Setiap pasangan yang berkahwin pastinkan inginkan hubungan yang bahagia sehingga ke akhir hayat. Memang benar akan ada cabarannya apabila berumahtangga. Namun ia asam garam kehidupan setelah bergelar suami isteri.
Namun, untuk bahagia tentu ada caranya. Selain persefahaman, tolak ansur dan saling berkasih sayang, cara hidup juga mempengaruhi kerukunan rumahtangga.
Misalnya makana berdulang bersama pasangan adalah antara cara yang dapat membentuk keharmonian rumahtangga. Melalui perkongsian Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria diharap menjadi panduan bersama agar rumahtangga harmonis.
Sahabat yang di rahmati Allah..
Jarang sekali kita mendengar pasangan suami isteri makan berdulang bersama. Kemanisan sebegini dianggap pelik bagi sesetengah orang. Namun begitu makan dalam dulang sebenarnya adalah salah satu sunnah Nabi Muhammad SAW. Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria ada kongsikan kepada anda bagaimana mereka mengaplikasikan kaedah tersebut.
Ads
Ceritanya begini. Kami makan dalam dulang kecil, sudah enam tahun. Kalau dulu masa mula-mula kahwin, mahu merajuk dibuatnya. Kita orang perempuan baru satu suapan, tetapi suami sudah 3-4 suapan di mulut. Nasi dalam dulang pula semakin berkurangan. Terkulat-kulat tengok nasi semakin sedikit dan suami dengan wajah berselera buat muka tak bersalah.
Tambahan pula, kalau kita nak makan mengikut selera kita, nasi tak nak kuah tetapi suami pula nak kuah. Jadi, habis bahagian nasi kita pun berkuah basah juga. Sungguh, tak best langsung.
Tapi lama kelamaan, itulah yang mengikat rasa. Dari tidak peduli, kepada ambil tahu. Dari sendiri-sendiri, fikir juga orang lain. Lama kelamaan suami faham bahawa saya jenis yang makan perlahan. Maka suami menunggu. Kadang-kadang suami akan suap saya. Dan lama kelamaan, baru suami faham lauk apa yang saya suka, lauk apa yang saya tak nak. Jadi, nasi saya tidak terkena bahagian kuah yang saya tak berkena. Tolak ansur makin menyimbah, tidak lagi kira tekak sendiri.
Saya tahu suami makan cepat, lalu saya kata.
Ads
“Abang makanlah, sayang tak nak banyak-banyak,” tolak nasi ke arahnya tetapi suami akan tolak semula.
“Eh? Sayang makanlah, sikit je sayang makan,” balas suami
Akhir sekali, kalau ada semulut saja nasi, mesti suami bahagia dua sebab saya akan tinggalkan yang last itu untuk suami dan suami tetap nak saya makan juga suapan yang last itu.
Ads
Begitulah kalau dahulu rasa berkira-kira dalam hati.
“Nanti nasi aku habis cepat sebab makan dalam dulang,”
Sekarang rasa tak lalu nak makan kalau tak makan dalam dulang bersama. Makan seorang rupanya tak sedap. Makan satu pingan kongsi, orang kata tak puas tetapi itu nikmat bagi kami. Makan satu dulang mungkin pelik bagi yang tidak pernah merasa, masing-masing pinggan sendiri tetapi untuk kami, itulah cinta yang membuahkan bahagia.
Cubalah, bahagia banyak rencah dan cara. Bagi yang memahami dan mahu mengikut sunnah.
Kecoh sana sini orang bercakap tentang Visa Furada menjadi asbab kita-kira 380 bakal jemaah haji terkandas di KLIA.
Menurut laporan BERNAMA, bakal jemaah haji itu dipercayai mengunakan Visa Furada bagi menunaikan haji dan tidak melalui Lembaga Tabung Haji (TH).
