Siapa sangka gadis cantik ini dahulunya adalah seorang kanak-kanak yang mengutip sampah malah pernah makan sampah serta tidak dihantar ke sekolah sehingga 11 tahun, namun kesusahan beliau tidak membuatkan beliau putus asa. Kini mampu menggenggam segulung ijazah dengan keputusan yang cemerlang.
Setiap orang pasti ada cita-cita dan impian untuk dicapai dalam hidup. Namun takdir yang menentukan aturan jalan hidup seseorang, setiap perjalanan pastinya berbeza yang dilalui oleh setiap orang. Ada yang bernasib baik, ada juga yang tersungkur ditengah jalan.
Begitulah yang dilalui oleh gadis bertuah, Sophy Ron yang tidak dihantar ke sekolah sehingga beliau berumur 11 tahun. Namun kesusahan itu tidak membuatkan beliau mengalah, beliau sentiasa sungguh-sungguh dalam apa jua yang dia lakukan.
Atas nasib menyebelahi, beliau telah dijumpai oleh salah seorang pelajar Cambodian Childrens Fund (CCF) di sebuah organisasi pendidikan yang di asaskan di daerah termiskin di Cambodia.
Ads
Lebih mengagumkan apabila Sophy telah diberikan biasiswa penuh tajaan CCF untuk pergi ke melanjutankan pengajian asasinya dan telah diterima masuk untuk menyambung Ijazah Sarjana mudanya di University of Melbourne.
Beliau juga diberikan penghormatan sebagai valedictorian untuk menyampaikan ucapannya di upacara penutup di majlis graduasinya.
Ads
Pencapaiannya begitu membanggakan dari seorang yang tidak hadir ke sekolah hingga usia 11 tahun. Sophy yang dahulunya menghabiskan masa mengutip dan mengasingkan sampah bagi mendapatkan wang untuk membantu ibubapanya, sehinggakan dia pernah makan sisa sampah untuk mengalas perutnya.
Begitulah kehidupan, kita tak tahu apa yang bakal menanti kita di masa hadapan. Apa yang boleh kita lakukan adalah berusaha dan berdoa agar segalanya dipermudahkan. Jangan sesekali putus asa sebelum mencuba.
Kalau kita beli cili padi dan simpan di dalam peti sejuk, andai tidak digunakan kurang daripada seminggu mungkin akan layu dan kering. Jadi apa kata kita ambil cili tersebut dan jadikan langkah pertama untuk mula memiliki laman herba di rumah.
Memandangkan orang kata menyemai cili ini tidaklah sukar dan ditambah pula tidak memerlukan ruang atau kawasan tanah yang luas, jadi sesuai sangatlah kita mulakan projek kebun mini hujung minggu ini.
Bila tanaman berhasil, mudahlah jadinya. Nak masak terus dipetik segar daripada pokok. Untuk lebih info, jom kita fahami perkongsian daripada puna Zahara Ramlee ini tentang langkah-langkah menyemai cili.
“Cara semai anak pokok cili cara mudah. Jom ikut step bawah ni. Mungkin ada kalangan sahabat yang dah tahu. Tapi ni cara yang sangat mudah dan tak rugi la kalau nak cuba. Sekurangnya dapat tanam sepokok dua dah jimat wang takyah beli kat pasar.”- Zahara Ramlee
Step 1 – Potong cili yang masak ranum di bahagian tengah.
Step 2– Ambil biji cili tadi tu tabur je dalam pasu kecil @ polybag. Selepas 2 minggu benihnya akan bercambah. Pastikan anak benih jangan letak direct bawah cahaya matahari.
Siram 2 kali sehari dengan semburan halus je.
Step 3 – Anak pokok yang besar dalam 3-4 minggu dah boleh dipindahkan ke atas tanah atau ke pasu @ polleybag besar.
Ekstra tip:
Dah tanam tu jangan lupa bagi anak pokok ni makan. Bubuh la baja 1-2 kali sebulan.
Boleh buat jadual.
Pokok cili akan berbuah lebat selepas 6 minggu tengok juga cara pembajaan. KakZa pakai baja tahi ayam je.
Siapa je yang tidak mengenali bekas pengacara dan pelakon, Wardina Safiyyah yang dahulunya terkenal dalam sitkom Spanar Jaya.
Wardina atau nama sebenarnya Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot itu kini bergelar psikologis bertauliah dan menetap di Brisbane selepas beliau berhijrah ke Australia pada 2014.
Dalam perkembangan terbaru, pelakon yang memegang watak Misha dalam Spanar Jaya itu telahpun menerima kehadiran menantu.
Tidak selalu mendedahkan kisah peribadi di laman sosial, Wardina mendoakan kesejahteraan buat anak, Amna Nafeesa dan menantu.
“Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH. Seperti yang anda semua tahu, saya menghargai kehidupan peribadi dan suka menyimpannya.
“Bagaimanapun, saya ingin berkongsi berita gembira dan memohon semua mendoakan Amna dan anak (menantu) Yusuf yang tersayang.
“Semoga ALLAH merahmati penyatuan mereka dan melindungi. Saya benar-benar bersyukur kepada ALLAH atas segala kurniaan-NYA,” kongsi Wardina yang memuat naik foto Amna pada majlis akad nikah.
Wanita kacukan Australia dan Melayu itu menzahirkan kesyukuran menerima kehadiran menantu.
“Alhamdulillah. Semoga ALLAH merahmati dan melindungi mereka berdua.
“Masya-ALLAH tabarakallah, kami bersyukur ke hadrat ALLAH SWT dan bertawakal atas segalanya dan kurniaan-NYA.
“Hati saya tenang dan tenteram, Alhamdulillah.
“Dikurniakan keluarga besan yang baik, menantu, keluarga, kawan dan masyarakat sekeliling.
“Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati kita. antara ayat-ayat kegemaran saya dalam Al-Quran ialah – “Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu, sama ada kamu menyembunyikannya atau memberitahunya (kepada orang lain).”
“Ayat-ayat ini menjadi peringatan setiap kali saya membacanya.
“Alhamdullillah sesungguhnya segala nikmat dan kebaikan adalah daripada ALLAH.
“Keluarga, ahli baru dan rakan-rakan, apa lagi yang boleh saya katakan. Semoga ALLAH mengurniakan lebih daripada apa yang kita diberikan,” titip Wardina.
Memasuki fasa baru sebagai ibu mentua, wanita berusia 44 tahun itu menzahirkan doa buat permata hati sulung, Amna Nafeesa dan menantu.
“My darling Amna. Anakku Yusuf yang tersayang, kamu telah membawa banyak barakah ke dalam hidup kami dan orang-orang di sekeliling. Semoga ALLAH terus merahmati kamu dan keluarga.
“Jaga dan sayangi amna, dia kini di tangan dan dalam penjagaanmu. semoga allah mengurniakan kalian berdua kehidupan yang indah dengan sakinah, mawaddah dan rahmah,” titip Wardina.
Nekad berhijab di kemuncak populariti, penghijrahan Wardina pelopor kepada wanita bertudung untuk terus aktif dalam bidang seni.
Wardina berkahwin dengan arkitek, Ikhwan Johari pada September 2002 dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Amna Nafeesa, Azra Sareera dan Imran Arrazi.
Selain memiliki kelulusan dalam bidang psikologi, bekas peserta Dewi Remaja 1997/98 ini juga menggenggam ijazah dalam bidang hiasan dalaman daripada Centre for Advance Design (CENFAD) Kuala Lumpur.
Akhir-akhir ini kita sering dikhabarkan dengan berita kematian, sama ada menjadi korban akibat angkara Covid-19, mahu pun pelbagai asbabnya. Benar, kematian itu adalah sesuatu yang pasti. Namun apa yang akan ditinggalkan setelah berlakunya kematian itulah yang membezakan setiap antara kita.
Berkongsi tentang itu, Puan Siti Suryani Yaakop merangkumkan ada satu persamaan antara arwah Pak Yus, Abam & Siti Sarah yang boleh kita jadikan panduan dan renungan untuk kita meneruskan kehidupan ini agar kelak bila tiba masa kita tinggalkan dunia ini, kita dapat tinggalkan bakti dalam hidup orang yang kita sayang dengan seikhlas hati.
Pak Yus, Abam & Siti Sarah Dalam Kenangan
Pak Yus. 30 November 2015. Isnin.
Abam. 10 Febuari 2020. Isnin.
Siti Sarah. 9 Ogos 2021. Isnin.
Masa arwah Pak Yus meninggal, saya ingat lagi. Astro ulang berapa kali dalam sehari bacaan Al Fatihah untuk arwah. Masa tu arwah masuk Raja Parodi. Lepas arwah meninggal, minggu tu rancangan tu ditangguh sementara semata-mata nak buat tribute untuk arwah.
Berminggu-minggu orang cerita kebaikan dia. Akhirnya pecah rahsia amalan arwah yang suka bersedekah. Ada pusat anak yatim di Kedah terima wang belanja setiap bulan dari arwah Pak Yus. Saya ingat lagi ayat pengetua tempat tu, “Lepas ni takda lagi lah nak bagi kami bantuan tiap bulan”.
Kemudian tahun lepas, Abam. Fad dan Achey setiap kali bercakap pasal arwah mesti menangis. Begitulah juga pun ceritanya. Yang baik-baik belaka. Terutama bab suka tolong orang.
Paling kita ingat kisah arwah Abam jaga mak dia. Setia sungguh. Baik sungguh. Lembut sungguh. Sampai mak dia kata, “Siapa lah nak jaga makcik kalau Abam takda”.
Semalam pula Siti Sarah. Satu Malaysia. Dari Dato’ Seri Najib, Anwar Ibrahim, Ebit Lew, Prof Muhaya, Ustazah Asma Harun, Ustazah Noor Bahyah. Setiap golongan. Segenap lapisan. Semua doakan arwah. Sampai menangis kita walau tak pernah jumpa dia.
Tuan Nadir kongsikan kisah arwah bagi korban berbelas ribu untuk Gaza. Masa jenazah arwah sedang diuruskan, team BeePrihatin post di ig. Orangnya dah takda tapi sedekahnya sedang berjalan. Dalam live di tanah perkuburan saya nampak ada orang komen. Dia ingat lagi masa Siti Sarah dan Shuib bagi bantuan banjir di Pahang.
Lalu dari 3 manusia berbeza ini, ada satu pengajaran yang sama
1. Tak kira kita di posisi apa pun, Allah tahu nilai kita. Kita artis. Kita pemimpin. Atau kita bukan siapa-siapa. Bila saja Allah kata Dia akan angkat nama kita, Dia akan buat. Walau dari tempat yang serendah mana. Sebab Allah saja yang kenal diri kita sebenar apa.
2. Sebab itu jangan ada sangkaan pada sesiapa. Kita tak tahu apa pengakhiran setiap manusia. Juga kita tak tahu apa amalan rahsia dia yang Allah terima. Dan kita tak tahu dari bab mana tentang dia yang Allah redha. Anggap semua manusia baik. Yang tak baik hanya kita.
3. Sentiasa senangkan hati semua orang. Jangan buat orang susah hati sebab sikap kita. Apatah lagi kita nak susah hati dengan sikap orang pada kita. Orang yang penyayang sentiasa hatinya lapang. Dia cuma pandai suka. Tanpa ada prasangka.
4. Mereka semua orang susah masa kecik. Yus anak yatim. Abam dah takda ayah dan maknya pula sakit. Siti Sarah pernah cerita kena tolak gerai pukul 5 pagi sebelum pergi sekolah. Hidup ni macam roda. Allah boleh bagi sangat susah. Dan tiba-tiba boleh bagi sangat mewah.
5. Saat diuji dengan kesusahan mereka bersabar. Kemudian diuji pula dengan kekayaan tapi tak lupa diri. Apa Allah bagi, mereka bagi balik. Biasanya ujian susah ni orang boleh sabar. Tapi ujian senang ni selalu buat kita lupa untuk bersyukur. Buat kita rasa tak cukup. Takut nak bagi pada orang.
6. Kebaikan ni sama bagai minyak wangi. Dia meruap. Bila mana kita sorok tak bagi nampak pun, Allah akan tunjuk. Lepas tunjuk satu, keluar satu lagi. Dan lagi. Akan pecah harumnya sama macam pecahnya bau minyak wangi. Jika tidak masa kita hidup, waktu kita telah mati.
7. Tinggalkan bakti dalam hidup orang yang kita sayang. Seikhlas hati. Pak Yus suka tolong anak yatim. Abam sabar jaga mak sakit. Siti Sarah punya taatnya pada suami, stokin pun dia sarungkan.
8. Tinggalkan impak pada orang keliling yang ada. Sehingga semua orang ada memori istimewa yang berbeza dengan kita tiap satunya. Ada kisah manis yang terus hidup walau saat kita telah tiada.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.