Penantian pasangan ini untuk menimang cahaya mata perempuan akhirnya dimakbulkan apabila isteri penyanyi Tomok selamat melahirkan bayi yang juga anak ketiga mereka.
Bayi seberat tiga kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur jam 1 tengah hari semalam.
Tomok menerusi Instagram memuat naik gambar anaknya itu untuk tatapan peminat. “Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan bayi perempuan hari ini. Terima kasih Allah, terima kasih semua atas ucapan dan doa buat isteri dan anak saya,” katanya.
Dalam satu perkongsian di laman instagramnya, Ayu meluahkan rasa gembira dan terharu atas kehadiran si kecil mereka. Journey of my baby girl…. Alhamdulillah…syukur ke hadrat Allah…rezeki dan penantian selama 5 tahun untuk dapat baby girl dimakbulkan….mmg agak sukar untuk conceive terutama ibu-ibu yang sudah berusia atau mempunyai masalah ( I’m feeling it too)…tapi harap ibu-ibu diluar sana jangan putus asa…teruskan berusaha and berdoa…
Finding i’m pregnant after coming back from holiday at Pulau Tioman dalam usia 41 tahun…gembira, risau and mcm2 perasaan coz it’s a risk of baby & mother health too..but keep going doa and think positif and also jaga diri… After 40 weeks, rabu malam start mild contraction…dibu tak boleh tido over night…the contraction keep going and continuing untill subuh hari khamis…dibu berkira2 nak ke hospital…bukan apa dibu kesian dekat 2 little boys dibu still sleep…nak bangun subuh dibu tengok ada bleeding…ooo…maybe dah tanda kot..dgn contraction yg berterusan i keep jalan rilek2…siap2kan diri..bag semua dah ready dalam kereta then kejutkan my hubby….
Ads
Sampai hospital, checking that dibu dah ada bukaan 3cm…and the contraction keep continuing…i did COVID-19 test too…lepas azan zohor dalam 1.25pm lahirlah seorang princess berat around 2.98kg pada 04.06.2020….and of course kelahiran dalam waktu-waktu COViD-19 kita terikat dengan SOP yang harus di ikuti….just handling my baby for a while…dibu kene isolate dgn baby sehingga result COVID-19 keluar…. Terima kasih to all my family, friends and follower yang wish and doakan dibu sepanjang tempoh pregnancy sampai deliver…. Thank you to my lovely husband yang sentiasa ada dalam susah & senang….we manage to harungi bersama dengan dugaan, kekangan, halangan & everything together….i love u so much … ayu sayang shah.
To Arrian & Andra wait for dibu k…will bring your little princess sister going back home soon.
Malang tidak berbau, berat mata kita yang memandang berat lagi bahu ahli keluarga yang menerima perkhabaran duka pemergian anak secara tiba-tiba ketika bermain dengan rakan-rakannya.
Media semalam melaporkan mangsa yang meninggal dunia, Muhammad Aqil Wafiq Ruslizan, 10, parah di kepala dan muka manakala Wan Aliff Danish Wan Mohd Naim, 10, masih kritikal dan Wan Faiz Ikram Wan Zaidy, 13, patah paha.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Memetik kenyataan Harian Metro, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon dilaporkan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.33 petang.
Lokasi kejadian itu merupakan kawasan simpanan sementara tiang elektrik bagi tujuan projek di Jalan K16, Kampung Belukar.
Menurut kenyataan itu, TNB sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan dan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa terlibat.
“Justeru, TNB mengulangi peringatan kepada orang ramai agar tidak menghampiri tapak kerja dan menyentuh barang-barang binaan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku,” menurut kenyataan itu.
TNB juga menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang gambar atau video kejadian itu dan membuat spekulasi, sebaliknya memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan selain menghormati perasaan dan sensitiviti keluarga mangsa terbabit.
“Lepas makan nasi, dia keluar bermain..”
Ketika menceritakan semula sebelum kejadian itu, Nor Zuraidah, 29 dan suaminya, Wan Mohd Naim Wan Fadzilah, 30, baru pulang berniaga di pekan Changlun dan nampak Wan Aliff Danish ketika itu sedang makan nasi di rumah mereka yang terletak kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.
“Lepas makan nasi, dia keluar bermain dengan kawan dan sepupunya tetapi dalam 10 minit kemudian, saya dimaklumkan kejadian itu berlaku.
“Sebelum itu saya memang tak sedap hati tetapi benda dah jadi dan berharap supaya anak saya sembuh sepenuhnya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, bedah siasat terhadap jasad Muhammad Aqil Wafiq dilakukan pada 10 pagi di Jabatan Forensik HSB di Alor Setar dan dua lagi mangsa masih dirawat di HSB dan HJ ketika ini.
