Rumah kita adakalanya masih meninggalkan bau yang kurang enak walaupun sentiasa dibersih dan dikemaskan setiap hari.
Sebenarnya ada beberapa cara yang dapat mewangikan rumah dan rasa lebih segar baunya. Caranya bagaimana? Ada banyak cara yang kita kenal pasti supaya rumah kita tak berbau hapak dan busuk.
Cuba periksa beberapa perkara ini dan ikut langkah ini untuk pastikan rumah lebih berbau harum dan segar. Jom cuba!
Periksa Karpet
Sesekali periksa karpet di ruang tamu atau ruang makan. Adakalanya anda mungkin tak perasan anak tumpahkan air di atasnya. Mungkin ini puncanya bau hapak di rumah anda. Jika tiada bau sekalipun, sesekali jemurlah karpet pada cuaca yang panas. Tak perlu diangkat, rapatkan sahaja ke dinding tingkap. Pastikan kena cahaya.
Buka Tingkap
Ketika keluar rumah, pastikan tingkap dibukakan sedikit supaya adanya aliran udara yang keluar masuk. Jangan buka terlalu besar, cukup hanya sekadar melalukan udara. Cara ini buat udara lebih bersih dan bau pun kurang.
Ads
Udara Masuk
Walaupun rumah anda menggunakan penghawa dingin setiap hari. Sesekali dihujung minggu, bukalah tingkap untuk membolehkan udara segar masuk ke rumah. Cahaya panas yang masuk membolehkan bau dikurangkan.
Penyegar Udara
Kalau kita ada memelihara haiwan peliharaan seperti kucing di dalam rumah, wajib mempunyai pengegar udara. Cara ini sangat berkesan. Selain sentiasa memastikan kebersihan dijaga, perlu pasangkan penyegar udara ini supaya dapat mengurangkan baunya.
Cara Harumkan Rumah
Nak harumkan rumah kita senang sahaja. Setelah memeriksa mana-mana ruang yang berpotensi mengeluarkan bau kurang enak dan lakukan semua perkara di atas, anda kenalah pula menggunakan beberapa altenatif untuk kekal segar. Begini caranya.
#Petua 1 -Hirisan Daun Pandan
Sesekali rajinkanlah diri untuk menghiris daun pandan dan letakkan di dalam bekas terbuka. Sembur sedikit wangian dan biarkan di rumah tamu rumah kita. Jika malas, ambil sahaja daun pandan dan ikatkan kemas. Kemudian letakkan pada penjuru rumah kita.
Ads
#Petua 2 -Sembur Langsir
Bagi memastikan langsir sentiasa terjaga dengan cantik dan harum baunya, semburkan langsir dan seluruh fabrik dirumah kita seperti kusyen dan sofa dengan pewangi. Wangian berbentuk lemon atau ros antara yang serasi dengan bau rumah. Semburkan sahaja dengan kerap!
Ads
#Petua 3- Guna Lemon
Di ruang dapur, letakkan hirisan lemon di dalam segelas air dan biarkan sahaja ia mengeluarkan bau yang enak. Boleh juga diletakkan pada ruang-ruang lain jika anda suka.
#Petua 4- Lap Perabot
Satukan air bersama pelembut fabrik kemudian lapkan pada perabot di rumah kita. Bukan hanya dapat elakkan habuk yang melekat tetapi baunya kekal harum.
#Petua 5 – Udara Wangi
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, satukan tiga bahan ini iaitu pelembut fabrik, cuka dan juga air.
Kemudian semburkan sahaja pada seluruh rumah. Gabungan dua bahan ini memperbaiki udara yang lebih bersih dan baunya pun harum.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berita kepulangan Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan ke Rahmatullah awal pagi tadi benar-benar mengejutkan ramai pihak.
Rata-rata meluahkan rasa sedih baik peminat mahupun selebriti seakan-akan tidak percaya dengan berita tersebut. Namun, ajal maut semuanya di tangan Tuan. Tiada siapa yang mampu menolaknya.
Sebentar tadi, pelakon terkenal Fasha Sandha berkongsi kesedihan dengan berita tersebut. Pelakon yang sedang hamil memberitahu arwah sebelum ini pernah memasakkannya mi rebus kerana dia mengidamkan makanan tersebut.
Allahuakbar, Sayu dengar perkhabaran pagi ni. Abam oh Abam insan mulia, sudi masakkan untuk kak pada tanggal 26 Jan sebab kak teringin mee ,lepas 2 minggu, Abam dah pi tinggalkan semua.
Kak janji, selagi Allah izinkan, selagi kak mampu, kak akan jenguk Hamzah selalu…. Allahuakbar.
