Melayan selera anak-anak dan keluarga di restoran tertentu dengan pelbagai jenis makanan yang menyelerakan menjadi antara aktiviti menarik yang biasa  dilakukan bagi memanfaatkan waktu hujung minggu bersama keluarga.

Pun begitu, berkongsi pengalaman ketika menikmati hidangan di Restoran Nando’s bersama keluarga, mungkin ramai antara kita turut mengalami kesukaran setiap kali untuk menuang sos ke dalam pinggan.

Almaklumlah botol sos yang digunakan berbeza dan kesukaran ini menyebabkan anak-anak tidak dapat lakukan proses menuang sos dengan mudah untuk dimakan bersama ayam kegemaran mereka.

Bukan sahaja anak-anak, bahkan kita orang dewasa juga memerlukan tenaga untuk menuang sos tersebut hingga pelbagai aksi  perlu dilakukan. Antaranya seperti menepuk, menggoncang dan pelbagai teknik dilakukan untuk pastikan sos dapat dikeluarkan.

Pun begitu, siapa sangka rupa-rupanya ada teknik atau cara yang sangat mudah boleh dilakukan untuk membuatkan sos tersebut keluar lancar. Ini sebagaimana perkongsian seorang individu di akaun tiktok Nando’s Malaysia, sekali gus menjawab persoalan yang cukup popular ditanyakan mengenai botol sos yang digunakan di restoran tersebut.

Rupanya Ada Cara Mudah Keluarkan Sos Dari Botol Ni, Gosok-gosok Manja Je!

Menerusi video yang dikongsikan ini, pihak Nando’s Malaysia telah menunjukkan cara-cara untuk menuang sos dengan mudah dengan  hanya perlu menggosok bahagian bawah botol semasa menuangkan sos.

Rupanya Ada Cara Mudah Keluarkan Sos Dari Botol Ni, Gosok-gosok Manja Je!

Cara ini jauh lebih mudah dan selamat kerana pelanggan tidak perlu mengoncang botol sos dengan bersungguh-sungguh seperti yang selalu dibuat.

IKLAN
@nandosmy Replying to @amiiiiin93 ♬ original sound – Calimpitan Twins

Dengan video yang dikongsikan ini, semoga ianya memberi manfaat dan apabila meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen tidak menyangka sebenarnya ada cara mudah untuk menuang sos seperti yang dikongsikan. Malah tidak kurang juga ada yang berseloroh terhibur melihat tips yang ditunjukkan ini.

“Botol sos pun nak kasih sayang haih,” komen nasha.

“Lahhh kena usap dia rupanya takut jin pulak yang keluar nanti 🤣”, seloroh Sarah Airunara seakan tidak percaya.

“Dah satu kerja nak kene usap botol sos before makan haha,” tulis Nabila Ismail pula.

“OH BARU TAUUUUU MACAM TU HAHAHAH kk esok nak pergi,” komen Average Dude yang teruja mencuba tip yang dikongsikan. 

IKLAN

ARTIKEL MENARIK :“Subhanallah Suara Yang Hari-hari Dengar Di Tv..”-Inilah Pemilik Suara Bacaan Doa Azan!

Baca Ini Juga :“Bagus Didikan Suaminya..”- Minah Salleh Lebih Melayu, Tabah Diuji Suami Stroke!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Rupanya Ada Cara Mudah Keluarkan Sos Dari Botol Ni, Gosok-gosok Manja Je!

Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI

Rupanya Ada Cara Mudah Keluarkan Sos Dari Botol Ni, Gosok-gosok Manja Je!

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI