Jika ditanya, tentu semua antara kita punya impian untuk memiliki kediaman yang bukan sahaja menjadi tempat seisi keluarga berteduh daripada hujan panas, malah semahunya inginkan sebuah kediaman yang cantik, luas, selesa dan lengkap dengan kemudahan untuk kita anak beranak mencipta bahagia.
Bahkan kita juga sering mendengar orang berkata, rumah itu adalah syurga buat penghuninya. Di situlah tempat kita berkasih sayang, membesarkan anak-anak dalam persekitaran yang baik, bermain dan sebagainya.
Jadi tidak hairanlah dalam merialisasikan impian memiliki rumah idaman, selain melihat pada keluasan dan struktur rekaan kediaman yang cantik, banyak perkara lain turut menjadi senarai utama dalam menentukan pilihan terbaik.
Umpamanya melihat juga dari aspek persekitaran kediaman yang lengkap dengan ruang riadah dan rekreasi yang dibangunkan oleh pihak pemaju. Ini penting kerana kita sebagai ibu bapa percaya, persekitaran yang sihat akan memberi impak pada perkembangan anak-anak.
8 KONSEP TAMAN BERTEMA
Selari dengan tujuan itu, Pemaju terkemuka S P Setia mendukung usaha menjadikan setiap kediaman di Setia Alamsari adalah yang sempurna buat setiap keluarga.
Setia Alamsari merupakan sebuah projek township dengan konsep perbandaran tersusun di atas hartanah seluas 775 ekar dan sekali gus muncul sebagai yang terbesar di Kajang dengan dihubungkan oleh pelbagai lebuh raya utama seperti PLUS, LEKAS dan SILK.
Di sini turut dibangunkan 8 konsep taman bertema – The Enchanting Gardens dengan landskap yang memukau. Bayangkan jika anda sekeluarga bersantai di Canopy Park, Nest of Dreams, Spring Meadows, Lake of Reflection, Casablanca Park, Garden of Lights, Serenity Pathway atau di Field of Happiness, cukup damai dan tenang dirasai!
Ads
ADERYN, KEDIAMAN IMPIAN
Ads
Apabila anda menjengah ke Setia Alamsari, mata anda juga akan tertarik dengan perumahan ADERYN iaitu merupakan rumah teres dua tingkat yang nampak gah dengan binaan moden. Ia juga merupakan projek yang terbaharu dari koleksi Andra, rumah teres pertama yang merupakan hartanah paling berpatutan di Setia Alamsari dan di sekitarnya.
Hartanah pegangan bebas ini menawarkan rumah dengan keluasan 20′ x 65′ serta built-up area bermula dari 1,685 hingga 1,938 kaki persegi. Ia dilengkapi dengan 4 bilik tidur dan 3+4 bilik air, terletak dalam komuniti berpagar serta berpengawal.
Ads
ADERYN ditawarkan pada harga serendah RM596,000 dan ke atas. Lokasinya strategik, terletak dalam kejiranan bertaman dengan padang luas dan taman rekreasi yang menghubungkan komuniti dan alam sekitar.
SERENITY GARDEN, RIADAH SEISI KELUARGA
Bukan sahaja rumah yang selesa dan cantik malah bila anda memiliki kediaman ini anda akan dapat menikmati pemandangan yang cukup menenangkan setiap hari. Di sini terletaknya Serenity Garden, anda seisi keluarga boleh bersantai di Chime Trellis dan The Hut yang disediakan pemaju.
The HutChime Trellis
Semuanya tersedia untuk anda sekeluarga. Jadi usah tunggu lagi ayuh miliki kediaman impian hari ini hanya di Setia Alamsari.
Apatah lagi bila proses untuk membelinya cukup mudah, tanpa perlu yuran tempahan bahkan yuran pendahuluan yang dikenakan cukup minimum! Tidak dengan itu, pembelian rumah ini turut menawarkan sifar caj yuran peguam untuk SPA, pinjaman bank dan MOT.
Nak lagi detail berkenaan info sila hubungi 03-87362255 atau boleh datang sendiri ke Setia Alamsari Welcome Centre di alamat :
No. 1, Persiaran Alam Sari 2
Alam Sari
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Waze: https://waze.com/ul/hw282sefcx
Waktu Perniagaan Welcome Centre:
Isnin hingga Jumaat: 9am – 6pm
Sabtu, Ahad & Cuti Am: 10am – 6pm
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pantau Sendiri Tekanan Darah Di Rumah, Nak Pastikan Bacaan Tepat Ada Pantang Larangnya!
Jika diajukan soalan tentang bila kali terakhir anda buat pemeriksaan tekanan darah, mungkin ada antara kita menjawab baru beberapa hari lalu lakukannya. Tidak kurang juga mungkin ada yang sudah bertahun-tahun lamanya tidak pernah buat, bahkan tidak tahu bacaan tekanan darah terkini dek kerana jarang sakit. Mungkin ramai beranggapan, jika sihat tentu semuanya normal. Oleh itu membuat kesimpulan, tidak perlu untuk membuat pemeriksaan tekanan darah.
Pun begitu kita juga sedar bahawa tekanan darah tinggi yang juga dikenali sebagai hipertensi adalah merupakan pembunuh senyap. Tidak menampakkan gejala atau tanda-tanda tertentu dan jika tidak dibuat pemeriksaan dari awal, anda akan hanya tahu apabila diserang penyakit yang serius seperti strok atau serangan jantung. Bila hal ini berlaku, pasti menyedihkan!
Menyedari hal ini, jika ada yang ‘malas’ pergi ke klinik sebenarnya anda boleh sahaja lakukan langkah pemantauan bacaan tekanan darah sendiri di rumah. Ini sangat penting untuk kita dapat pastikan bukan sahaja tekanan darah kita normal malah tiada halangan untuk seisi keluarga membuat pemeriksaan sendiri dengan lebih selesa di rumah pada bila-bila masa.
Cara Guna Kena Tahu
Oleh itu, panduan penggunaan alat pemantau tekanan darah dengan teknik yang tepat perlu diketahui terlebih dahulu. Sedikit kesilapan biasa boleh menjejaskan bacaan tekanan darah yang diperoleh dan akhirnya bacaan yang diambil tidak menggambarkan tahap kesihatan seseorang itu.
Hakikatnya pemantauan tekanan darah perlu dilakukan dengan betul untuk memberikan hasil yang tepat. Untuk membantu, gunakan senarai semak Do & Don’t yang mudah ini :-
Do
Periksa tekanan darah anda selepas satu jam bangun daripada tidur.
Sebaiknya periksa tekanan darah sebelum mengambil sarapan
Pastikan duduk di dalam keadaan selesa dengan posisi bersandar
Pastikan tangan diletakkan sama paras dengan jantung.
Tetapkan 5 minit pertama sebagai tempoh bertenang sebelum anda memulakan pemeriksaan.
Don’t
Pundi kencing yang penuh (tahan kencing)
Duduk tidak dalam posisi yang betul
Bercakap-cakap ketika bacaan tekanan darah diambil
Bersenam, minum kopi atau merokok 30 minit sebelum bacaan diambil
Memakai pakaian yang ketat
Kesemua aktiviti ini boleh meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan bacaan yang tidak tepat.
Adalah penting bagi semua antara kita memahami bahawa bacaan tekanan darah kita berbeza-beza dan berubah-ubah dalam tempoh tertentu pada waktu yang berlainan meskipun pada hari yang sama.
Oleh itu, adalah penting untuk sentiasa memantau tekanan darah di rumah menggunakan alat pemantau tekanan darah yang terbaik seperti OMRON Connect yang dilengkapi dengan sistem digital yang canggih sebagai menyediakan penyelesaian untuk pencegahan dan pengurusan kesihatan buat anda sekeluarga.
Apatah lagi baru-baru ini OMRON Connect melancarkan aplikasi program Health Gift rewards. Melalui aplikasi ini pengguna akan diberi ganjaran tiket dan healthcoins untuk setiap kali kita periksa tekanan darah (BPM) ataupun komposisi badan (BCM) kita.
