Mop lantai dilihat seperti suatu tugas yang mudah sahaja untuk dilakukan. Namun untuk pastikan hasil lantai terasa bersih dan berkilau semestinya memerlukan tenaga yang banyak untuk dilakukan. Maklumlah kena sental lebih daripada biasa bagi menanggalkan kesan kotoran yang melekat dilantai.

Pun begitu jika anda praktiskan petua atau tip ini, tenaga anda boleh disimpan untuk melakukan kerja-kerja lain untuk membersihkan rumah. Nak tahu bagaimana?

Ikuti perkongsian daripada Ezy Eizyanie dan Wan Azreen ini. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.


“Before ni pernah baca petua kilatkan lantai guna softener + cuka. Tp mcm tak caye je. Hahaha. Lepas tgk kak @nisanain_ update kata dah try. Terus semangat nak cuba. Ni kali ke empat cuba. Amazing wehh. Bila jalan pun rasa licin je lantai.” -Ezy Eizyanie

Dan terbukti ini hasilnya. Keadaan lantai di ruang tamu rumahnya cukup berkilau  sebagaimana yang dishare oleh Ezy di dalam akaun fbnya.

 

Bila Mop Lantai Jadi Berkilat Macam Cermin, Memang Boleh Buat Ibu Tersenyum Lebar!

IKLAN

Dan ini pula beberapa komen daripada rakan-rakannya yang ternyata pernah dan sangat berpuas hati setelah menggunakan teknik ini setiap kali mop lantai.

Bila Mop Lantai Jadi Berkilat Macam Cermin, Memang Boleh Buat Ibu Tersenyum Lebar! Bila Mop Lantai Jadi Berkilat Macam Cermin, Memang Boleh Buat Ibu Tersenyum Lebar! Bila Mop Lantai Jadi Berkilat Macam Cermin, Memang Boleh Buat Ibu Tersenyum Lebar! Bila Mop Lantai Jadi Berkilat Macam Cermin, Memang Boleh Buat Ibu Tersenyum Lebar!

sumber : Ezy Eizyanie


Manakala melalui perkongsian Wan Azreen Naser turut memberikan beberapa tip berguna untuk ibu-ibu membersihkan rumah. Dan salah satunya adalah tentang cara mencuci lantai sampai berkilat. Ini perkongsiannya :-

 

IKLAN

Tips² cuci rumah sempena nak raya !

Bila Mop Lantai Jadi Berkilat Macam Cermin, Memang Boleh Buat Ibu Tersenyum Lebar!

1. Nak kilatkan lantai rumah sekilat²nya!
Pencuci lantai mix dgn cuka & air panas pastu mop lah lantai tu mcm biasa…

2. Nak bagi habuk tak senang lekat dekat perabot?
Lap perabot² pakai softener pakaian dgn kadar 1:10.. 1 penutup softener dgn 10 cawan air…air putih yer…bukan air sirap atau air kopi .

IKLAN

3. Nak bagi rumah bau harum melekat²…mix softener dengan cuka then sprayy laa umah u olss macam pewangi jenama² terkenal tu, spray kat langsir² dan sofa² jenis fabrik…bau wangi akan tahan lama.

4. Nak cuci bilah kipas siling yang berhabuk, boleh guna sarung bantal terpakai. Basahkan kemudian sarung bilah kipas tu. Tarik perlahan-lahan. Habuk tak berselerak & berterbangan. Semua masuk dalam sarung bantal tu. Cuci & lap bilah seterusnya.

5. Nak bersihkan lantai bilik air supaya berkilat. Senang sangat tau,campuran 3:1 (3 sudu baking soda + satu cawan air) siram campuran baking soda atas lantai, biarkan dalam 30 minit. Lepas tu sental & cuci macam biasa.

6. Oven yang kotor dengan percikan kotoran boleh dibersihkan dengan campuran soda bikarbonat + air. Campuran tersebut tuang kat tempat yg terkena kotoran. Biarkan sekejap. Lepas tu boleh kikis kotoran tebal & lap macam biasa dengan air bersih. Berkilat you

Okay jom buat sekarang.

sumber : Wan Azreen Naser

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI