“Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai

Share

Tiada ungkapan yang lebih bermakna buat pelakon Fasha Sandha dari lafaz syukur serta terharu melihat hasil titik peluh selama bekerja sudah tersergam indah di hadapan mata.

Biarpun mungkin tidak segah kediaman orang lain namun bagi ibu kepada tiga cahaya mata ini apa yang diperoleh sangat membuatkan dia terharu dan sebak.

Perasaan syukur, sebak, bercampur, 😢

Rumah pertama yang dibeli ketika usia 21, dapat dikemaskan mengikut kreativiti sendiri tanpa Interior designer 😭

Berkongsi kegembiraan rumah nya kini siap dengan dekorasi yang ringkas namun tetap mewah..lebih membanggakan itu adalah hasil kreativiti dan ideanya sendiri tanpa bantuan pihak lain.

Deco pun buat sendiri .. nak jimat cost 😊

Demikian luahan hati isteri kesayangan pelakon Aidil Aziz menerusi laman Instagramnya.

Turut dimuatnaik video majlis doa selamat yang diadakan dikediamannya.

Turut hadir, keluarga Sheila Rusly serta ahli keluarga Fasha Sandha dan juga keluarga mentuanya.

Lebih istimewa lagi, apabila dia dapat merealisasikan impian membina surau di dalam rumah untuk kegunaan sekeluarga.

“Paling bahagia, dapat sediakan surau buat famili dalam rumah teres (memang impian sejak dulu) biar rumah kecil, tapi ada ruang solat bersama ❤️

sumber: Fashasandha

 

IKLAN