“Hasil siasatan mendapati, ketika kejadian tiga kanak-kanak terbabit sedang bermain di atas longgokan tiang elektrik berkenaan dan kejadian berlaku apabila sebatang kayu lapik tiang itu patah menyebabkan longgokan tiang itu bergolek dan terus menghempap tiga kanak-kanak itu.
“Bagaimanapun kejadian itu tidak mempunyai sebarang unsur jenayah,” katanya.
Di sini saya nak kongsikan beberapa langkah yang boleh kita usaha demi mendapatkan giliran haji ketika usia muda atau sekurang-kurangnya untuk “lajukan” giliran kita.
Ada 4 langkah semuanya;
1) Buka akaun Tabung Haji.
2) Daftar Haji. Untuk mendaftar, anda perlu ada sekurang-kurangnya RM1300 di dalam akaun Tabung Haji. Kemudian anda akan diberi jangkaan tahun berapa anda bakal menunaikan haji. Lokasi untuk mendaftar: Di mana-mana cawangan TH, laman web TH, Cawangan Uniteller Bank Islam dan Bank Rakyat, ATM / CDM Maybank, atau ATM BIMB
3) Kumpulkan duit sekurang-kurangnya RM10k. Mungkin part ni kita akan rasa susah sedikit. Tapi kalau kita memang betul-betul bersungguh nak capai RM10k tu, inshaAllah tempoh menunggu tu tidak lama jika kita konsisten menabung.
4)
a)Bila duit dalam akaun anda dah cukup RM10k, anda dah boleh mula buat rayuan. Kalau tak cukup RM10k pun sebenarnya boleh merayu, tapi kebiasaannya pihak Tabung Haji akan melihat adakah wang kita sudah mencukupi untuk membayar pembiayaan haji. Dikhuatiri jika rayuan diluluskan, tiba-tiba duit belum cukup, jadi tawaran perlu ditolak dan perlu diganti dengan orang baru. Jadi sebaiknya anda cukupkan dahulu RM10k tersebut di dalam akaun anda.
b) Setiap tahun, Tabung Haji akan membuka kaunter rayuan Haji. Anda perlu alert bilakah tarikh kaunter ini dibuka. Ia tidak dibuka sepanjang tahun. Ketika inilah ramai orang akan mula menulis surat rayuan dan menyatakan sebab-sebab kukuh mengapa pihak Tabung Haji perlu meluluskan rayuan mereka. (untuk surat rayuan ini, cubalah beri alasan dan sebab yang kuat mengapa pihak Tabung Haji perlu meluluskan rayuan anda).
c) Kalau anda nak tahu, untuk Haji tahun ini tahun 2016, ada sekitar 2500 orang sekitar Lembah Klang yang dijadualkan akan menunaikan haji, namun selepas ujian pemeriksaan kesihatan, 60% tidak lulus (atas faktor kesihatan) dan tidak dapat meneruskan proses seterusnya untuk menunaikan haji. Bermakna, ada banyak kuota baru yang kini kosong! Itu baru cerita di Lembah Klang, pastinya setiap negeri setiap daerah akan ada kuota kosong yang perlu diganti dengan orang lain. Mungkinkah anda orangnya? Tak mustahil.
d) Ada lagi kuota kosong pada setiap tahun akibat kematian. Iaitu apabila calon haji itu meninggal sebelum sempat menunaikan haji pada tahun tersebut. Jika yang meninggal itu lelaki, dan dia pada asalnya mahu menunaikan haji dengan isterinya, bermakna kuota isterinya juga perlu diganti dengan orang lain. Kerana wanita yang kematian suami, di dalam tempoh iddah, tidak boleh menunaikan ibadah haji.
e) Nak lagi kuota kosong? Yang ini mungkin tidak terlalu banyak, tetapi biasanya tetap ada, iaitu wanita yang hamil sebelum berangkat menunaikan haji. Jika dia sepatutnya menunaikan haji pada tahun sekian-sekian, tetapi ditakdirkan dia hamil sebelum berangkat, maka pihak Tabung Haji tidak akan membenarkannya menunaikan haji. Jadi akan ada lagi kuota kosong untuk anda.
Jadi jelaslah di sini bahawa sebenarnya ada sangat banyak peluang untuk anda mendapatkan kuota haji dan tidak perlu menunggu giliran tahun yang asalnya ditetapkan oleh pihak Tabung Haji untuk anda.
Tentang bilakah tahun yang anda akan dapat tu, ia bergantung kepada Allah, Allah melihat usaha kita, dan percayalah, Allah tidak akan mensia-siakan setiap usaha hambaNya.