Pun begitu, bila timbul isu Visa Furada nyata tidak semua tahu atau biasa dengan istilah tersebut bahkan ada yang seakan ini kali pertama mendengarnya hingga menyebabkan ramai tertanya-tanya apa sebenarnya Visa Furada?
Menurut TH, Visa Furada merujuk kepada visa yang dikeluarkan oleh Kedutaan Besar DiRaja Arab Saudi di Malaysia. Visa ini bagaimanapun dikeluarkan hanya untuk orang atau kumpulan tertentu sahaja.
TH juga menjelaskan bahawa selain kuota rasmi yang diberikan kepada Malaysia, permohonan visa haji adalah hak mutlak kepada Kerajaan Arab Saudi.
Justeru, mana-mana bakal haji ditawarkan Visa Furada digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan pakej haji yang telah disediakan oleh Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesenkan oleh Tabung Haji sahaja.
Oleh itu, orang awam diingatkan untuk sentiasa berwaspada dengan tawaran pakej haji melalui Visa Furada bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.
Menjelaskan lanjut, bagi musim haji 2022, TH melantik 22 syarikat pelancongan tempatan untuk beroperasi sebagai PJH berlesen bagi menguruskan pemergian jemaah haji.
Anda boleh melayari laman web yang disertakan di bawah ini untuk mengetahui senarai Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesenkan oleh Tabung Haji
TH sentiasa mengambil berat akan kebajikan para bakal haji dan khuatir dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menawarkan pakej haji kepada umat Islam di negara ini.
Mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa kelulusan daripada TH adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).
Memahami hati seorang wanita bernama isteri sebenarnya tidaklah rumit. Apa yang mereka ingini adalah berasa selamat, ingin rasa ada ikatan emosi dan yakin bahawa ada suami disisi yang akan bersama mereka untuk seumur hidup.
Namun tidak semua suami memahami dan menganggap isteri terlalu manja dan mahukan perhatian setiap masa. Padahal mereka hanya mahu seorang suami lebih peka dengan mereka. Si isteri inginkan perhatian. Mereka ingin disayangi.
Apabila suami asyik sibuk fokus pada kerja mahupun minat sendiri menyebabkan isteri rasa terabai dan itu yang menimbulkan konflik dalam diri. Akhirnya yang menjadi mangsa adalah anak-anak.
Perkongsian dari Ustaz Ebit Lew akan satu kisah suami ini cukup menyentuh hati. Bagaimana seorang suami meminta bantuan dalam menangani si isteri yang suka marah-marah dan menjerit pada anak-anak.
Ini antara saranan Ustaz Ebit Lew kepada para suami yang selalu menjadi punca isteri selalu marah. Berikut perkongsiannya.
Memahami hati isteri yang selalu marah dan menjerit pada anak-anak.
Seorang suami minta nasihat mengenai isterinya. Isterinya asyik marah anak-anak. Anak saya 3 orang ustaz. Isteri asyik mara dan jerit pada anak-anak. Terasa kasihan pada anak-anak. Terasa tiada hari anak-anak tak kena marah. Kadang-kadang saya tengok isteri saya sayang yang kecil jer. Kakak sulung asyik kena marah jer. Semua salah kakak besar.
Saya takut anak jadi trauma. Dia kalau menjerit atau marah saya rasa nak lari rumah. Kalau saya cuba pertahankan anak saya. Dengan saya-saya kena marah.. Abang nak tahu tak Allah sayang abang. Bila saya dengar ketua keluarga ingin bertanya soalan begini tandanya dia seorang yang baik dan bertanggungjawab. Abang nak bantu dan selesaikan.
Sebenarnya selalu wanita tanya masalah suka cubit dan marah anak-anak. Bila saya dengar saya terus tanya ada bincang dengan suami..itu antara punca utama.
Abang nak tahu tak sebenarnya bukanlah kita nak salahkan sesiapa. Selalunya wanita yang selalu marah-marah anak dan tak boleh kawal emosinya kerana dia dahagakan perhatian dan cinta suaminya.