Jom semua followers kesayanganku, Mohon sedekahkan AlFatihah buat insan baik bernama SYED UMAR MOKHTAR ATAU ABAM BOCEY. Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin…
Kes tertinggal anak di RnR bukan satu perkara baru. Sudah sering kita lihat di laman sosial mengenai kes seperti ini berlaku.
Malah pernah suatu ketika dulu, seorang anak tertinggal ibunya yang sudah tua di RnR. Namun perkara ini tidak boleh ditunding pada sebelah pihak sahaja tetapi boleh diatasi jika ada komunikasi yang baik lebih-lebih lagi jika kita bergerak dalam kumpulan yang ramai.
Baru-baru ini, pemilik akaun TikTok @nureenhuda0406 telah berkongsi rakaman memaparkan ahli keluarganya sedang menanti kehadiran anggota PLUS untuk hantar anaknya.
Difahamkan dia menyedari yang anaknya tidak berada di dalam kenderaan selepas mendapat panggilan telefon dari pihak PLUS.
Namun apa yang menjadi tanda tanya netizen adalah pasangan ini seolah tidak cemas apabila mengetahui anaknya tertinggal di RnR malah dilihat mereka masih boleh tergelak sewaktu ketibaan pihak PLUS.
Yang mencuit hati netizen adalah, mereka ingatkan anak yang tertinggal itu masih kecil namun rupanya sudah remaja.
Rata-rata netizen terus tak jadi nak marah pada ibu bapa remaja tersebut bila melihat remaja tersebut turun dari kenderaan PLUS.
“Macam mana boleh tertinggal anak yang boleh tahan semangat ni” – Abang PLUS
Menurut ibunya, remaja tersebut tidak memaklumkan kepada dia atau ayahnya yang dia hendak keluar. Malah ibunya menyangka semua sudah berada di dalam kereta sebelum meneruskan perjalanan.
Terima Kasih anggota PLUS, tolong hantar anak kami. Inilah Si Comel tu..
Caption dari ibu remaja tersebut mencuit hati netizen
Wanita sentiasa menitikberatkan soal penampilan, baik sebelum mahupun selepas berkahwin. Namun berbeza dengan kaum adam di luar sana yang jarang mengambil berat hal-hal sebegini. Lebih-lebih lagi berkenaan berat badan.
Tidak kurang ada yang dahulunya kurus melidi tetapi setelah mendirikan rumah tangga, bentuk badan mulai berubah dan mungkin sedikit berisi ataupun ‘gemuk’.
Apakah punca menyebabkan perubahan itu? Jom kita semak.
Isteri pandai memasak
Antara puncanya mungkin mendapat seorang isteri yang pandai memasak dan gemar memasak. Jikalau dahulunya hidup berseorangan makan seharian tidak dijaga, tetapi setelah mendirikan rumah tangga hidup lebih teratur dan jadual makan juga teratur.
Terlalu rasa selesa dan menjadi malas
Kalau dahulu nya sentiasa mengambil berat mengenai penampilan diri, setelah mempunya isteri terasa hidup sudah lengkap dan hidup terlalu selesa. Ini antara faktor kenapa lelaki sudah tidak ambil peduli berkaitan dengan penampilan diri.
Tidak lagi aktif dan malas bersenam
Masa terluang yang ada sewaktu bujang yang dahulunya di isi dengan aktiviti bersenam kini sudah tiada lagi apabila masa terluang itu telah di isi dengan aktiviti di dalam rumah bersama isteri dan anak, menonton televisyen bersama isteri, menjaga anak. Sudah jarang-jarang bersenam malah lebih suka hanya duduk dan bermain bersama anak. Ini juga antara faktor berat badan tidak turun malah makin bertambah apabila setiap hujung minggu isteri menyediakan makanan-makanan yang enak.
Bertukar jadual seharian
Sewaktu bujang dan berseorangan, selalunya segala kerja rumah dilakukan seorang diri, malah ianya adalah aktiviti senaman harian yang boleh dilakukan untuk mengeluarkan peluh. Tetapi kini segalanya diurus oleh si isteri, kalau dulunya aktif bekerja sekarang hanya duduk dan menonton televisyen dan membaca surat khabar. Peluh tidak keluar dan kurang pergerakkan antara faktor kenaikkan berat badan.
Hidup rumah tangga, suami haruslah peka terhadap kesihatan diri dan juga keluarga, jangan hanya mengharapkan si isteri menguruskan semua kerja di dalam rumah. Menolong isteri di rumah adalah salah satu aktiviti senaman ringan yang boleh mengeluarkan peluh dan sekaligus dapat menurunkan berat badan dan boleh mengeratkan lagi kasih sayang suami isteri.
sumber: Aliffchannel (Facebook)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di