Nota cara menabung secara ringkas:
1) Untuk menabung dalam tempoh 8 tahun: RM25 seminggu atau sehari RM3.60 sahaja. (Setahun ada lebih kurang 52 minggu. Setahun= RM25 x 52 minggu = RM1300. RM1300 x 8 tahun = RM10400). Atau, nak lagi cepat?
2) Untuk menabung dalam tempoh 4 tahun: RM50 seminggu atau sehari RM7.14 sahaja. (Setahun ada lebih kurang 52 minggu. Setahun= RM50 x 52 minggu = RM2600. RM2600 x 4 tahun = RM10400).
Kesimpulannya kalau sekarang umur anda masih di awal 20-an, tak mustahil sebelum umur 30 anda sudah boleh menunaikan haji, atau selewat-lewatnya sebelum anda mencecah 40 tahun, inshaAllah fizikal masih sihat ketika itu.
BAGAIMANA MAHU BUAT RAYUAN PERGI HAJI?
Untuk permohonan rayuan haji, sila kemukakan surat rayuan dalam format surat rasmi yang lengkap bertandatangan kepada:
Bahagian Operasi Domestik,
Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30,
Bangunan Ibu Pejabat TH,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.
Isi kandungan surat rayuan:
Nama penuh
Nombor akaun TH
iii. Nombor MyKad
Tujuan rayuan
Tandatangan
Bakal Haji juga boleh melampirkan dokumen berkaitan sebagai sokongan kepada rayuan tersebut. Dan ini Contoh Surat Rasmi Rayuan Haji 1437H.
Rogayah binti Mokhtar
Lot 1234, Jalan Sinar
Kampung Harapan
84000 Muar
Johor
18 Disember 2015
Kepada,
Bahagian Operasi Domestik,
Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30,
Bangunan Ibu Pejabat TH,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.
Tuan/Puan,
RAYUAN UNTUK MENDAPAT TEMPAT MENUNAIKAN HAJI PADA MUSIM 1437H/2016M
NAMA PENUH: ROGAYAH BINTI MOKHTAR
KAD PENGENALAN: 450101-01-0400
No AKAUN TH: 12345678
Saya memohon jasa baik dan budi bicara yang ikhlas daripada pihak tabung Haji agar dapat menawarkan tempat kepada saya untuk menunaikan Haji pada tahun 1437H atau 2016 Masihi.
Saya memohon dipercepatkan kerana usia yang telah lanjut (70 tahun) dan saya telah 5 kali menjalani Kursus Haji tetapi masih dalam senarai menunggu. Simpanan saya juga telah mencukupi untuk menunaikan haji dalam waktu terdekat ini.
Semoga pihak tabung haji dapat menunaikan rayuan saya yang tersebut di atas.
Sekian, terima kasih.
Yang Mengharap,
(ROGAYAH BINTI MOKHTAR)
No K/P: 450101-01-0400
sumber : Muhammad Yaakub Yusra
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Isteri bila dia rasa dirinya seperti orang gaji, suami jangan ambil mudah. Ini bermakna isteri anda sedang mengalami tekanan. Jangan perlekehkan perasaan mereka ini kerana tanpa sedar anda sebagai suami telah memperlakukan isteri anda seperti seorang ‘bibik.’
Jika terlalu lama dipendamkan perasaan ini , ia juga boleh menimbulkan pergaduhan suami isteri. Lebih parah lagi, ada yang mengalami kemurungan yang serius. Jangan menafikan apabila ada segelintir suami yang memandang sebelah mata peranan isteri terutama suri rumah sepenuh masa.
Maka sebab itulah ramai golongan isteri merasakan diri mereka tidak ubah seperti orang gaji bukan sebagai isteri. Penting untuk suami membantu isteri dan tidak hanya ‘melonggokkan’ semua tugas-tugas di rumah kepada isteri. Tekanan menjadi lebih hebat bila isteri bekerja.
Kerja rumah memang tak akan pernah habis. Walaupun isteri anda rasa dia BOLEH buat, tak semestinya dia PERLU buat semua kerja tersebut.
Solusinya, anda perlu bersabar dan tidak meletakkan ‘expectation’ yang terlalu tinggi kepada isi rumah tersebut.
Biasalah kalau rumah bersepah, ada baju-baju yang bertimbun dan permainan yang di sana sini. Tapi, anda perlu ingat bahawa anak kecil seawal 3 tahun pun dah boleh diminta untuk melakukan tugas mudah seperti memasukkan baju ke dalam bakul dan membuang sampah. Mereka cuma perlu dilatih dan dipantau dengan teknik yang betul.
Suami memainkan peranan yang amat penting dalam menjadi contoh kepada anak-anak. Anda juga perlu melakukan sedikit kerja rumah juga walaupun isteri anda merupakan seorang surirumah sepenuh masa.
