Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membenarkan pesakit-pesakit di wad ditemani oleh penjaga dan menerima pelawat berdasarkan kriteria-kriteria tertentu bermula pada Sabtu ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pelaksanaan polisi penjaga dan pelawat di hospital KKM tersebut berkuat kuasa pada 23 April 2022.
“Tatacara pelaksanaan arahan tersebut adalah tertakluk kepada kapasiti dan kemampuan hospital dan wad masing-masing.
“KKM ingin memaklumkan bahawa polisi dan garis panduan yang digunapakai dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan di fasiliti kesihatan KKM semasa pandemik Covid-19 sentiasa disemak dan dikemaskini berdasarkan perkembangan terkini kejadian jangkitan.
“Berdasarkan analisa trend terkini kes Covid-19 kategori tiga hingga lima dan kadar penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes Covid-19 yang rendah, KKM telah meneliti semula dan mengemaskini polisi lawatan untuk penjaga dan pelawat di hospital.
“Langkah ini diambil setelah mengambil kira kepentingan sokongan psikososial terutama daripada ahli keluarga pesakit dalam membantu proses penyembuhan pesakit,” katanya dalam kenyataan, pada Khamis.
Dr Noor Hisham berkata, secara umumnya, pelawat atau penjaga yang dibenarkan untuk melawat dan menemani pesakit mestilah berumur 12 tahun dan ke atas, telah lengkap vaksinasi Covid-19, tidak tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan seperti mempunyai pelbagai komorbiditi atau sistem imuniti yang lemah.
Beliau berkata, bagi penjaga kepada kategori pesakit tertentu yang perlu menjalani ujian RTK-Ag kendiri, ujian perlu dijalankan dalam tempoh 24 jam sebelum ketibaan ke hospital dengan tarikh dan masa ujian beserta gambar dinyatakan sebagai bukti.
“Mereka juga tidak disyaki menghidap Covid-19 atau individu dalam pemantauan (PUS). Selain itu, mereka tidak mempunyai gejala Covid-19 selain perlu mengisi borang deklarasi Covid-19 dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta memakai alat pelindung diri (PPE) seperti ditetapkan,” katanya.
Ads
Selain kriteria umum, KKM menetapkan kriteria khusus yang perlu dipatuhi mengikut kategori pesakit yang dilawati iaitu pesakit bukan Covid-19 dan mempunyai Covid-19.
Beliau berkata, penjaga pesakit bukan Covid-19 yang berada di wad dan individu yang ingin menemani ibu hamil semasa proses bersalin, perlu menjalani ujian saringan Covid-19 iaitu RTK-Ag kendiri dan disahkan negatif.
Kata beliau, lawatan ahli keluarga kepada pesakit bukan Covid-19 yang berada sama ada di wad, unit rawatan rapi (ICU) atau sedang tenat juga dibenarkan, terhad kepada dua pelawat pada satu-satu masa.
“Mereka juga digalakkan untuk menjalani ujian Covid-19 menggunakan RTK-Ag kendiri, sebelum melawat,” katanya.
Selain itu, tambah beliau, hanya dibenarkan seorang penjaga bagi pesakit bukan Covid-19 yang menerima rawatan pesakit luar atau jabatan kecemasan.
“Penjaga juga adalah digalakkan menjalani ujian Covid-19 menggunakan RTK-Ag kendiri sebelum hadir ke fasiliti kesihatan,” katanya.
Ads
Tambahnya lagi, KKM membenarkan penjaga untuk pesakit Covid-19 yang memerlukan penjagaan khusus dan pesakit kanak-kanak sahaja.
“Bagi tujuan ini, penjaga perlu menjalani ujian RTK-Ag kendiri dan disahkan negatif. Ujian RTK-Ag kendiri perlu diulang sekiranya penjaga bergejala dan sebelum pulang ke rumah.
“Tiada pelawat dibenarkan bagi pesakit Covid-19, kecuali bagi pesakit yang sedang tenat sama ada di wad atau di ICU. Hanya dua pelawat pada satu-satu masa dan ujian Covid-19 menggunakan RTK-Ag kendiri, digalakkan sebelum lawatan,” katanya.
KKM ingin menekankan dalam keadaan tertentu di mana risiko penularan Covid-19 adalah tinggi seperti berlakunya wabak di hospital, pihak hospital boleh melakukan beberapa pengubahsuaian kepada polisi yang sedia ada bagi memastikan kesihatan dan keselamatan semua pihak.