Menarik bukan, dan bukan itu sahaja malah dengan jumlah healthcoins yang terkumpul, pengguna boleh tebus pelbagai baucer menarik sama ada di FamilyMart, Pasaraya Lotus’s, Touch n Go dan pelbagai lagi.
Jika anda ingin ketahui lebih detail tentang produk kesihatan OMRON connect ini boleh klik di sini (www.omronhealthcare-ap.com/my/)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tentu pernah terjadi halia yang dibeli berbaki dan kadang kala tidak sempat digunakan, tahu-tahu sudah rosak pula dek kerana terlalu lama tersimpan di dalam peti sejuk. Alangkah ruginya jika difikirkan. Sebaiknya, apa kata sebelum halia yang dibeli membusuk, dicadangkan di tanam sepasu dua. Setidak-tidaknya boleh dijadikan semaian yang boleh dituai di masa akan datang.
Namun, menanam pokok bukanlah semua mahir dan tahu caranya. Oleh itu, di sini dikongsikan cara menanam halia yang dikongsikan oleh Irma Sheky semoga dapat memberi idea untuk yang belum pernah menanam halia. Jom semak caranya.
CARA SAYA TANAM HALIA DALAM PASU
* Bila tunjuk hasil halia tanaman dalam pasu pastu ada sahabat-sahabat yang minta share tanam camana, ok gini cara saya buat.
Sambil-sambil tu doakan saya sihat dari sakit otot saraf & vertigo yer…
CARA-CARANYA :
* Cari halia jenis besar baru dapat hasil besar kalau tanam halia kecil, biasa jenuh ler nak tunggu dapat hasil besar huhuuu…
– Sediakan 1 pasu besar DIY ( yang muat 5 – 6 beg tanah tu ) & isikan 4 beg tanah 3 in 1 beli di nurseri atau campur separuh tanah hitam kat kg tu..
** Saya beli di Kota Bharu tanah ni 4 beg dapat rm10
– Beli halia tua, keratkan jadi lebih kurang 3 inci panjang dan tanam sedalam 1/2 jengkal dari tinggi tanah. Jadikan dua tongkol / ketul rizom halia untuk 1 pasu besar DIY & dijarakkan 1 jengkal antara kedua-duanya. Tanamkan secara 'terbaring' / 'terlentang' supaya lebih banyak keluar tunas.
– Siramkan 2x sehari (pastikan tanah dan bertakung air yer) sampai naik daunnya lebih kurang 2 kaki kemudian baru tambah refill 1 beg lagi tanah dan penuhkan dalam pasu tu..
** Ni cara saya supaya daunnya cepat naik meninggi.
– Bila dah umur 3 bulan boleh kurangkan siraman kepada 1 kali sehari, asalkan daunnya tidak kering.
** Selama duk siram tu boleh guna air basuhan ikan, air basuhan beras, kulit bawang (apa-apa bawang boleh yer), kulit telur kering, nasi dingin atau tanamkan perut ikan. Paling kerap guna baja sisa dapur ni dalam 2 kali seminggu je yer..
– Setelah pasu dah penuh dengan batang dan daun halia jika ia berbunga, pastikan bunganya dari warna hijau bertukar kepada merah baru sesuai untuk gali tapi jika untuk buat baka tunggu sampai daun-daunnya banyak mati baru gali, InsyaAllah dah terbaik untuk buat induk.. Sekian cerita berdasarkan tanaman sendiri..
** Boleh juga guna baja singa kuda dan lain lain lagi ikut saranan yang pakar..
** Atas tanah biasa 6 – 8 bulan dah boleh tuai sebab mudah digembur, tapi dalam pasu gini gembur sikit-sikit boleh laa.. jadi biasa dalam 10 bulan baru gali barulah dapat hasil puashati kann..
Kadang-kadang bila satu keluarga asyik sibuk, ibu ayah dengan kerja dan anak-anak pula dengan sesi persekolahan sepanjang hari membuatkan kita terlupa satu perkara penting. Apa tu ya? Bonding time bersama keluarga!
Cuti sekolah selalunya jadi peluang buat satu famili untuk tarik nafas, slow down dan ‘kumpul’semula detik yang mungkin terlepas. Biar sesibuk mana kita mengejar kesibukan, hati keluarga tetap perlukan ruang untuk berhibur dan kembali rapat macam dulu.
Hmmmm.. Tiba-tiba rasa diri perlukan masa untuk healing bersama pasangan dan anak-anak.
Hiburan Berkualiti, Jiwa Keluarga Lebih Terjaga
Hiburan bukan sekadar hiburan. Kalau tepat pilihan yang dibuat, ia akan menjadi alat bantu parenting yang sangat membantu sepanjang cuti sekolah. Dengan Astro One, anak-anak terhibur dengan kandungan selamat, ibu ayah dapat rehat sekejap dan semua orang tetap dapat masa bonding yang bermakna.
Eh, dah macam bagi keluarga kita oksigen tambahan! Terasa ringan, segar, dan menenangkan.
Rumah Riuh, Anak Cepat Bosan. Mak Ayah Pula Nak Cari ‘Peace’
Cuti sekolah selalu buat rumah jadi meriah, kadang-kadang tu sampai pening nak cari idea untuk buat anak tak rasa bosan dan sentiasa seronok di rumah. Maklumlah anak-anak ni tak boleh duduk diam, bila tak ada apa nak buat mulalah nak tengok skrin kan!
Itulah yang ibu ayah cuba nak elakkan, risau kandungan atau anak lama sangat ‘melekat’ dengan skrin. Jangan risau tau sebab ada penyelesaiannya, semua orang akan dapat untung!
Astro One: Pek Entertainment Dengan Pilihan Lebih 90 Saluran
Dengan satu langganan saja, Astro One terus bagi seisi keluarga akses ke pelbagai hiburan termasuk saluran kanak-kanak dan Disney+. Semua dalam satu tempat, tak payah pening.
Program Astro
1 of 6
Pilihan Hiburan Selamat Untuk Anak Kekal Engaged
Anak-anak boleh pilih apa yang mereka suka, dari kartun ke pembelajaran ringan hingga filem mesra keluarga. Antara pilihan terkini yang confirm buat anak tersenyum panjang adalah seperti Bluey di CBeebies, Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup di Astro Ceria, SpongeBob SquarePants di Nickelodeon, dan Lilo & Stitch di Disney+.
Semua kandungan mesra kanak-kanak yang bukan saja menyeronokkan, tapi buat mereka kekal engaged tanpa buat ibu ayah risau.
Mak Ayah Pun Boleh ‘Healing’ Dengan Cara Sendiri
Siapa kata hiburan hanya untuk anak? Bila mereka leka dengan rancangan kegemaran, ibu ayah boleh rehat sekejap sambil layan program sendiri seperti Gegar Vaganza 2025, Muzikal Lawak Superstar 2025, Mutiara Dalam Debuan Kabus, atau Fantastic Four: First Steps di Disney+.
Best betul bila dapat masa tenang yang jarang-jarang hadir tu!
Satu Skrin, Semua Gembira
Seronok juga bila seluruh keluarga menonton bersama. Gelak serentak, terkejut sama atau kongsi komen spontan. Astro One buat aktiviti menonton tu jadi experience yang lebih lembut di hati. Ini detik-detik kecil yang anak akan ingat bila mereka dewasa nanti.
Semua hiburan ni boleh dinikmati bermula hanya RM69.99 sebulan, siap dengan pemasangan percuma. Sangat mudah untuk mula, sangat berbaloi untuk keluarga.
Cuti Sekolah Lebih Teratur, Lebih Seronok
Cuti sekolah tak perlu stres, jadikan rumah lebih seronok dengan Astro One. Tawaran ini terhad sehingga 31 Jan 2026. Langgan Astro One sekarang dan jadikan setiap cerita keluarga anda lebih bermakna musim cuti ini. Layari astro.com.my atau ke premis Astro untuk maklumat lanjut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di