Mengapa? Suami akan menjadi contoh paling dekat dengan anak-anak. Bagaimana kita mahu mengarah anak-anak untuk melakukan kerja rumah sekiranya mereka boleh menjawab – “Alah, Papa tu relaks saja. Bukannya buat apa-apa. Aiman pun nak rehat macam Papa lah.”
Anak-anak adalah sang peniru yang hebat. Kalau tidak dapat menolong banyak benda pun tak mengapa, tapi setidak-tidaknya suami perlu tahu menguruskan diri sendiri – bukankah ini tanggungjawab individu?
Seorang ibu bukan saja rasa seperti orang gaji apabila terpaksa menggalas kerja rumah seorang diri, tetapi juga apabila dilayan dengan buruk oleh anak-anak atau sesiapa saja di dalam rumah tersebut.
Tugas mendidik anak bukanlah mudah dan ia tak sewajarnya digalas oleh isteri seorang. Cakap saja tentang gejala sosial zaman moden ini, macam-macam yang terbayang di kepala. Sesibuk manapun, mereka amat memerlukan masa berkualiti bersama anda.
Melayan bayi menyusu badan seharian pun boleh memenatkan dan mengambil banyak masa isteri. Apatah lagi apabila anak sudah mula pandai berjalan, ke taska, dan sekolah. Mereka perlu dididik untuk berkomunikasi dengan baik, solat, mengaji, dan banyak lagi. Tugas ini amat berat, jadi janganlah melepaskan semua bahagiannya kepada isteri atau guru semata-mata.
Memang ‘sakit mata’ apabila tengok barang-barang bersepah dan berterabur. Tapi, anda perlu mencari punca mengapa barangan tersebut tidak teratur. Adakah kerana sikap individu ataupun ruang dalam rumah yang tidak dirancang dengan baik?
Salah satu cara praktikal adalah dengan mewujudkan ‘pride of place’ di mana mereka mempunyai ruang mereka sendiri. Ia tidak semestinya sebuah bilik sendiri, tetapi mungkin tempat tidur, ruang belajar, dan almari yang mudah dicapai atau dikendalikan. Dengan cara ini, mereka akan rasa lebih bertanggungjawab apabila diarahkan untuk mengemasnya.
Sedari kecil, andalah yang merancang semua perkara untuk mereka dan menyediakan segala keperluan mereka. Perlahan-lahan, mereka perlu juga diajar untuk berdikari dan menguruskan tugas yang mudah. Kita patut ambil iktibar daripada kisah ‘Anakku Sazali’ lakonan Allahyarham lagenda P.Ramlee.
Dalam kebanyakan kes, ibu bapa sendiri tidak menyedari bahawa mereka telah memanjakan anak mereka. Permainan bersepah, tak pandai urus diri, dan berat tulang pula apabila diminta untuk menolong kerja rumah.
Dalam jangka masa panjang, ia akan memberi manfaat besar bukan saja kepada anda tetapi juga kepada anak tersebut.
Keluarga anda perlu melihat anda berada di meja makan. Tabiat membawa makanan masuk ke bilik, melayan ‘handphone’ sambil makan, mengeluh melihat makanan, dan menjadi ‘picky eater’ mungkin saja bermula apabila anda mengabaikan masa makan yang berkualiti bersama keluarga.
Perasan tak, mungkin anda memberi persepsi yang ‘negatif’ terhadap masa makan. Anda selalu makan sisa makanan yang dah sejuk, makan sambil berdiri di dapur, dan kadang-kadang langsung tidak makan bersama mereka kerana terlalu sibuk melakukan kerja lain.
Bukanlah peranan isteri 100% memastikan semua orang dalam rumah gembira dan mendapat layanan ‘first class’. Sebaliknya, tugas ini turut dikongsi dengan suami yang bertindak sebagai pemimpin rumah tangga.
Yang penting, anda berdua perlu berfungsi sebagai satu unit yang saling menjaga maruah dan integriti masing-masing. Dengan jalinan kasih sayang dan persefahaman, anda akan rasa bahagia walaupun penat.
Kuncinya, seorang isteri perlu menghargai diri anda terlebih dahulu jika anda mahu orang lain menghargai anda. Dari situ, akan lahirlah kepuasan daripada melakukan semua tugas dan peranan isteri dan juga ibu.
Si suami pula perlu menjadi ketua dan bersedia untuk berkongsi tugasan agar rumah tangga menjadi lebih efisyen. Semoga dengan memperbetulkan mentaliti ini, anda akan dapat merasakan perubahan yang lebih positif dan berasa kurang terbeban dengan semua kerja rumah.