Dia rindukan suaminya. Dia ingin suaminya bersamanya. Isteri kita wanita yang Allah jadikan sensitif. Jiwa mereka lembut. Mereka dahagakan kasih sayang dan rasa kebersamaan dalam membuat segala urusan rumahtangga.
Wanita ini bila kita dah dapat hati dia. Semuanya akan jadi superb. Juta-juta kali lebih layanan dan kasih sayangnya kepada suami dan anak-anak. Bila dah terluka dan sakit semuanya berubah… Kita perlu sedar.
Dia bukan bibik kita. Dia bukan orang gaji kita. Mereka wanita yang kita nikahi maksudnya ingin kita cintai,sayangi, bimbing dan pembantu kita sehingga syurga Allah. Mereka bukan milik kita. Mereka amanah Allah.
Sebab tu kata ulama pintu agama sebuah keluarga ialah ayah. Pintu agama buat anak-anak ialah ibu. Jika kita membimbing isteri kita dengan Islam dengan cinta dan sayang insyaAllah isteri kita akan bimbing anak-anak kita Islam dengan cinta dan sayang. Mereka dahagakan belaian dan kasih sayang.
Peluk mereka. Sayangi mereka. Lihatlah nanti mereka akan peluk dan sayang isteri & anak-anak-ebitlew #keluargasunnahPerlis
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seperti yang diketahui, sebelum Ramadan telah berlakunya banjir di sebahagian kawasan di sekitar Johor. Lebih membimbangkan penduduk yang terkena bencana tersebut apabila hampir seminggu mereka diuji dengan banjir termenung.
Walaupun ada beberapa kawasan air banjir sudah surut, namun mereka terpaksa terkejar-kejar untuk membuat pelbagai persiapan seperti persiapan persekolahan anda, persiapan Ramadan dan juga kerja-kerja mencuci rumah.
Boleh dikatakan, kerja-kerja pembersihan rumah kali ini amat mencabar kerana paras air banjir yang naik mencecah tinggi dada orang dewasa.
Bercerita mengenai sambutan Ramadan kali ini, mangsa banjir Norhasanah Kassan Basseri berkata, dia dan tujuh ahli keluarganya ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Telok di Parit Yaani di sini selama 21 hari dan tidak sempat untuk menjenguk rumah kerana dinaiki air sebelum mula surut sejak tiga hari lalu.
Katanya, keadaan rumahnya masih berselerak apabila dimasuki air pada paras dada orang dewasa yang menyebabkan banyak peralatan hanyut di dalam rumah.
“Saya hanya cari kelengkapan yang ringkas untuk masak keperluan bersahur. Apa yang ada hanyalah telur, sayur di belakang rumah juga hampir mati ditenggelami air.
“Banjir ini yang kedua berlaku sejak banjir besar pada 2007 hingga memaksa kami menginap di PPS selama dua bulan,” katanya ketika ditemui di Kampung Parit Andin di sini semalam.
Sementara itu, jiran Norhasanah, Kasmah Karim, 64, yang tinggal bersama seorang anak perempuan dan lima orang cucunya amat bersyukur selepas dibenarkan balik..
Ujarnya, tumpuan sekarang adalah untuk membersihkan rumah yang boleh diumpamakan seperti ‘kapal karam’ selepas dimasuki air kira-kira sedalam 3 meter.
“Untuk bersahur cukup sekadar ikan kering serta telur ayam kicap sebagai juadah kerana tidak sempat menyediakan apa-apa selepas lebih menumpukan untuk mencuci rumah,” katanya.
Pengusaha spa disimbah asid pelanggan berpurdah selamat jalani pembedahan. Pengusaha spa yang disimbah asid dalam kejadian di kedai spa dan salun miliknya di Beris Kubur Besar, Bachok, Kelantan selamat menjalani pembedahan selama enam jam.