaman yang terhad keluasannya bertukar sedap mata memandang. Pendek kata ruang yang terhad bukanlah alasan untuk tidak mendekorasikan ruang kediaman.
Setiap rumah flat memiliki ruang yang hampir lebih kurang keluasannya. Apa yang membezakan ialah dekorasi dan ambience di dalamnya. Perkongsian Mas Aura tentang dekorasi kediamannya boleh dijadikan inspirasi buat mereka yang sedang berkira-kira untuk menghias kediaman jenis rumah flat.
Dengan keluasan hanya 650 kaki persegi, wanita ini berjaya menghias kediamannya persis kondominium. Mari kita ‘cuci mata’ hasil dekorasi yang telah siap disempurnakan.
Ads
Ads
Ads
TIP HIAS RUMAH FLAT:
1. Tetapkan konsep dekorasi sebelum mula menghias dan membeli barang hiasan rumah.
2. Fahami konsep dekorasi yang mahu diketengahkan di dalam hiasan dalaman rumah.
3. Pilih kedai yang menawarkan banyak pilihan produk dan harga murah.
4. Susun strategi bagaimana mahu mendapatkan harga murah.
7. Deko rumah berperingkat-peringkat dan tidak perlu mengikut sudut demi sudut.
Ini antara penyakit yang kian menghantui masyarakat kita pada masa kini. Tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat.
Penyakit ini tidak mempunyai penyebab khusus tetapi faktor seperti sejarah ahli keluarga yang mempunyai penyakit darah tinggi, obesiti, tekanan (stress) dan diabetes antara yang dikaitkan kepada punca penyakit ini.
Yang penting kena jaga kesihatan sedari awal. Elakkan makanan dan gaya hidup yang boleh menjurus kepada penyakit ini.
Berikut perkongsian dari Dr Hamid Arshat berkenaan cara kawal penyakit darah tinggi yang beliau amalkan selama ini.
Beberapa panduan untuk mengawal tekanan darah. Bila umur meningkat 50 tahun ke atas, ramai yang mengidap penyakit darah tinggi. Saya pun bila kepenatan dan stress, tekanan darah saya Naik 150/90 Mm Hg. Kadang2 saya makan ubat untuk kawal . Alhamdulillah biasa nya pressure saya 130/80 mm Hg.
Tekanan darah meningkat sebab saluran-saluran darah menjadi sempit akibat dari timbunan lemak pada dinding2 (atherosclerosis). Sering dikaitkan dengan kolesterol tinggi dan ini berlaku perlahan-lahan dengan chronic inflammation.
Bila saluran darah sempit jantung perlu mengepam darah dengan kuat dan tekanan darah meningkat untuk menyampaikan bekalan oksijen dan makanan kepada tisu-tisu dalam organ terpenting.
Risiko dalam jangka panjang ialah serangan jantung dan angin akhmar serta lain-lain gejala Kesihatan.
1. Kawal berat badan. Kegemokkan merupakan salah satu penyebab darah tinggi. Kurangkan makanan bergula dan karbohidrat. Kurangkan makanan2 bergoreng, bersantan, kueh2 manis, chocolate manis. Jauhkan air minuman soda. Kurangkan makan daging merah – lembu dan kambing.
2. Lakukan exercise 30 minit setiap hari. Exercise meningkatkan aliran darah kepada tisu dan organ. Di samping menurunkan kolesterol dan gula dalam darah. Exercise mencetuskan keluar endorphin dari otak menjadikan kita tenang dan ceria.
2. Kawal stress. Minda yang tenang dan emosi ceria dapat kawal tekanan darah. Banyak bersabar, tahan marah, jadi orang pemaaf. Cukup rehat dan tidur. Banyak berzikir, berselawat, tafakkur, lakukan deep breathing exercises, yoga.
3. Makanan yang mengandungi vit C, beta carotene, flavonoid, antioxidant bolih bantu kawal tekanan darah, dengan menyekat chronic inflammation dan bantu baik pulih sel-sel dan tisu-tisu Sayur-sayuran hijau bayam, sawi, ULAM2 – ulam raja, sambung nyawa, mint. Juz ulam raja, selain bertindak mengawal cholesterol dan gula dalam darah, ia juga anti kanser. Buah2- mangga, tembikai, keledek merah, carrot, berries
4. Amalkan minum juice lemon, limau nipis, limau kasturi, grapefruit khususnya selepas makan daging.. Air limau boleh mencairkan lemak-lemak dan bertindak sebagai anti inflammatory. Juga amalkan minum teh halia dan green tea, kedu-dua mengandungi bahan antioxidant dan anti inflammatory.
5. Fish oil, Minyak kelapa dara, extra virgin olive olive oil. Ikan salmon dan mackerel mengandungi Omega3 dan DHA, yang anti inflammatory.