Ikhtiar mendapatkan zuriat ada antara pasangan suami isteri melalui perjalanan yang sukar. Diuji bertahun-tahun, dan terus berusaha tanpa kenal putus usaha.
Untuk itu, elok juga kiranya mengamalkan petua dengan minum air zuriat. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Ida Shahida ini. Ini katanya.
Di mekah banyak dijual sebab buah ini berasal dari Arab. Buah ini juga dikenali dengan nama BUAH ADAM HAWA.jadi dikatakan lebih berkhasiat kalau direbus berpasangan/2 biji sekali rebus.
Mudah dapat.depan masjid masjid dan tempat tempat lawatan ada org jual. Sebiji cuma 50 sen sahaja.kirim belikan pada sapa sapa yang nak pergi UMRAH.Di malaysia mahal. Sebiji RM 20-25.
Air rebusan ini yang saya buat tadi untuk diminum menjaga alat dalaman wanita. Yang sakit boleh minum dan yang tak sakit lagi pun boleh minum. MENGUBATI DAN MENGELAK. jadikan amalan lebih baik.
Tujuan:
Menstabilkan kembali hormon
Menyihatkan rahim
Jika anda ada masalah ketirisan kencing( rahim longgar) baik untuk diamalkan.
Melancarkan haid dan macam macam lagi.
Cara rebus: rebus macam rebusan biasa.
Cuma anda perlu ketuk buah tersebut dengan lesung sambal supaya lebih uuuummmph….lepas tu basuh. Terus rebus. Sekali rebus 2 biji.
Masukkan 3 gelas air. Biar dia mendidih lama sampai air tinggal 1 cawan sahaja. Sejukkan. Minumlah.( lakukan langkah yang sama selagi air rebusan tidak menjadi warna putih/ kelabu selagi itulah boleh diminum.
Selalunya tu 4-5 kali rebusan dah hilang warnanya( coklat).
Minumlah air rebusan buah ini 4-5 biji untuk sebulan.
Kemudian selepas itu boleh jarakkan pengambilannya. Mungkin 2 -3 biji cukup untuk Sebulan.
Pastu amalkan 2 minggu sekali.
Kalau ada buah zuriat banyak…buatlah sekerapnya.
Kaedah dan Cara Makan Buah Zuriat
Oleh kerana buah ini juga di gelar buah adam dan buah hawa, maka ada yang merebus dua biji buah ini sekali gus.
Selepas direbus, buah zuriat ini kemudiannya dibelah menjadi dua, buah ini keras dan memerlukan keupayaan yang kuat untuk membelahnya.( tapi org perempuan kalau tidak berupaya untuk membelahnya…cukup sekadar merebusnya dengan api yang perlahan dan rebus lama..1 jam.
Rebus biji dan isirungnya sekali,sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. Anda di sarankan minum selama 44hari atau sehingga mengandung.
Diminum oleh suami isteri dan boleh direbus berulangkali sehinggalah air rebusan itu bertukar warna menjadi putih kembali baru di ganti dengan buah zuriat yang baru.
Tips-tips
1. Sebelum minum air rebusan, bacalah bismillah diikuti petikan ayat 38 daripada al Imran sebanyak 3 kali: “RABBI HABLEE MINLADUNKA ZURIATUN TOIYIBBAN INNAKA SAMEE U-DOA”.
Maksud Ayat: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” ayat 38, surah Ali-Imran.
2. Air rebusan buah zuriat boleh diminum pada bila-bila masa sahaja, malah buah ini juga kalau dia gosok-gosok ke sendi-sendi kita yang sakit, Insya Allah akan menyembuhkan lenguh dan terasa kelegaannya.
Kite hanya mampu berusaha, Allah yang menentukannya :)) InsyaAllah … Amin
Elisya Sandha umum hamil anak kedua, “Bunga nak jadi kakak dah…” Pelakon Elisya Sandha mengumumkan yang dia kini sedang hamil anak kedua.
Elisya Sandha Umum Hamil Anak Kedua
Elisya berkongsi berita gembira itu di laman Instagramnya. Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha Hassan berkongsi rakaman video tentang berita gembira itu sebagai kejutan kepada suaminya, Uzair Haqimy Azman.
“Bunga Nak Jadi Kakak Dah…”
Ketika membuka kotak berisi alat penguji kehamilan (urine pregnancy test-UPT) yang positif, Uzair sebak seakan-akan tidak percaya bakal bergelar bapa anak dua.
“Bismillahirahmanhirahim. Syukur Alhamdulillah for another biggest rizq in life.
“Terima kasih atas doa kalian, @bungaelhaq nak jadi kakak dah,” tulisnya Elisya.
Menerusi video yang sama, adik kepada pelakon Fasha Sandha turut memberikan kejutan berita gembira itu kepada keluarga mentua, adik-beradik dan rakan-rakan.
“Bunga going to be a sister.”
Sheila Rusly, ibu mentua Elisya terkejut dan menitiskan air mata gembira seolah tidak percaya menerima berita gembira itu.
Perkongsian Elisya itu mendapat respon di kalangan rakan selebriti dan juga warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya.
Untuk info, Elisya dan Uzair Haqimy mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata sulung perempuan, Bunga Elhaq yang kini berusia dua tahun.
Dalam menjayakan penyusuan anak, suami main peranan paling penting sebagai ‘support system’ isteri. Daripada penyelidikan yang dibuat, sebab utama ramai yang tak berjaya susukan anak kerana tidak mendapat sokongan daripada suami.
Isteri tertekan kerana susu tidak keluar tapi suami pula semakin menambah tekanan. Inilah yang sering berlaku kepada isteri.
Suami sebenarnya adalah orang paling penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Seperti yang dikongsikan oleh Dr Redza Zainol ketika membuat pemeriksaan bayi, betapa sedihnya seorang ibu bila susu yang dipam tumpah. Betapa struggle mereka untuk mengumpul susu bagi diberikan kepada bayi.
Nak bagi susu ibu banyak dan anak-anak pun mendapat khasiat yang terbaik, ini yang boleh dibuat oleh suami jika isteri bakal melahirkan anak nanti.
Pagi tu saya ditugaskan memeriksa bayi-bayi yang baru dilahirkan di wad ibu bersalin.
Dah lebih sejam saya duk belek bayi yang ada, akhirnya sampai ke bayi yang terakhir.
Saya kenalkan diri sebagai doktor kanak-kanak dan minta izin ibu untuk periksa bayi. Dia mengangguk perlahan. Wajahnya nampak sangat tertekan.
Saya fikir mesti sebab sakit atau letih. Tiba-tiba dia menangis.
Rupa-rupanya sebelum saya datang, dia terlanggar bekas berisi susu ibu yang dia baru pam. Bekas tu jatuh dan habis semuanya tumpah ke lantai.
Banyak mana yang tumpah, saya pun tak tahu. Itu pun saya tahu dari jururawat. Kalau tak, sampai ke sudah saya tak tahu kenapa dia nangis.
Memang tak mudah nak menyusu anak selepas bersalin.
Lagi-lagi bila saya tengok ibu yang baru sehari selepas pembedahan Caesar cuba untuk susukan anak.
Nak angkat bayi pun terketar-ketar. Syukur ada banyak jururawat yang sedia membantu.
Kuatnya semangat ibu-ibu yang baru lepas bersalin ni.
Ikut 1 kajian pada tahun 2000, ada beberapa faktor yang buatkan ibu rasa sangat susah nak menyusu anak dengan susu badan.
Sifat suami yang tak menyokong isteri sepanjang penyusuan susu ibu (36.5%).
Ibu ada persepsi yang beri susu ibu sahaja tak cukup untuk anak (35.1%).
Mak yang ada kerja hakiki dan akan kembali bekerja selepas tamat tempoh berpantang (29.4%).
Dari kajian ni jelas yang semasa berpantang, ibu kena dijaga dan disokong oleh suami atau ahli keluarga lain sebaiknya.
Antara perkara yang suami dapat bantu isteri:
Dapat rehat dan waktu tidur yang cukup.
Kerja rumah diagih atau diambil alih oleh orang lain. Makan makanan berkhasiat dengan tambahan 1 gelas susu dan 1 hidangan nasi atau “cereal” setiap hari.
Minum 8 gelas air setiap hari.
Elakkan minuman yang ada alkohol dan kafein.
Suami yang cuba memahami kehendak isteri semasa tempoh berpantang.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Genap dua minggu pemergian isteri ketika dalam pelukan, suami tercinta Amirul Nafis Amirnuddin berkongsi keadaan anak sulung mereka Muhammad Faleeq Haq Amirul Nafis, 2 bulan.