Gambar & sumber: Dr Hamid Arshat
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Biar apa jua panggilan baik mak, mama, ibu, bonda dan sebagainya, namun yang pasti mereka adalah insan yang cukup istimewa dan cukup berjasa kepada anak-anak. Sanggup berkorban menahan segala macam sakit dari saat mengandung selama sembilan bulan sehinggalah melahirkan.
Tidak terungkap dengan kata-kata pengorbanan mereka yang sanggup berkorban nyawa demi anak, kerana itu mereka terpilih sebagai insan yang dimuliakan di sisi Allah swt.
Namun apabila anak sudah besar dan dewasa, ada kalanya berlaku perselisihan faham atau tidak bersefahaman membuatkan ada yang berkecil hati. Bagi yang memiliki adik beradik ramai, pasti wujud perasaan yang merasakan ibu pilih kasih kononnya ibu lebih menyayangi adik-beradik lain selain daripada kita. Perasaan tersebut adakalanya membuatkan si anak mula menjauhkan diri seolah-olah merajuk dengan si ibu.
Baru-baru ini tular satu video berkenaan hal ini. Di dalam video tersebut, Datuk Nurul Hidayah yang juga merupakan anak perempuan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertanyakan soalan kepada Ustazah Asni Abu Mansor sama ada anak mempunyai hak untuk merajuk dengan ibunya.
Di dalam video berkenaan, ustazah mengatakan seorang anak tidak mempunyai hak untuk merajuk dengan ibunya selepas apa yang dikorban dan dilakukan oleh ibu sepanjang hayatnya.
“Anak-anak tiada hak untuk merajuk mahupun berdendam dengan ibu kerana pengorbanan mereka melahirkan kita ke dunia amat mulia di sisi Allah.
“Apa pun yang mak kita buat, mereka tetap yang terbaik… tetap yang terbaik. Kamu pandai macam mana pun , ada PhD sampai empat ke, mak kita tetap betul. Walaupun apa yang dia cakap tu fakta dia salah mengalah je lah.
“Andai kita bina istana pun untuk mak, andai hadiahkan dua kilo, lima kilo emas, andai kita gendong dia untuk tawaf umrah dan haji, andai kita minum air rendaman kakinya, belum tentu dapat balas jasanya yang mengeluarkan kita dari gelap rahim pada terang dunia ini.
“Ibu itu makhluk yang Allah muliakan… Kasih ibu tidak pernah bertalak, kasih ibu tiada edahnya. Atas sebab itu, kita tiada hak untuk merajuk kepada mereka. Kita tiada hak langsung untuk berdendam dengan mereka.
Dalam pada itu, ustazah juga memberitahu bahawa doa seorang ibu adalah amat penting untuk seorang anak, kerana doa ibu terus sampai kepada Yang Maha Esa tanpa hijab.
“Pohonlah rahmat kerana pada dua tangannya ada tangan keramat yang boleh mendoakan kita. Doanya tiada hijab terus sampai kepada Allah. Kita tak tahu waktu kita sedang lena tidur, ibu kita bangun Ya Allah, kasihani anakku, rahmati hidupnya, bahagiakan dia Ya Allah.
“Beruntung lah orang yang masih punya ibu yang dapat doa ibunya. Sebab itu kalau masih ada ibu, junjunglah dia, letakkan dia ditempat mulia.Anadai ada ibu mentua, junjunglah dia dan letakkan dia di tempat mulia ,”ujarnya lagi.
Ustazah ini juga memperingatkan anak-anak untuk memuliakan ibu masing-masing, sebagaimana Rasulullah SAW memuliakan ibu susuannya, Halimatul Saadiah.
“Hatta Rasullah SAW dapat jumpa ibu susuannya, dibuka serban, dihamparkan dan meminta Halimatul Saadiah duduk di atas serbannya. Kata Saidina Abu Bakar, aku tidak pernah cemburu pada orang melainkan kepada Halimatul Saadiah kerana dapat duduk serban Nabi SAW. Bak kata ustaz, itu ibu susu, kalau Rasul ada ibu kandung…,”kata Ustaz lagi yang membuatkan kebanyakan hadirin dilihat mengalirkan air mata.
Untuk mengetahui lebih lanjut, anda tontonilah video di bawah ini. Video ini dipetik daripada salah satu program di kaca televisyen yang dikongsikan oleh irine_nadia menerusi instagramnya.
Semoga ia bermanfaat buat anak-anak sekalian dalam menghormati dan menyayangi insan mulia bernama ibu.
Rata-rata yang menonton melahirkan rasa terharu dan sebak dengan perkongsian tersebut.
Sangat menyentuh hati
yang ada mak jaga elok-elok
Doa tiada hijab
Sesungguhnya, kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Sayangilah ibu kita semua selagi berpeluang melakukannya. Bagi yang sudah tiada lagi ibu, sedekahkanlah doa untuknya di alam sana.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.